Ahad, 12 Disember 2010

Sudah merasai kemanisan Maaduu??

Bonjour,

courtesy of Maaduu's fan page...

Hari ini buat entri untuk mereka yang baru keluar daripada cengkaman exam seperti SPM, ye lah, dah bebas mesti ada rasa nak seronok saja kan?? haha... Tapi entri ini tembak (sesuai) kepada peminat drama K-Pop sahaja lah..

Walaupun agak lame tapi aku masih nak kongsi laman web yang masyuk ini dengan korang. Ini Maaduu, bukan madu lebah ye, harap-harap faham. Laman ini ditubuhkan oleh syarikat PlayTV Asia Sdn Bhd. Aku jumpa sinopsis laman web ini di fan page mereka di Facebook.

" Maaduu is a stylised representation of “madu” which means "honey" - we hope viewers will be attracted “like bees to honey” and enjoy maaduu continually..
We deliver INSTANT, FREE and LEGAL online Video-on-Demand Korean dramas without downloads or buffering!
At MAADUU, our viewers come first! So we’re focused on delivering a high-quality viewing experience that requires no downloads, is free and legal, accessible when, where and how users want; we understand your wants because we are viewers too.
While MAADUU is 100% free, content owners, actors and actresses need to be paid. So to support them in their efforts to produce premium content, MAADUU is ad supported. Now you can continue enjoying the best dramas for free while content owners continue to get paid. "

Aku tahu website ini daripada FB, masa itu ada la kawan aku pergi like fan page dia. Aku ingat itu website pelakon Korea mana tah sebab kelihatan gambar lelaki Korea dekat advertisement corner bertulis MAADUU tepi Facebook itu. (kesian kawan aku, aku ingatkan dia minat jantan lol)

Tetapi serius website ini seronok gila! Banyak drama Korea disajikan seperti Boys Over Flower, Full House (aku tengok cerita ini je), Princess Hour, Autumn in My Heart, General Hospital, Winter Sonata, No Limit, He Who Can't Marry dan banyak lagi lah!! Tambahan lagi, Maaduu akan menambah 2 drama Korea baru setiap minggu so korang tak akan terlepas menonton drama-drama baru daripada bumi kimchi ini.


Full House yang aku minat, sekarang dah usha sampai episod 5.. haha

Berbayar kah?? Mana ada! Laman web ini keseluruhannya percuma dan hanya boleh dinikmati di Malaysia sahaja. But korang kena lah daftar dahulu, senang je pendaftaran tersebut. Hal ini demikian kerana penonton tanpa izin daftar hanya boleh menonton siaran episod pertama sahaja.

akaun aku, atas itu iklan Libresse (motif??)

Laman ini menggunakan sepenuhnya flash beta dan yang paling aku sayang sekali, inilah satu-satunya laman web video streaming yang TIDAK pernah tersekat sebab buffering (untuk internet yang laju la, kalau digunakan berukband anda itu di ceruk kampung, tidakkah slow jadinya? haha). Tidak seperti laman web lain, Maaduu menjanjikan streaming drama secara laju seolah-olah kita tengah menonton drama tersebut di kaca televisyen. Tahniah Maaduu, kau amatlah manis di hatiku!

iklan Yuna kejap~ biasalah tengok free lama-lama mesti ada selitan iklan kejap kan.


Kalau ada tetiba terkeluar iklan itu jangan terkejut pula, sekejap je iklan dia, pada masa itu boleh la exercise sikit anggota badan yang dah lama usha Korea itu..haha.

music bank~

Maaduu juga bukan hanya setakat menyediakan drama-drama Korea, tetapi turut juga membawakan K-Pop music untuk para penontonnya. Lepas tengok Full House, kita karaoke dan menari la pula kan?? Hilang tension exam sikit.

Maaduu juga telah diletakkan akses komen, butang untuk kongsi dan rating di website tersebut. Ini yang membuatkan 385 800 orang yang like fan page suka sungguh!! bolehlah berkongsi minat atau bertikam lidah mengenai drama Korea kesukaan mereka. :D

Feedback: Sangat masyuk lah!! Best sangat menonton siaran drama Korea di depan mata secara percuma.

Apa lagi peminat Korea di luar sana?? Kepada yang belum merasai nikmatnya Maaduu, terutama yang baru habis exam, silalah cuba sekarang!!! 100% menepati citarasa Korean anda~

klik untuk ke Maaduu.com!! :D

Tiada ulasan: