Jumaat, Disember 31, 2010

2010 tinggal kenangan

Bonsoir,


Adoyai, hendak masuk tahun baru sudah ke? Aku rasa macam baru semalam aku berada di awal tahun 2010. Masa pantas berlalu kan? Tidak aku sedar yang kita sudah pun hampir memasuki tahun 2011, hanya beberapa detik sahaja lagi.

Mengambil kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011. Kepada semua readers, aku menyusun 10 jari memohon maaf jikalau ada susunan kata pada wadah blog ini terguris lagi tergores hati anda. Aku tidak bermaksud untuk sengaja menusuk dan menikam sensitiviti mana-mana pihak, baik yang hidup mahupun yang telah mati. Heh, macam entri Hari Raya pula dah..haha

Rumusan 2010 sepintas lalu:

Pada pendapat aku, memang terbuktilah mitos honeymoon year itu, bukan setakat honey, money pun sama juga dek keborosan membeli belah tak tentu hala di Kuala Kangso pada masa outing. Tahun 2010 memang masyuk gila beb. Daripada menang debat North Zone (aku supporter sajorh) hinggalah kepada kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dalam Piala AFF Suzuki, tahun 2010 sememangnya penuh dengan warna. Pelbagai suka dikongsi bersama dan duka dilupakan secepatnya. Tahun inilah aku merasa betapa bestnya hidup sebagai tingkatan 4 dengan aktiviti-aktiviti hedonistik seperti menonton Glee, bising di kelas, usha movies, potluck Ramadhani, brunch (breakfast + lunch) di The Gate Cafe, online di kelas, lepak bersama kawan sembang-sembang, baling mercunmakan order ration luar, fly ke Ipoh tengok Eclipse.. *3 aktiviti terakhir dicensored untuk keselamatan penulis* Seronok bhai, haha.. lepas beberapa bulan menjelang Ujian Selaras SBP Tingkatan 4, baru merosot sikit nafsu kegembiraan dan mula fokus untuk ujian. Dapat 6A je, ok la kot (padan muka, siapa suruh nikmati sangat kehidupan).


Bulan November hari itu bermulanya cuti. Aku punyalah berazam macam-macam untuk manfaatkan cuti terakhir sebelum struggle untuk SPM tahun depan. Tapi satu habuk pun tak usai. Sengal~

Perancangan cuti hujung tahun 2010 *kononnya*
1.tonton semua episod Glee season 2 = /
2.luang masa ngan family = /
3.reincarnate blog and tambah followers = /
4.SENTUH buku Add Math = /
5.habis baca novel Bumi Cinta, The Zahir, serta yang lain = X
6.baca facts = / or X
7.cerahkan kulit sebab terperap di rumah = /
8.jadi tough = X
9.bangun pagi dan cycling = X
10.usha cherita Korea = X

...huh, bazir je wishes aku :(

31 Disember sudeyh, memori kekal memori.

Dan 1 Januari esok aku akan bergerak balik ke Kolej Melayu terchenta. haha.. betapa rindunya aku pada school compoud (inilah lumrah pelajar asrama, bila tak cuti, rindu rumah, bila sudah cuti, rindu sekolah..pirah~)

rindu dorm 19, tahun depan tak lagi aku diami :(

best makan maggi tepi tingkap sambil merasai angin sepoi-sepoi bahasa membelai rambut, ececeh :)

koridor yang menjadi mangsa sebagai trek larian tak rasmi, lagi-lagi bila semua berlari ke dorm sebelah untuk usha movie percuma haha

Aku sungguh rindu!

Aku akan mulakan hidup sebagai budak tingkatan 5 yang terperap belajar bagi menggapai impian straight A dalam Sijil Paling Mahal. Cuak sangat. Harap berjaya tahun depan. Tak mahu lagi main gila-gila (sikit-sikit untuk release tensi itu dimaafkanlah). Ucap selamat berjaya kepadaku :D

Anak paksu jatuh dalam perigi,
Sebab jeling amoi ayu lalu,
2010 telah melambai pergi,
2011 kita start hidup baru.

P/S- perlu ke buat resolusi tahun baru, kerna resolusi lampau pun tidak terlangsai lagi? haha

- Kudos to Harith Hamdan for the awesome koleq's photos. Semuanya hak cipta beliau. Gambar selebihnya diculik dan diubahsuai dari Google.

Khamis, Disember 30, 2010

Piala Suzuki, hadiah buat Malaysia


Bonne nuit, ececeh, wei, MALAYSIA MENANG DOE!!! best la ^_^ haha

Maaf tak update blog lama, aku sangat berkonsentrasi yang amat kepada perlawanan bola tempoh hari. Tanggal 29 Disember ini merupakan saat keemasan bagi rakyat Malaysia kerana menjadi johan Piala AFF Suzuki 2010. Aku daripada tak minat sangat bola tempatan terus minat (sadis kedengaran -_-")

Piala Suzuki memang dapat kontroversi gila di rantau ini. Sejak match 26 Disember lalu, pelbagai provokasi semakin dicetuskan di kedua-dua belah pihak (entri ini tidak bias, takut kena hack nanti haha). Hari itu aku buka Twitter, macam dah jadi perang siber dah. Muncul ungkapan-ungkapan yang bisa membuat hati ditusuk amarah. Biasalah, lepas satu tengking, satu balas, so trending topics mengenai Malaysia pun tak habis-habis sejak hari itu.

mau tak hot kita baca~
Trends yang provoke gila itu menyebabkan satu dunia terikut-ikut untuk menghina, mencerca, dan mencemuh Malaysia. Teriakan maling banyak kedengaran (maling itu maksudnya mencuri, tuduhan kepada Malaysia yang memaling budaya orang). Waduh, kerana bola pun kayaknya seperti perang dong~ Kemudian muncul pula #malaysiacheatlaser.. haha.. Isu laser menjadi femes tetiba jah~ ada juga Malaysians yang turut serta membalas herdikan dari negara sebarang. hahaha.. hampa pi la kutuk sesama sendiri, buat malu kat dunia je tengok negara serumpun bergaduh XD. Somewhere in Israel, the Jews are laughed out loud to see two Muslim countries fighting each other just because a football match.. huh

Meskipun terpaksa menempuhi sorakan dan teriakan provokasi itu, football team kita berjaya masuk ke stadium dengan kereta kebal (ini cherita betul ye, kita move ke stadium Bung Karno naik kereta kebal. Macam nak pergi perang ouh..haha). Aku usha juga match bola tadi, seronok gila doe. Mak dengan makcik aku bersorak mengalahkan aku, mereka pula yang sportive amat. Lepas itu, ada babak cameramen yang terbukti gedik, ditangkapnya gambar gadis Indo yang ayu.. haha.. Adrenalin aku bertambah laju tatkala Safee Sali menjaringkan gol pertama pada minit ke 53 dan menyebabkan satu Bung Karno terkesima. 

Supporters Malaysia dengan mercun memang tak boleh dipisahkan.. haha. ( ini bukan di GBK, kalau kat Jakarta macam ini, bikin mampus)
Akhirnya, walaupun termasuk gawang kita 2 gol dari Indo, kita menang jua Piala AFF Suzuki!!! wooo!!! Betapa ku cinta pada mu Malaysia. :D

Sorak gembira.. (bukan gambar final)

Khairul Fahmi, depa suka hang!
Syukur! Di Twitter juga dah berubah (mungkin sebentar sahaja kot, nanti bergaduh macam kucing dan anjing balik), kelihatan CONGRATULATION MALAYSIA (tertinggal 's' situ, takpa la) dan Khairul Fahmi di trend worldwide. Apa pasal tiba-tiba keluar Fahmi ini?? Hah, keeper terbaik kot, sebab itu ramai minat..haha.. apa la korang, dia dah ada awek dah la, ini dia~ berlambak dah yang  follow dia sejak match tadi (bertuah couple dengan footballer kebangsaan, hampa pi la join haha) Sambil itu, aku nak tergelak bila mereka cakap Khairul Fahmi orang China dan Jepun -_- Nampak sangat tak buat kajian sebelum mengutuk suka hati.

Above all, TAHNIAH buat Malaysiaku dan diharapkan semoga selamat penyokong Khairul Fahmi Malaysia dan pemain di sana sebelum melangkah pulang ke tanah air esok. Siapa yang berada dekat-dekat KL itu pergilah ke KLIA pukul 2 petang menanti kepulangan Harimau Malaya kita. Cheq kat Pearl Lace ini, jauh sangat nak join hampa :)

K. Rajagopal, Malaysians are proud of you
-Tak perlu kita bermusuhan hanya sekadar permainan bola sepak. Adat permainan, ada kalah ada menang. Tak semestinya kita sentiasa berada di atas. Peace Malaysia-Indonesia :)

Tanah tumpahnya darahku, kemenangan buat Harimau Malaya!!!!


