Rabu, Mac 17, 2010

Ku Percaya Ada Harijadi (eh cinta) :D

Cuba dengar dendangan lagu baru daripada Datuk Siti Nurhaliza ini.. Macam ada dua lagu dalam satu, kan?? Unik... :)



Ini liriknya :

Mereka meragui,
Wujudnya cinta yang sejati,
Tidak hati ini,
 Semenjak dari mula ku yakin ada cinta,
Cintalah yang memungkinkan segala.
Ku rela,
Biar bertakhta pun perit,
Tertusuk duri,
Jalan berliku tiada bererti,
Ku percaya,
Tidak sia-sia aku diuji,
Demi cinta, tersembunyi hikmahnya,
Pasti...

Korus:
Pandang-pandang alam ini,
Sambil pandang difikiri,
Mana bumbung langit,
Tinggi mana lantai bumi,
Tiap satu yang terjadi,
Tidak mungkin tersendiri,
Cuba cari jawapannya, andai meragui...

Penutup:
Sejak mula ku percaya ada cinta,
Cinta itu memungkinkan segalanya,
Cinta suci dan abadi....

Bagi aku, Datuk Siti Nurhaliza merupakan seorang yang hebat. Tak ramai artis Malaysia yang mampu buat apa yang beliau dah buat. Besides, pengiktirafan terhadap dirinya sangat tinggi, even sampai international. Memang salute lah sama Datuk Siti !!!  Andalah artis yang ku minati sejak kecil lagi!! 


By the way, percaya atau tidak, aku dah menyambut birthday aku yang ke-16.. Haha, aku dah tua dan sudah bertambah tanggungjawabku di dunia. Hope kesuksesan sentiasa berada bersama gue.. Amin :DD

nota kaki- lagu ini ialah lagu tema tahun ini. Entahla, aku berasa macam ada benda yang berkaitan..

Selasa, Mac 16, 2010

Telephone Gaga



Seperti yang sudah kita sedia maklum, klip video ‘Telephone’ Lady Gaga telah diuar-uarkan ke seluruh dunia mulai 11 Mac 2010 yang lalu. Aku terlambat sikit untuk menonton video ini kerana sibuk di HKSBP Zon Utara. Oleh sebab itu, aku hanya berkesempatan untuk tengok secara spesifik di rumah. Haha...
Daripada pemerhatian aku, bawah ini merupakan respons aku secara keseluruhan mengenai video ini.

1)      Video ‘Telephone’ Gaga sememangnya jauh daripada pengertian lirik lagu itu sendiri. Terdapat banyak jalan cerita yang tidak menunjukkan persamaan dengan objek telefon itu sendiri.
2)      Beberapa babak dalam video ini tidak sesuai dilihat oleh sesetengah golongan minor. Daripada bacaan komen, ada juga ibu bapa yang tidak suka dengan penampilan Gaga dalam video yang dikhuatiri akan menghasut serta menyebabkan anak-anak terikut. Tetapi, video ini masih boleh didapati di Youtube yang telah mencecah viewers sebanyak 15 juta.. (semalam, 15 Mac)
3)      Video ini lebih baik dikatakan sebagai movie pendek, kerana tidak semua babak dalam ‘Telephone’ mengandungi lirik lagu yang dialunkan, ada juga dialog dan aksi.
4)      Pernah dinyatakan sebelum ini, bahawa Gaga berkata, “I felt so sad for Bad Romance, because Telephone is so much better”. Maka, aku fikir, dia semestinya berbangga dengan videonya yang jelas mencapai rating yang tinggi oleh penonton-penonton Youtube serta dipuji ramai pihak.

Tidak tengok lagi video??? Ini hah, aku dah sediakan...


Ini ulasan pendek sinopsis klip video...

 “Video yang berunsur Kill Bill ini bermula pada 11 Februari 2010 dimana Gaga dibawa ke County Jail (a.k.a Prison For B*&%#@) kerana tuduhan membunuh teman lelakinya (lihat klip video Paparazzi). Selepas dimasukkan ke sel, dia dibogelkan assistant. Daripada perbualan dua orang assistant itu, kedengaran penafian bahawa Gaga seorang lelaki.
<<<< (ade ke penjara cam ni??)


Di Exercise Yard, Gaga dibawa untuk mengambil udara segar dengan berpakaian hitam serta dibelenggu rantai dan berkata mata rokok. Di situ, lagu Paper Gangsta dimainkan dan Gaga berjalan dan duduk di atas kerusi. Dia membiarkan dirinya dicium  seorang lesbian. Pada masa yang sama, dia mencuri telefon bimbit milik Mr. Lesbo itu tanpa disedarinya.
(fesyen ini confirm tak de sapa yang berani cuba)>>>>
                    

Seterusnya, babak berubah ke suatu ruang legar penjara. Gaga melihat pergaduhan antara perempuan-perempuan sundal yang jelas annoying, haha... Beberapa saat kemudian, speaker melaungkan ‘Beyonce on the line, Gaga’.. Lady Gaga mencapai gagang telefon dan bermulalah rangkap pertama lagu. Dia juga menari-nari di koridor penjara (MOTIF??).. dan kalau korang presence, Gaga ada mengucapkan terima kasih melalui mesej kepada Beyonce menggunakan telefon lesbo tadi.
                                                              <<(adik Gaga, Natali Germanotta kelihatan)


It’s your lucky day, some idiot bailed you out!!’ assistant tersebut berkata sedemikian semasa Gaga melangkah keluar penjara sambil log-in ke Plenty of Fish. Gaga menyilang hentak kaki sebagai apresiasi. Hahaha.. Gaga kemudiannya bertemu Beyonce dalam jip Pussy Wagon. Beyonce mengatakan Gaga amat jahat dan memandu pergi meninggalkan penjara ke gurun di California. Beyonce berkompromi dengan Gaga untuk membunuh teman lelaki Beyonce (siapa yang sebenarnya jahat??).


Mereka berhenti di Diner yang merupakan tempat pertemuan Beyonce dan teman lelakinya (dilakonkan Tyrese Gibson). Semasa Tyrese bergerak ke kaunter, Beyonce menuang sejumlah racun dalam kopi Tyrese tetapi cubaan membunuh itu gagal apabila Tyrese hanya batuk-batuk.
 <<(Tyrese Gibson berlakon sebagai boyfriend Beyonce)



Pada masa itulah Gaga yang menyamar sebagai chef memulakan kerja di dapur Diner. Dia menyediakan menu beracun dan meletakkan lebih banyak racun tikus dalam setiap makanan yang akan dihidangkan. Pelannya ialah, dia akan membunuh semuanya termasuk pelanggan-pelanggan yang datang. Selepas itu, Gaga dengan berpakaian baju latex keluar menghidangkan makanan kepada Tyrese. Tyrese yang pentingkan diri itu terus  menyambar madu daripada tangan Beyonce. Beyonce senyum je melihat kelakuan itu, memandangkan Tyrese akan  mati.

Tyrese mula batuk-batuk secara serius dan akhirnya menemui ajal. ‘I knew you take all my honey, you selfish mother******’ ujar Beyonce.. Apa jadi lepas tu??

Well,

EIN...

ZWEI...

DRE!!

Semua pelanggan Diner mati selepas makan makanan yang beracun itu.. Gaga dan Beyonce menari di tengah-tengah restoran sebelum melarikan diri dengan Pussy Wagon..


Tetapi, sayang sekali, kegiatan mereka berjaya dikesan polis dan dilabelkan sebagai homicide di berita nasional. Mereka diburu habis-habisan...


To be continued.... ”

eh jap, ada lagi...ini adalah beberapa perkara yang mungkin korang tak tau tentang video ini... 


