Selasa, 21 Jun 2011

My final MCYDS



It has been a while and seriously now I am busy with Malay College Youth Development Summit 2011.

Malay College Youth Development Summit (MCYDS) is a programme worthy of its existence as it is an important platform in the development of human capital in line with the second aspiration contained in the National Education Blueprint emphasizing on the building of towering personality-character building as well as developing students with competitive outlook.
With the theme “The WWW Project: what works well”, it is hoped that participants will be able to meet, contribute and discuss on any successful initiative that is being undertaken or that has been accomplished at their schools. Besides, the participants who take part in this summit will understand the role they have to play as individuals in their communities which demands them to be responsible, committed, to be the agents of change, to serve their communities, to subscribe to positive traits and be creative in carrying out their plans.
okay, I copied from the school's website, frankly haha

I became one of the participants in 2009 thus this year marked the fourth year that summit was held, started in 2008. From my experience, the role of participant is very relaxing while the committees, busy like hell yeah haha. So, as the summit is aimed to be the students' summit, we, the students will be organised strongly (with teachers' guidance) this summit. Harap-harap semua berjalan lancar hingga 27 Jun 2011. Amin.

Unlike last year, this year aku tak lagi menyibuk, sebab memang aku sibuk dengan kerja sebagai pengerusi majlis :P

opening ceremony this morning. alhamdulillah, all ran smoothly. 

Okay dude, see you next time. Full schedule this week. Tata :D



P/S : Will be receiving the award for French best student this Saturday during Speech Day. Two conservative years. Thank God :)

Jumaat, 10 Jun 2011

Songkhla So Best Gila!

patung duyung. weeeee~ kalau kau wujud, dah lama aku simpan dalam akuarium bersama ikan puyu daku :D

Bonsoir,

Yeah, syukur. Minggu lepas, masa hujung minggu, aku berkesempatan untuk melawat negara Siam yang terkenal dengan sifat sopan santun. Sebenarnya percutian bidan terjun ini tak dirancang dari awal tetapi disebabkan jiran sebelah rumah ada tempat kosong untuk bawa sekali famili aku, maka diibaratkan bak bulan jatuh terhempap ke riba la. Kami mencemar duli ke tanah Siam sekejap saja, sebab hari Senin ayah kembali kerja. Darn! Aku harap bisa stay lagi lama kat sini. Serius best :)

Okayh, aku tak pergi Bangkuk la. Kitorang hanya pergi Songkhla, antara wilayah terselatan di Thailand.

Dekat kan dengan Pearl Lace. Boleh jadi tourist spot tetap ni :D

Bertolak pergi awal pagi Sabtu. Pagi itu antara pagi terawal aku bangun dalam periode cuti ini, harap maklum haha. Sesampainya kami di imigresen Pearl Lace, pegawai itu pun menurunkan cop atas pas sempadan. Maka kami dibenarkan sudah untuk memasuki tanah Siam secara halal :D

Thailand lambat sejam, oleh itu ayah aku tukar waktu tempatan dekat jam. Aku malas tukar. Tapi di hati seronok jugak rasa muda sejam kembali :) Kami bergerak ke Songkhla menaiki van. Yang lawaknya pemandu van kami tu orang Siam dan tak tahu cakap Melayu dan English sangat. Pelik tul bagaimana kami mampu sampai ke Songkhla dengan dia. Nasib baik tak tersilap bawa ke Phuket hoho

Best kan naik macam ini. Teringin nak pergi KL naik ni, nak lihat reaksi masyarakat :D

Mahavajiravudh. Ini bukan sekolah yang datang summit koleq ke? Entahla, tak pasti.

Masa sampai Songkhla aku sangat berasa macam aku di tanah asing. Sudahlah even satu tulisan papan tanda pun aku tak faham kerna semua tulis dalam Siam. haish. Bergantung pada terjemahan kat bawah papan tanda je. Nak cari hotel bagai nak rak, haha. Hampir semua hotel dan resort kat Songkhla penuh (hari minggu katanya), dan kami dah mati akal nak tidur mana malam itu. Kalau tiada juga penginapan, terpaksa turun ke Hat Yai la.. atau tumpang tidur di wat Siam berdekatan. Yeah! -.- (mata pandang atas, tangan ke dada)

Terima kasih Tuhan. Ada juga bilik-bilik kosong di Hotel Pavillion Songkhla. Selamat juga aku kerna malam itu tidak berpeluang tidur bersama sami-sami Buddha.

Songkhla dari pandangan mata kasar di bilik hotel. Yang mengadap pantai semua penuh. Dayyum -.-

Wat ini merupakan Plan B andai tiada tempat tidur. Nampak first class kan?

Bilik famili aku dengan jiran aku sebelah menyebelah je pun. Bilik hotel itu quite okay la. Walaupun kos rendah, tapi memang reasonable bilik tersebut. Aku rasa kalau kat Malaysia nak cari hotel kos serendah itu, cuma hotel tepi jalan yang biasa tu je kot. Aku amat berpuas hati dengan Siam :) Masa masuk bilik itu, agak jakun gak la. haha. Selongkar-selongkar jumpa arak. Oh, tersentap mak nak, aha. Tapi, memang servis macam itu kot, tak perlu nak dirisaukan. Abaikan saja, tidak perlu minum.