P/S- Hari Jumaat kita cuti~ haha, tiada kesan langsung bagi aku yang tidak bekerja XD
Perhatian: gambar diragut di Google kecuali gambar trend Twitter, siapa nak claim copyright, inform saya. terima kasih

Ahad, Disember 26, 2010

Ronggeng di Alor Stuck bersama Kak Limah

Bonsoir,

Hari Krismas hari itu merupakan hari yang siuk bah 1. Aku seronok berjalan bersama ahli keluarga tersayang. Lepas makan kenduri, kami bersiar-siar ke Alor Stuck. Alar, panjanglah mahu cherita..
che cita che cita~
aha, okay fine. Tapi semua ini tidak dinawaitukan kerana Krismas wei. Ayahanda bersetuju untuk bawa ke Alor Stuck selepas aku mengeluarkan statements mengenai pawagam. Aku cherita mengenai diriku yang fly ke Ipoh hari itu untuk tonton Eclipse.. haha. Adik aku pun apatah lagi, merungut dan merenget mahu ke pawagam. Pertama kali lah katakan.

Sampai di City Plaza, punyalah tawaf mall tersebut cari parking. Apabila naik, tiada pula cherita Hantu Kak Limah Balik Kampung (ayahanda sebut begini) yang dicari-cari. Huh, masygul ouh! Yang ada cuma cherita Janin Aku Masih Dara (betul kan tajuknya?). Alang sudah sampai, jangan pula terkapai.  Bonda proceed to shop and I got spare time to window-shop some books dekat pameran buku. Aku rasa hampir sejam aku belek buku (ceh, beli semua je lah haha).


McFlurry aku dan buku yang dibeli, harap best lah

Arakian, adik pergi McD semata-mata nak mainan.. haha

KFC punya tagline, McD dapat buktikan.. bersama suasana 1Malaysia di belakang :)

Hatta, bergeraklah kami mencari Kak Limah di tempat lain. Manalah dia lesap ini. 


..sebelum itu, solat didahulukan di masjid cantik ini. Adapun pengantin tangkap gambar, gilalah dramatik.

Sampai pula di Jitra Mall..
Bisai banar!!Di sini kami bertemu juga dengan Kak Limahku! haha.. The tickets were selling fast maa, luck didn't slap my family's faces, but fortunately, I got slapped and had the last ticket to watch Kak Limah. The rest of us went to watch Gulliver's Travels in 3D. Dah boleh bazir banyak duit dah tu :D

haha, aku suka baju kem di Taman Negara itu.."Harga tiket mahal la syial," kata adik sambil tepuk dahi

Dalam panggung, alkisahnya aku gelak gila kuat. Nasib baik semua tak perasan sebab semua pun gelak sama. Lawak yang membina, although macam lawak biasa tapi sebab penonton belakang dah gelak bunyi tak boleh blah, aku pun tertusuk tercuit untuk sama menyertai acara gelakan beramai-ramai. Penonton cilik yang ada di sebelahku, barangkali bukan kali pertama usha Kak Limah lompat atas atap, asyik spoil cherita. Haih, mau dilepoknya dia.

Above all, it was so funny and I recommend myself to watch it again


Siapa setuju angkat tangan macam saya.. (nada Usop) XD


Traduksi: 1.Best gila  2.Bagus benar
Nota akhiran : Menang kita 3-0 bola malam ini. Laser itu suatu kontroversi. Dan esok kita harap cuti.


Seratus sudah

Bonjour,

Maaf delay entri ini tetapi tahulah kan, kesibukan mencengkam diri di saat-saat berakhirnya cuti sekolah.. woo, tahun depan Sijil Paling Mahal.. haha

Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti perkembangan semasa blog picisan aku ini. Aku bukanlah Hanis Zalikha, Ben Ashaari mahupun Aizul Marcello dan lain-lain blogger otai seperti anda, namun korang masih sanggup mengikuti aku.. *terharu :D


Seratus sudeyh~

Alhamdulillah, berkat doa, usaha dan tawakal, blog ini sudah mempunyai pengikut melebihi 100 orang sejak beberapa hari yang lepas. Jika tiada yang pertama, tiada yang kedua, jika tiada yang kedua, tak berada pula yang ketiga dan... (tak perlu kot habiskan pernyataan ini haha). Konklusi: Tiada korang, aku tak kemana. Terima kasih semua. Mai kita pakat ramai-ramai singgah follower ke 100,  muhammad firdaus hisain.





Berarti satu wishlist aku telah dipenuhi, thanks cik afifaa yang mengingatkan. Lepas ini target 200 pula lah.


