Agak lamalah juga aku tidak menyiarkan entri baru di blog ini. Sibuk sekejap haha...
Ok, updates about me (3 benda)
Kemaruk Dae Jang Geum
Dua tiga hari ini tengah sibuk usha cerita Korea. Sebenarnya cerita ini sudah ditonton lama dah. Kira-kira tahun 2004 masa aku di darjah 4. Tetapi oleh kerana sudah jumpa video online streaming, aku ushalah balik (alar, alang-alang cuti huhu). Best cerita ini.
Dae Jang Geum/ The Great Jang Geum
Lawa kan Lee Young Hae dekat atas itu?? ^_^
Cerita ini tajuknya Jewel in the Palace. Sudah tayang dah kat 8TV suatu ketika dahulu. Mengisahkan Jang Geum, seorang perempuan yang telah kehilangan emak dan ayah dia. Semasa emak dia di hujung nyawa (hendak mati sebab terkena panah), emak dia meminta Jang Geum supaya bekerja di istana dan memesan kepada Jang Geum untuk menjadi seorang ketua dapur istana supaya dia dapat menulis ketidakadilan yang dilaluinya dalam catatan buku sejarah kaum wanita di dapur istana (babak ini sedih kot, mak dia mati tetapi Jang Geum masih suap emaknya makanan).
and they got married (dalam cerita itu la) |
Selepas menghadapi liku-liku hidup yang susah, daif, sadis sedih, ditambah pula dengan konspirasi jahat Puan Choi bersama agenda menaikkan nama keluarga dia. Banyak konflik, dan itu yang aku suka. Tambahan pula, drama ini mempunyai charm sendiri (buktinya, aku dah usha 2 kali haha), serta mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Masakan yang ditunjukkan dalam cerita ini seolah-olah sangat menarik minat kita untuk merasa sekali. Lakonan mantap dan facial impression yang mantap gila membuatkan aku bertepuk kegirangan. Tidak dilupakan juga babak-babak sedih membuatkanku meluap kemarahan terhadap propaganda agenda dan diskriminasi reputasi yang dicetuskan. (over tak?? -_____-")
Walaupun diusir dari dapur istana, berkat usaha, tawakal dan harapan untuk terus hidup yang tidak berbelah bagi, Jang Geum berjaya bangkit menjadi wanita perubatan peribadi pertama kepada raja Korea di masa Dinasti Joseon. Drama ini ingin menunjukkan bahawa kecekalan dalam menghadapi sebarang masalah dengan ketekunan dan kebijaksanaan dapat mendorong seseorang itu mencapai sesuatu yang mungkin pada masa itu tidak mungkin berjaya dicapai. Drama ini juga memaparkan makanan tradisional Korea termasuk makanan yang dimakan oleh keluarga diraja dan juga ubat-ubatan tradisional. Boleh tambah ilmu sikit nanti boleh ganti Jang Geum jadi doktor diraja.. haha, verangan~
Oleh itu, adalah menjadi kepuasan bagi aku untuk usha balik cerita ini.. Tahniah kepada penulis skrip yang bernas~ teehee.. haha |
Filem yang diharamkan: GADUH
Aku ada terjumpa filem 2009 ini (kudos to kawan aku yang post link di FB). Dicadang untuk ditayangkan pada tahun lalu tetapi atas sebab-sebab tertentu, ianya diharamkan. Kita lihat sinopsis filem 70 minit ini.
Gadoh tells a story of a group of teenagers who fought each other along racial lines; a cycle of hatred and violence further escalated by their environment and school system.
What was to be a quick resolution to improve the school’s bad image, was taken as an opportunity for one teacher who believed that real change was possible. She ropes in the help of an old friend and reluctant maverick theater activist for this arduous task.
Is there hope amidst the cycle of discrimination that surrounds us?
Watch Gadoh for their story, and what it may very well tell us about ourselves.
Jelas?? Ini filem pasal perkauman~ sebab itu FINAS tak benarkan... takut nanti ada yang bergaduh dek filem ini pula. Inisiatif dijalankan untuk menayangkan filem ini di tempat-tempat selain bioskop. Ini laman web mereka.
Selingan: Video mengenai pendapat umum mengenai bangsa Malaysia,
buat mereka yang berfikiran terbuka
But, luckily, I provide you this film. Ada jumpa linknya. Selamat menonton :D
AMARAN:
Filem ini bukan untuk mereka yang narrow-minded, racist or gila mana tah, kalau anda sebahagian daripada karakter ini, tak usah usha. Dinasihatkan untuk tidak menonton juga jikalau tidak tahan dialog panas seperti "orang cina masuk neraka", "orang melayu bodoh" dan sebagainya.Keputusan PMR
heh, jangan pandang aku. Aku dah selamat menghadapi debaran PMR tahun lepas.. haha, aku tau ramai F3 kat luar itu tengah cuak tunggu results 23 Disember ini... apapun diharap jangan terlalu emosional sehingga cuak tak tentu pasal.. Believe in yourself, you'll be fine (:
nak usha lebih lanjut, klik untuk tumbesaran kendiri~
Renung-renungkan dan selamat beramal ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan