Ahad, 26 Disember 2010

Ronggeng di Alor Stuck bersama Kak Limah

Bonsoir,

Hari Krismas hari itu merupakan hari yang siuk bah 1. Aku seronok berjalan bersama ahli keluarga tersayang. Lepas makan kenduri, kami bersiar-siar ke Alor Stuck. Alar, panjanglah mahu cherita..
che cita che cita~
aha, okay fine. Tapi semua ini tidak dinawaitukan kerana Krismas wei. Ayahanda bersetuju untuk bawa ke Alor Stuck selepas aku mengeluarkan statements mengenai pawagam. Aku cherita mengenai diriku yang fly ke Ipoh hari itu untuk tonton Eclipse.. haha. Adik aku pun apatah lagi, merungut dan merenget mahu ke pawagam. Pertama kali lah katakan.

Sampai di City Plaza, punyalah tawaf mall tersebut cari parking. Apabila naik, tiada pula cherita Hantu Kak Limah Balik Kampung (ayahanda sebut begini) yang dicari-cari. Huh, masygul ouh! Yang ada cuma cherita Janin Aku Masih Dara (betul kan tajuknya?). Alang sudah sampai, jangan pula terkapai.  Bonda proceed to shop and I got spare time to window-shop some books dekat pameran buku. Aku rasa hampir sejam aku belek buku (ceh, beli semua je lah haha).


McFlurry aku dan buku yang dibeli, harap best lah

Arakian, adik pergi McD semata-mata nak mainan.. haha

KFC punya tagline, McD dapat buktikan.. bersama suasana 1Malaysia di belakang :)

Hatta, bergeraklah kami mencari Kak Limah di tempat lain. Manalah dia lesap ini. 


..sebelum itu, solat didahulukan di masjid cantik ini. Adapun pengantin tangkap gambar, gilalah dramatik.

Sampai pula di Jitra Mall..
Bisai banar!!Di sini kami bertemu juga dengan Kak Limahku! haha.. The tickets were selling fast maa, luck didn't slap my family's faces, but fortunately, I got slapped and had the last ticket to watch Kak Limah. The rest of us went to watch Gulliver's Travels in 3D. Dah boleh bazir banyak duit dah tu :D

haha, aku suka baju kem di Taman Negara itu.."Harga tiket mahal la syial," kata adik sambil tepuk dahi

Dalam panggung, alkisahnya aku gelak gila kuat. Nasib baik semua tak perasan sebab semua pun gelak sama. Lawak yang membina, although macam lawak biasa tapi sebab penonton belakang dah gelak bunyi tak boleh blah, aku pun tertusuk tercuit untuk sama menyertai acara gelakan beramai-ramai. Penonton cilik yang ada di sebelahku, barangkali bukan kali pertama usha Kak Limah lompat atas atap, asyik spoil cherita. Haih, mau dilepoknya dia.

Above all, it was so funny and I recommend myself to watch it again


Siapa setuju angkat tangan macam saya.. (nada Usop) XD


Traduksi: 1.Best gila  2.Bagus benar
Nota akhiran : Menang kita 3-0 bola malam ini. Laser itu suatu kontroversi. Dan esok kita harap cuti.

3 ulasan:

Sandra Azwan berkata...

GOOD LUCK!;-)

Asrul "iLham" Sany berkata...

nice blog, harap keep in touch ya ;-)p

Luqman Din berkata...

sandra| yup, thanx :D

asrul| orait XD