  






In the nutshell, MERCI BEAUCOUP untuk semua :D


Nota Kaki:

Abaikan cherita bahagian kanan atas itu dulu , fokus berita dekat tengah kejap

Malaysia vs Indonesia.. Kemenangan, mampukah kita?? Semarakkan semangat Harimau Malaya malam ini, sama ada di stadium ataupun layar skrin kedai makan berdekatan.. harap menang. amin~


Jumaat, Disember 24, 2010

Soalan Bodoh untuk Lagu Shuffle

Bonjour

Ok, let's play a game, haha (bersorak girang seperti budak makan popsicle :D)


1.Put your music library on shuffle.
2.For each question, press the next button to get your answer.
3.You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4.Ok, go!
5.When you're done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the Title of your note.



got no iPhone macam korang.. iTunes pun jadi la ye~ ahak

Me

Are you a happy person?
Percaya Padaku - Ungu

What is your passion?
Just the Way You Are - Glee's on Bruno Mars haha

What do you regret?
Pudar - Rossa.. ape ni?? -___-" haha

How would you describe yourself?
I Hate You - 2PM

What is your greatest strength?
Hanya Yang Terbaik - Lagu Debat UIAM.. wooo, tak sangka :D

What is your biggest weakness?
3gatsu 9ka - 1 Litre of Tears.. sedih kot :(

What do you do in your free time?
Ku Menunggu - Rossa.. tunggu apa la tu

Are you intelligent?
Halo and Walking on Sunshine - Glee Cast.. haha...

What is your goal in life?
Billionaire- Glee's on Travie McCoy

How do you act towards others?
California Gurls - Katy Perry.. is it mean I'm flirting?? lol

Are you a generous person?
Gettin' Over You - David Guetta ft. Fergie.. ouh, maksudnya tak la kot :P

How do you deal with anger?
Noktah Cinta - Hafiz

How do you cope with sadness?
Thinking of You - Katy Perry.. yup :(

What makes you really happy?
Love Story - Taylor Swift.. haha

What pisses you off?
Ruang Kedua - Marsha

What do you look like? (the singer of the song)
That's What You Get - Paramore.. HAHA, Hayley :DD

How would you describe your life right now?
Senyummu Lagi - Mawi on Magika haha

What will your life be like in 5 years?
Rinduku Terhenti - Tomok

How will you die?
Shut Up and Kiss Me - Orianthi.. eh, hubungan luar nikah? janganla doe ;(

What are your fears?
Plug-in Baby - MUSE haha, cuak

If you wrote an autobiography, what would it be called?
Konayuki - 1 Litre of Tears.. lol..

Love Life

Are you single or taken?
Cassiopeia - Orchestra.. aku tak memahami.. haha

Are you in love?
Stop! In the Name of Love/Free Your Mind - Glee Cast haha. yes!

What do you think of the opposite sex?
Mami Mami minta Duit - Boboy haha, aku memang gila duit

What does the opposite sex think of you?
I Need You - N-Dubz :)

Are you sexually active? (soalan cam ^&%*)
I'tiraf - Raihan.. Adoyai, terus dapat lagu nasyid taubat -____-"

Have you broken anyone's heart?
Lelaki Ini - Anuar Zain.. haha, yes, aku yang buat!!

Has anyone broken yours?
Live Like We're Dying - Kris Allen

How would your significant other describe you?
Jangan Menyerah - D'Masiv

How would you describe your significant other?
Diluar Kerelaan Ku - Elaine Kang.. tak rela aku :)

What do you want in a relationship?
Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone haha, enggak faham!

Do you mind being single?
Defying Gravity - Glee Cast.. tak kesah la tu

How do you kiss?
Kau Selalu Ada - Tilu

Do people fall in love with you easily?
Hit Me Baby One More Time - Glee's on Britney Spears.. haha, bajet hot

What is your view on love / relationships?
Sesuci Lebaran - Datuk Siti Nurhaliza.. cintaku sesuci Syawal :D

What is a challenge to you in a relationship?
Born This Way - Lady Gaga

How do you feel about your current status?
Telephone - Lady Gaga MOTIF??

Will you get married?
Kita Bersaudara - KRU on Magika.. tak boleh lah kahwin :P

Will you have kids?
Respect - Aretha Franklin.. hormati privasi aku haha

How did you meet your current boyfriend, girlfriend, or crush?
Seloka Hari Raya - Uji Rashid, Hail Amir.. asal semua relate to raya ini?