-Racun yang digunakan ialah, Fex-M3 daripada filem Star Wars (Extended Universe) , Meta-cyanide daripada filem Dune, dan Tiberium daripada filem Command and Conquer.
-Penampilan The Pussy Wagon  adalah daripada filem Quentin Tarantino, Kill Bill.
-Natali Germanotta (adik Gaga) berlakon cameo sebagai tahanan dalam video.
-Salah satu tahanan yang kelihatan pada awal video, semasa Gaga dibawa masuk ialah bintang porno, Alektra Blue.
-Wanita yang dinampar Tyrese di Diner, berkata "One Piece" dalam Bahasa Jepun, merujuk pada anime itu.
-Selama laporan berita pembunuhan di berita nasional, di bahagian bawah skrin adalah lirik "Telefon" dalam bahasa Sweden.
-Salah satu officer penjara yang membawa Gaga pada awal video ialah Ms Mann, dari Scary Movie.
-Racun Lady Gaga yang digunakan dalam adegan "Let's Make a Sandwich", adalah sama seperti  dalam Paparazzi.
-Atas pakaian biru Beyoncé, ada beberapa wajah-wajah manusia tercetak di atasnya.
-Atas tape polis yang dipakai Gaga, ungkapan "Do Not Cross" dan "Crime Scene" serta simbol salib (†) dari The Fame Monster kelihatan.
-Berita nasional yang ke udara pada 11:21 CT, waktu malam menunjukkan pihak  polis mengambil masa dari waktu makan tengahari hingga 11:21 malam untuk menyedari terjadinya  pembunuhan.
-Ada dua laporan cuaca, satu untuk Los Angeles "LA H 89 L 75", dan satu untuk New York "NY H 91 L 80".
-Sepanjang babak meracun Tyrese, topi Beyoncé menghilang dalam dua adegan. Topi yang hilang itu muncul kembali dalam adegan bergantian.
-Pada subjudul semasa pelanggan-pelanggan Diner mati, yang ditulis ialah "Ein", sebenarnya "Eins" yang bermaksud "satu".
-Dari 5:15-5:19, kelihatan Beyoncé membaca skrip untuk baris berikutnya.
-Bilangan roti baguette semasa adegan di dapur berubah.
-The "Haus of GaGa" dieja "House of Gaga".

Sekian~ hahahah XD

Berangan??


Yo!! Adeh, dah hampir dekat sebulan aku tak update blog. Hahaha... bukan apa, aku busy kat sekolah.. Tambah-tambah baru je habis exam.. so, maafla kalau korang menunggu.


Sekarang ini (maksud aku, detik ini), aku sudah berada di rumah, setelah 3 bulan tak balik. Best tu memang best la, kerana berjaya meninggalkan koleq yang hectic buat sementara waktu. Buat pengetahuan korang, ujian selaras satu dah berlangsung pada bulan Februari yang lepas. Sedihnya, aku hanya mendapatt 5A (2A+, 3A1), 2B, 1C dan 1D.. Ish, teruk giler dan keputusan itu melayakkan diri aku untuk ditempatkan di nombor 55. Aku agak menyesal dengan keputusan aku. Aku rasa satu inisiatif perlu aku lakukan, betul kan? Aku tak boleh kekal bermain sepak-sepak angan-angan di alam khayalan, sebab bola angan-anganyang disepak itu akan menghentam aku balik se-inersia yang boleh serta menjatuhkan aku ke dalam cerun kegagalan. Aku juga tak perlu kekal bersenyum ketawa dan menjerit bait-bait lagu Gaga setiap hari, tanpa memikirkan masa yang jelas bergerak pantas seperti cahaya meninggalkan diri. (ayoo, hiperbola sangat!)



Siapa yang tak nak berjaya, kan?

Aku pun nak juga. Melihat kepada kejayaan mereka yang mendapat straight A+ dalam SPM benar-benar menjelesi aku. Andaikan aku di tempat mereka, semestinya aku bersorak keriangan serta menjerit Dunia Milikku!!! sekuat mungkin. Haha, relax, tak perlu bernada berlebihan..

Konklusi- hentikan berangan ko bengap!! dan mulakan anjakan paradigma!!! Wakakaka.. XD



nota kaki- eh, birthday aku dah around the corner kah??? :DD