Selasa, 14 Disember 2010

25 Perkara

Bonjour mes amis (especially my followers, you guys brighten up my blogging days),

Pearl Lace kehujanan tatsat (tadi)
Once you’ve been tagged, you are supposed to write a post with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 5 more people to be tagged. You also have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it’s because I want to know more about you. To do this, you simply link to their blogs so that they know you responded to their tag.



Here goes;
  • Aku lahir pada 17 Maret 1994, bersamaan hari raya puasa ketiga tahun itu. (aha, I was an Eid born). Masa lahir aku menghidap penyakit kuning yang menyebabkan aku ditahan di hospital dan terpaksa diambil darah di kesemua sepuluh jari kaki dan sepuluh jari tangan (it was hurt, but I could barely remember it ahaha)
  • When I was a baby, I cried loudly during a flight from KL to Kepala Batas. Pramugari yang cantik itu pujuk tapi aku masih baling macam-macam. haha, passengers lain barangkali sumpah seranah macam haram :P
  • Adik aku semua ada nama Din di belakang. Aku, Luqman Din, adik 1st Luqfi Din dan adik bongsu Ashraf Din. Din ini nama datuk aku, ala-ala nama keluarga macam Englishmen sikit... ahaha (perasan~)
  • Masa kecil, aku selalu baca buku-buku yang bukan dalam lingkungan usia aku. Such as masa aku darjah 1 or 2 (entah tak ingat sangat bila), aku dah baca buku Sains kepunyaan makcik aku. Oleh itu, aku digelar ulat buku (tapi hairan asal buku nilam jarang penuh).

    buku-buku yang belum habis ku telaah.. beli saja, baca habis tidak.. *sigh

    • Dulu aku putih mukaku, sehingga ada amoi kedai Cina siap kata aku "Aiya, ini budak manyak hensem maa!". *blushing*.. Tapi tak tau lah, keputihan aku dah hilang sikit-sikit. Mana satu hendak disalahkan, aku sendiri atau sinaran UV matahari? 
    •  Masa kecil aku pernah di'berus gusi' hingga berdarah (tak sengaja ini) dengan kain oleh mak sebab malas dan tak tau baca alphabets. Alhamdulillah, berkat kejadian itu, aku sudah fluent membaca dan sebagainya.
    • Aku seorang yang mempunyai inkuiri yang tinggi. Aku pernah baca Injil dan Taurat sikit-sikit. (optimis ok, aku bukanlah hendak embrace Christianity or Jewish, just for knowledge)
    • Masa aku demam panas, aku selalu meracau macam-macam. During my form 1 time, aku terbangun malam dan jalan-jalan keluar dari Dorm A, masuk semula dalam dorm dan bertinggung atas lantai dorm (nasib baik budak band belum balik, or else mereka pasti terkejut beruk).
    • Aku tak fobia ketinggian namun aku fobia ini, phytophobia (fear of seaweed). I guess I really scared them. Also this may sound even ridicule but I'm afraid that they will going to wrap around my legs and pull me under the ocean. arrghhh!!! mesti ingat aku gila ini ;(

      tengok gambar ini pun sudah bikin aku cuak ~_~


      • Aku rabun mata kanan, tapi ingkar untuk memakai kaca mata sepanjang masa.
      • Pemberian orang ialah suatu benda yang aku amat appreciate. Selalunya, hadiah, kad, atau anugerah lain daripada teman atau taulan amatlah aku hargai. Besides, I always keep them in a good state.
      • Flyer pertama aku dapat ialah dari Sekolah Seri Puteri. Although itu senior yang bagi.. Thanks :)
      • Initially aku memang suka kumpul setem. Dekat rumah sudah ada dua album. Makngah aku antara penyumbang terbesar. Setem-setem dari Aussie kebanyakkan bersumberkan beliau.
      • Peminat terbesar Harry Potter. Buku pertama ayah aku beli masa aku darjah dua, 'The Chamber of Secrets'.. hahaha, langkau dulu buku pertama JK Rowling. After that baru baca buku-buku HP yang lain.
      • Minat Sejarah. Kadangkala merungut juga kenapa fakta-fakta lain yang aku baca dari ensiklopedia tak masuk dalam silabus mata pelajaran. hahaha..
      • Pernah mengalami sindrom cinta monyet pada umur 12 tahun. Nasib baik tak angau sehingga gagal dapat 5A UPSR... XD

      postcards from France, sisa kad-kad request donut, yang biru itu first flyer.. haha

      • Aku pernah minat lagu Gaga sehingga tergila-gilakan.. baca post ini... tetapi minat aku terhadap Gaga dah surut dah.. beralih kepada Muse dan Paramore.. dan masih~
      • Andrenalin aku senang mengalir laju. Kemudian boleh menjadi over. Pathetic sungguh.
      • Sangap kepada traveling. Aku harap bila habis SPM aku dapat pergi obersea dan dapat stay jauh-jauh dari Malaysia sekejap untuk travel ke tempat-tempat menarik di dunia ini. (dan yup, Mekah juga destinasiku)
      • Aku seorang yang suka bidang linguistik sikit. Terlalu gilakan mempelajari bahasa-bahasa lain. Di sekolah aku belajar French. Di sekolah juga aku on the verge untuk belajar Jawa dengan kawan aku, Reeza (maybe Sabir juga) serta mendalami Spanish sikit. Bukan apa, aku memang frust bila orang cakap tapi aku tak paham apa yang dicakapnya... hahahaha. So, target aku nak fluent 5 bahasa, Malay (bahasa lidah mak aku), English (second language: more to writings, speaking aku choi sikit), French (dah ambil DELF B1 tapi tak tahu lulus atau tidak lagi), Jawa (sikit-sikit macam 'aku wes mangan, kue rak mangan neng?' itu boleh la), dan Spanish (L****** L**** es muy loca no??). By the way, suka juga mempelajari dialek-dialek BM seperti loghat Sabah dan Sarawak serta Brunei (kurapak brunei dan kelakar sarawak).

        buku Spanish, ahh, banyak dah lupa~

        • Suka hantar mesej pukul 2 3 pagi walaupun tahu penerima dah ketiduran (or malas nak layan). HAHAHA, siapa dapat itu tahulah :P
        • I started to blog again after I felt it is so fun. (aku dah lama berkecimpung dalam Blogger ini, tengok profil aku. Tapi dulu aku malas nak blog)
        • Very grateful to God to have all these wonderful things in my life (my life, family, batch aku, 0711, friends by my side, anon yang baca blog: eh?? haha) 
        When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile
        • Facebook addict (aku tak tahulah charm apa yang Mark Zuckerberg letak kat page biru tu.. haha)
        • Suka tengok bulan mengambang yang ada lunar ring. (lol, dimana pun kita berada, kita tatap bulan yang sama)
        • the 26th (tambah satu): Aku berterima kasih kepada mereka yang baca blog ini, tak dilupakan kepada followers sebab aku tak pernah paksa mereka follow tapi mereka sanggup berpenat lelah tulang empat kerat untuk mengikuti bait-bait merepek aku.. sayang korang! :D
        Ok, tagging time, mereka ini kalau ada masa buat la.. haha, jangan lupa tag aku yang bagi XD

        1) Faira Moas
        2) missynazaa
        3) cik kacank
        4) Anne Nabila
        Jap, yang lain itu kalau nak buat buat la juga, nanti inform aku, by this way, boleh kita berkenalan bah :) 

        Nota kaki: Itu je secubit daripada diri aku yang mungkin ramai yang tidak tahu. Aku sengaja menyiarkan entri ini buat korang agar dapat tahu serba sedikit pasal aku.

        Bak kata budak itu, "Aku tak lupa kawan aku wei" (ahaha, siapakah?? biarlah rahsia)

        When I read again this post, macam poyo je.. cis gedik~

        1 ulasan:

        Tanpa Nama berkata...

        Terharu apabila ko sudi belajar Jawa...... hahahhaha lee dong wook