Are you happy?
Your Enchanting Gateway - Tourism Malaysia.. haha.. seronok pergi vacation dalam negara :)

Family And Friends

Do you have a lot of friends?
Exogenesis Part 2, Cross-Polination - MUSE

What do you think of your friends?
Virginia - Koleq's Orchestra.. Aii, asal budak orchest pula ni?? -____-"

What do your friends think of you?
Maafkan Diriku - Elaine Kang

How would you describe your closest friends?
Vanilla Twilight - Owl City haha

Do you and your family get along well?
Asal Menjadi Cantik - Ning Baizura on Magika.. asal semua lawa, ok la :D

How would you describe your father?
Paper Gangsta - Lady Gaga HAHA, harap ayah tak baca ini

How would you describe your mother?
Back To December - Taylor Swift teehee :D

How would you describe your sibling(s)?
Teen Age Riot - Sonic Youth huh, ini pun tak faham haha

How would your father describe you?
The Flight of Bumblebee - Glee Cast.. haha, cakap banyak ke?

How would your mother describe you?
Rehab - Vocal Adrenaline on Glee tak kan sampai gila kot?

How would your sibling(s) describe you?
Ketika Cinta - Datuk Siti Nurhaliza :)

How would random strangers describe you?
We R Who We R - Ke$ha

What do your teachers think of you?
True Colors - Cyndi Lauper.. old school gila!

What do you think of yourself?
My Head Had A Brain Freeze - A&T.. haha, kurang betul kot 0_o

Theme Songs (What song would describe these situations best?)

Your birth:
Bell Chuch - kafir gila!!!

Your teen years:
I Say A Little Prayer - Dionne Warwick.. ini lagi satu old school~

Becoming an adult:
This Used To Be My Playground - Madonna

Your first kiss: (hoi)
Paparazzi - Lady Gaga HAHAHA, mesti aku popular, patut ramai usha first kiss

Losing your virginity: (soalan dah gila)
One Year Later - SNSD.. huhu.. apa benda tah

Pass an exam like PMR or SPM:
Eenie Meenie - Justin Beiber oh tidak~

Graduating high school / going to college:
Fluorescent Adolescent - Arctic Monkeys... yup, haha

Getting a job:
Lift Me Up - Christina Aguilera

Getting married:
Cassiopeia - Koleq's Orchesta.. asal orchest lagi ni??

Having a child:
S&M - Rihanna.. woo, ganass~

Getting your heart broken:
Adai-adai - Lagu tradisional Brunei.. haha, lepas ini aku menari adai-adai je lah -_-"

Go to religious centres:
Voyage - Ayumi Hamasaki (aku tak tau macam mana lagu yang aku tak tau ini ada dalam iTunes huh)

Being with the one you love:
Unintended - MUSE woot woot (:

Having a life crisis:
Yang - Wali Band haha, gila betul..

At death:
Never Say Never - Justin Beiber.. kenapa Bibir ini teman aku mati lak?? ;(

At your funeral:
Diva - After School.. mampus!!!

Your personal philosophy:
Selamat Hari Raya - Fazidah Joned.. TAK HABIS-HABIS RAYA!!

Your life overall:
Sparks Fly - Taylor Swift.. it's better :)

Ok, benda ini aku jumpa di sini... nak cuba atau tidak, berserah kepada anda. Tak nak tag sesiapa.. hahaha..
Tak boleh accept gila how Syawal relates much in my life, listen to Never Say Never until die, see my mom as Taylor Swift, first kiss will be watched by Paparazzi, and fear to Plug-In Baby.. HAHA

Rabu, Disember 22, 2010

Post PMR as I recall it

Bonsoir,

It has been a year passed after I sat for my PMR in 2009. Despite it had finished, until now I could recall just the way it had been. The examination was one of my best memories ever, from various kind of exam prefects (hey, ada guru itu garang woo haha) to shivering with great fear after knowing I had done silly mistakes in Maths paper lol. But thanks to God, I managed to wrap 8As slip in my hand on 28th December 2009 :)

Tomorrow will be a red letter day to the 0812 generation out there. The results will be announced and no doubt, it is the moment of truth. Did they give their best shot when answering the Sejarah paper?? Did they count well in Maths papers?? And they had wrote perfectly in their essay, didn't they? haha, we'll see. (jangan cuak pula wei)

Kuala Kangso~

I remember when it was the eve before the results-taking day. Mom and Dad gave their permission to let me going back to Kuala Kangso to receive the results (meant my bodek was successful :D). On 27th December, I was accompanied with Muhaimin Fitri, my batchmate who is also from the breathtaking state of Pearl Lace, and we went to Kuala by bus. As I remember, my father's buddy, Uncle Akram helped us to find a hotel room for us to rent a night. 