Which one do you prefer?

Petang Sabtu.

Susah betul nak cari makan di sini. Muslim hanya minoriti 1/4 daripada jumlah penduduk Songkhla. Maka, menjadi masalah untuk mencari restoran halal yang berdekatan hotel. Kami terpaksa keluar dan naik tut-tut untuk menjamu selera di satu restoran makanan muslim di sana. Komunikasi juga rumit bagai walaupun ada sesetengah boleh berkecek Melayu ala-ala Kelantan sikit-sikit.

Akhirnya, tak juga aku mati kelaparan di bumi Thaksin ini :D

Kami pergi bersiar-siar di Pantai Samila (bukan Sharmila ye, jangan perasan sesiapa yang berkenaan). Pantai dia lawa bhai. Tidak tercemar macam kebanyakan pantai di Malaysia ini. Cemburu aku melihat kesihatan pantai tersebut yang berada di tahap tinggi. Hajat di hati nak mandi, tapi disebabkan meragui terdapat kehadiran paparazzi, terpaksa ku matikan hajat murni itu :) Dekat sinilah juga kami berpeluang untuk candid dengan puteri duyung batu yang disumpah.

Ye aku tipu, patung biasa je la. Mana ada sumpahan karut -.-



Sabtu malam.

Ouais! Malam ini kami pergi night market menaiki tut-tut. Petang tadi dah naik tapi aku masih jakun + sangap nak naik lagi haha.




Barang boleh tahan la. Duit tak banyak. Terpaksa berjimat!

Masa kami pergi, berkumandang lagu-lagu Siam. Nostalgia semacam hendaknya. Ditambah pula dengan aroma minyak wangi yang pelbagai. Rasanya orang Siam pergi night market macam nak pergi majlis kahwin.

Harum semerbak beb! Mereka juga rata-ratanya lawa-lawa. Kacukan mungkin aha. Sejuk mata memandang :P


Pukul 11 lebih kami balik hotel. Aku online kejap. Selepas itu lanjut tidur. Penat.


Ahad pagi (nak balik Malaya sudah ~_~ )

;D

Bangun lewat juga. haha. haish. Pagi itu kami check out lalu bertolak ke Hat Yai sebelum pulang ke tanah air. Kitorang cadang hendak berhenti sebentar di Tesco untuk beli-belah sebentar.


Tesco Hat Yai besar doe. Dan ada banyak barang yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Adoyai, kalau dah lama aku tahu, lama dah aku bodek ayah agar shopping di sini selalu haha






Jangan memandu melebihi had, nanti terus pergi ke liang lahad~








Orang Islam ada ramai rupanya. Namun, aku masih takut untuk bertandang di KFC untuk makan. Ragu-ragu sikit :P






Lepas beli-belah, terus blah. Bertolak kembali ke Malaysia melalui pagar imigresen Padang Besar, Pearl Lace. Disebabkan masuk Malaysia, jam pun kena dicepatkan kembali sejam. Haish, tua balik aku -__-"




Intihanya, percutian bidan terjun kali ini berjaya memuaskan hati semua pihak waima periode yang begitu singkat sekali. Sekalung perhargaan yang tidak terhingga kepada ayah kerana bawa kami pergi sana. Banyak budaya dan pengetahuan mengenai negara jiran yang telah dapat aku timba. Jauh di sudut hati, timbul rasa kagum terhadap negara Siam yang amat unik. Aku terharu juga bila terjumpa dengan penduduk Songkhla yang masih dapat berbahasa Melayu.

Kalau ada masa lagi, akan ku pergi lagi ke Siam. What's next? Jom kita ke Satun :D

Ahad, 5 Jun 2011

Monster (Y)




Post juga walau lame 3 hari. haha. Sekarang kat Songkhla. Best gila Thailand :D

Call me a traitor, I'm just collecting your victims. They're getting stronger, I hear them calling (calling, calling) I'll stop the whole world, I'll stop the whole world, from turning into a monster and eating us alive.

Rabu, 1 Jun 2011

Rolling In The Deep

Ke hadapan blog yang telah lama ku selingkuh,

Oh sayang, cukup sebulan lebih aku tak bersama kau.

Rindu tak? ;) Maaf sebab lama meninggalkan kau keseorangan. Aku berjuang untuk peperiksaan dan tugasan dunia yang lain. Baru saja habis exam SBP yang berlangsung selama sebulan (lemah sudah neuron aku berpikir -.-), kelas tambahan di Lenggong dan buka cuti ini, ada summit pula. Sibuk betul jadi form 5, kan?

Aku harap masih ada yang masih melawat kau, membaca vandalan daku atas dadamu, dan menconteng komen di mukamu lagi. amin~

Terima kasih sebab wujud untuk aku. Aku benar-benar menghargainya.

Itu je lah buat masa sekarang.

anggaplah aku menyanyi lagu ini untuk mu :D

Bye sayang, kembalilah bermaya untuk kebaikan kita berdua.

Salam rindu:
Pacarmu yang curang bersebab~