Believe me, we not checked into the Double Lion
It was the hotel up on a jewelery stop. And we got to much bucks so that we could pay the room by ourself. Luckily, the amoi receptionist did not suspect us to do illegal action because what would be on one's mind of they see two guys rent a room for a night??? hahaha. But seriously it was fun to be at Kuala, have a room, and no PARENTS AROUND.. yeah!!! By that night, we strayed at shop's kaki lima, jalan-jalan suka hati but kinda boring because after 10 pm, KK would be like a ghost town, tak percaya, mai usha.. :P

how sweet like Slurpee it was post-PMR life~ 
We headed to nearby 7 Eleven (ouh macam nama batch, no wonder they keep calling us batch kedai haha) and purchase somethings to eat. Not forgetting the Slurpee that I craved for. Sedap kot. That night we even tucked out and used handphones whenever we want, well who cares, it's holidays! Back to the hotel, we enjoyed skinny-dipping in the dark err nope, there was no such thing, we watched TV and bla bla bla some stupid nonsenses. Heaven giler, until now I wonder why didn't we do some spiritual activities, you know like praying or baca Yassin or somewhat like that?? Because it was like a tiny party in a hotel room. huh~ mantap, yang lain mesti masa itu sibuk melakukan ibadah dengan tawaduk... hoi, don't think negatively, we still prayed Isyak and du'a for excellence.. We did that to get rid the results trauma. (:

some of my batchmates.. spot any familiar face?
Morning, and we went to college compound. Mak aii, ramai giler datang. There's a bunch of my batch fellas coming to take results. All waited patiently, sucily, before the results were ready to be announced. Me?? of course I was full with unbearable fear in myself. CUAK DOUH! Out of the blue, Amir Norman came and bid me, and said, "Kau dapat 8A, aku dah call cikgu".. oh man, kacau stim betul. I got my result early while others were still waiting. Muhaimin managed to get 8A too.



that's me.. sigh*
Sadly, the results were not as expected. We didn't make it. A lot of us couldn't get straight As. They stuck on Bahasa Melayu and Pendidikan Agama Islam... I do not know what was happening. We did best but Allah didn't grant us to be 100% successful. Maybe He knows the best. We just redha for what happened. PMR is not the end of the world. Though, I shed sadness tears at that time, how could you be happy with 8A while your batchmates were crying in sorrow? 




That was my captured memory of the day. The day that seemed to be full of surprises. Hopefully, my koleq juniors will not have the same fate. 

So, the another anticipating day will soon come tomorrow. It is hoped that all the PMR candidates 2010 can get excellent results. Believe in yourself. You had done your best so why hesitant about the straight As?? Pray to God and let all things He decides. May the lady of luck smiles upon you guys~ ALL THE BEST!!! (jangan buat benda tak ketahuan malam ni) :)

P/S- my brother got SBP, somewhere in central zone. The good thing is, he will not distract me at Kuala. huhu.

By the way, I really miss blogging in INK-LEECH~ sekian

Aku Harap Kau Menari

Bonjour,

Aku harap semua sihat hari ini, termasuk budak-budak PMR yang mungkin sedang keketaran menunggu keputusan PMR esok.. haha..

Pagi ini hendak kongsi satu lagu. Satu lagu yang aku selalu dengar, lagu yang bersifat motivasi kepada diri.



I HOPE YOU DANCE
Lee Ann Womack


I hope you never lose your sense of wonder
You get your fill to eat
But always keep that hunger
May you never take one single breath for granted
God forbid love ever leave you empty handed
I hope you still feel small
When you stand by the ocean
Whenever one door closes, I hope one more opens
Promise me you'll give faith a fighting chance

Jangan pernah lupa sifat kagum. Walaupun kita agak biasa dengan suatu perkara, jangan lupa untuk melihat sesuatu perkara itu dengan sifat kagum. Barulah diri ini hilang sifat suka memandang enteng sesuatu benda dan barulah kita ada sifat enthusiastic dalam mempelajari sesuatu. Tambahan lagi, kita jangan mengambil mudah seseorang itu, jauh sekali mempergunakannya untuk kebaikan sendiri. Apatah lagi kalau itu orang yang mencintaimu. Lirik lagu juga mengingatkan supaya kita sentiasa merendah diri dan tidak kenal erti putus asa.

I hope you never fear those mountains in the distance
Never settle for the path of least resistance
Living might mean taking chances
But they're worth taking
Lovin' might be a mistake
But it's worth making
Don't let some hell bent heart
Leave you bitter
When you come close to selling out
Reconsider
Give the heavens above
More than just a passing glance

Hidup pasti penuh dengan dugaan yang melintas. Jangan pernah kita takut atau cuak menghadapi setiap satunya. Ambil segala peluang yang ada, mana tahu jikalau satu peluang itu menjelma sekali sahaja dalam hidup dan tiada kembali semula? Percintaan yang gagal mungkin membuatkan kita berasa seolah-olah tidak berguna lagi kerana orang yang dicintai tidak membalas perasaan cinta kita terhadapnya. Tetapi ingatlah, having a broken heart is a sign that we had done trying hard for something. Oleh itu, lovin' is worth making. Jangan sesekali biarkan hati merundum kekecewaan dalam hidup. Tinggalkan perasaan itu kerana mempunyai hati yang sedih selalu membahayakan jiwa juga nanti. Kalau kita hampir menjual maruah diri untuk mengejar wang dan peluang, fikir balik betul-betul.

And when you get the choice to sit it out or dance
I hope you dance
(Time is a real and constant motion always)
I hope you dance
(Rolling us along)
I hope you dance
(Tell me who)
I hope you dance
(Wants to look back on their youth and wonder)
(Where those years have gone)


Lee Ann seronok menyanyikan lagu motivasi yang efektif kepada rakyat

Okay, selamat pagi dan selamat menjalani hari yang baru!! :D

Aku harap kau menari, walau apa jua kesusahan yang melanda dalam hidupmu. Gembiralah dengan kehidupan yang ada dan berusahalah mencapai segala impian dalam hidup.


Selasa, Disember 21, 2010

Drama Korea dan Filem Gaduh

Bonsoir,

Agak lamalah juga aku tidak menyiarkan entri baru di blog ini. Sibuk sekejap haha...
Ok, updates about me (3 benda)

Kemaruk Dae Jang Geum

Dua tiga hari ini tengah sibuk usha cerita Korea. Sebenarnya cerita ini sudah ditonton lama dah. Kira-kira tahun 2004 masa aku di darjah 4. Tetapi oleh kerana sudah jumpa video online streaming, aku ushalah balik (alar, alang-alang cuti huhu). Best cerita ini.

Dae Jang Geum/ The Great Jang Geum

Lawa kan Lee Young Hae dekat atas itu?? ^_^

Cerita ini tajuknya Jewel in the Palace. Sudah tayang dah kat 8TV suatu ketika dahulu. Mengisahkan Jang Geum, seorang perempuan yang telah kehilangan emak dan ayah dia. Semasa emak dia di hujung nyawa (hendak mati sebab terkena panah), emak dia meminta Jang Geum supaya bekerja di istana dan memesan kepada Jang Geum untuk menjadi seorang ketua dapur istana supaya dia dapat menulis ketidakadilan yang dilaluinya dalam catatan buku sejarah kaum wanita di dapur istana (babak ini sedih kot, mak dia mati tetapi Jang Geum masih suap emaknya makanan).

and they got married (dalam cerita itu la)
Selepas menghadapi liku-liku hidup yang susah, daif, sadis sedih, ditambah pula dengan konspirasi jahat Puan Choi bersama agenda menaikkan nama keluarga dia. Banyak konflik, dan itu yang aku suka. Tambahan pula, drama ini mempunyai charm sendiri (buktinya, aku dah usha 2 kali haha), serta mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Masakan yang ditunjukkan dalam cerita ini seolah-olah sangat menarik minat kita untuk merasa sekali. Lakonan mantap dan facial impression yang mantap gila membuatkan aku bertepuk kegirangan. Tidak dilupakan juga babak-babak sedih membuatkanku meluap kemarahan terhadap propaganda agenda dan diskriminasi reputasi yang dicetuskan. (over tak?? -_____-")


Walaupun diusir dari dapur istana, berkat usaha, tawakal dan harapan untuk terus hidup yang tidak berbelah bagi, Jang Geum berjaya bangkit menjadi wanita perubatan peribadi pertama kepada raja Korea di masa Dinasti Joseon. Drama ini ingin menunjukkan bahawa kecekalan dalam menghadapi sebarang masalah dengan ketekunan dan kebijaksanaan dapat mendorong seseorang itu mencapai sesuatu yang mungkin pada masa itu tidak mungkin berjaya dicapai. Drama ini juga memaparkan makanan tradisional Korea termasuk makanan yang dimakan oleh keluarga diraja dan juga ubat-ubatan tradisional. Boleh tambah ilmu sikit nanti boleh ganti Jang Geum jadi doktor diraja.. haha, verangan~



Oleh itu, adalah menjadi kepuasan bagi aku untuk usha balik cerita ini.. Tahniah kepada penulis skrip yang 
bernas~ teehee.. haha



Filem yang diharamkan: GADUH


Aku ada terjumpa filem 2009 ini (kudos to kawan aku yang post link di FB). Dicadang untuk ditayangkan pada tahun lalu tetapi atas sebab-sebab tertentu, ianya diharamkan. Kita lihat sinopsis filem 70 minit ini.
Gadoh tells a story of a group of teenagers who fought each other along racial lines; a cycle of hatred and violence further escalated by their environment and school system.
What was to be a quick resolution to improve the school’s bad image, was taken as an opportunity for one teacher who believed that real change was possible. She ropes in the help of an old friend and reluctant maverick theater activist for this arduous task.
Is there hope amidst the cycle of discrimination that surrounds us?
Watch Gadoh for their story, and what it may very well tell us about ourselves.
Jelas?? Ini filem pasal perkauman~ sebab itu FINAS tak benarkan... takut nanti ada yang bergaduh dek filem ini pula. Inisiatif dijalankan untuk menayangkan filem ini di tempat-tempat selain bioskop. Ini laman web mereka.

Selingan: Video mengenai pendapat umum mengenai bangsa Malaysia,

buat mereka yang berfikiran terbuka

But, luckily, I provide you this film. Ada jumpa linknya. Selamat menonton :D

Ehsan Gadoh daripada Pusat KOMAS di Vimeo.

AMARAN:
Filem ini bukan untuk mereka yang narrow-minded, racist or gila mana tah, kalau anda sebahagian daripada karakter ini, tak usah usha. Dinasihatkan untuk tidak menonton juga jikalau tidak tahan dialog panas seperti "orang cina masuk neraka", "orang melayu bodoh" dan sebagainya.
Keputusan PMR

heh, jangan pandang aku. Aku dah selamat menghadapi debaran PMR tahun lepas.. haha, aku tau ramai F3 kat luar itu tengah cuak tunggu results 23 Disember ini... apapun diharap jangan terlalu emosional sehingga cuak tak tentu pasal.. Believe in yourself, you'll be fine (:

nak usha lebih lanjut, klik untuk tumbesaran kendiri~

Renung-renungkan dan selamat beramal ^_^

Jumaat, Disember 17, 2010

Tuto BM: FB Hack

Bonjour,

Haha, walaupun agak lame tapi aku berkeras juga untuk buat tutorial ini.

Ok, kenal Alexandre Oudin??

ini profail Facebook dia yang masuk Kosmo hari itu
Seorang artis Perancis, Alexandre Oudin dipercayai merupakan pengguna pertama Facebook yang memuat naik gambar mukanya supaya ia kelihatan berpecah-pecah dan bertampal-tampal di laman berkenaan.
Well, aku percaya anda bukanlah orang terakhir yang tahu bendalah itu monsieur~ haha

Ikut tutorial ini, simple, short dan precise... ikut betul-betul dan jangan buat yang tidak perlu sebab kalau korang salah jangan salahkan aku yang tidak bersalah tetapi langkah korang yang semestinya salah dan perlu dipersalahkan.

1) Buka ini.

2) Muat naik foto yang korang inginkan. Sebaik-baiknya 694 pixel lebar dan 180 pixel panjang (tak nak ikut pun tidak mengapa)

akan jadi sebegini~

3) Gerakkan atau main-main ubah suai dengan saiz kotak cropping itu. Nampak kotak 'lines under name' itu tak?? Itu untuk setkan berapa line biografi korang di Facebook.

kira la berapa line.. haha

4) Potong/crop gambar itu dan muat turun kesemuannya dalam komputer peribadi korang.

5) Muat naik gambar yang paling kiri sekali sebagai foto default dan 5 lagi dalam album baru.

6) Tag kelima-lima gambar tersebut bermula dari yang akan berada di paling kanan.

dari A ke E, bukan E ke A...

7) Siap! Lepas itu bolehlah bergumbira dengan gubahan profile baru :)

Screenshots:


Tak perlu lagi membazir masa menggunakan Photoshop atau GIMP.. Piccut pun enggak usah diguna, nanti lekat bekas dekat bawah.. ^_^