Khamis, Februari 18, 2010

Lestarinya Keunikan Gaga..

Hola! Dalam post ini aku nak berkongsi satu ceritera dengan korang. Cuba korang baca title di atas, apakah yang bermain di fikiran aku? Voila ! Aku  tengah berfantasi tentang satu klip video baru dari penyanyi yang pelik lagi ajaib, yakni Stefani Joanne Angelina Germanotta. Kejap, siapakah manusia ini. Lorh, tak kan kome tak tahu kot... LADY GAGA lah... haha

Ok... apa Lady Gaga buat sehingga aku kata keunikannya tetap berkekalan (lestari)?

Sumber-sumber bertulis yang telah tersebar luas di layar jaringan internet mengatakan bahawa akan ada satu klip video baru lagu 'Telephone'(lagu Gaga yang telah dimuatkan dalam album The Fame Monster) di mana Cik Gaga berkolaborasi dengan Beyonce Knowles (dia diva kan?). baca coretan di bawah...

" New York magazine reported that the concept of the video involved Beyoncé bailing Gaga out of jail. Published photos from the set portrayed Gaga and Beyoncé shooting for scenes of the video in the truck that Uma Thurman's character drove in Quentin Tarantino's 2003–2004 film Kill Bill, called the "Pussy Wagon". The video was shot outside Los Angeles on January 28, 2010 in Lancaster, California. Other concepts of the video involves scenes at a diner, a cameo from singer Tyrese Gibson and a prison shower scene. Gaga and Beyoncé will wear "destroyed denim pieces" by designers Frank Fernández and Oscar Olima. " (sumber, ehem.. wiki-pedia?)
Oleh itu, memang benarlah khabar angin tentang video itu dan dikatakan juga klip ini berdurasi 12 minit serta terdapat sambungan  klip video Paparazzi. Hebat bukan?Usha gambar-gambar yang berkaitan dengan klip video itu di bawah ini (yang aku seludup dari laman web mana tah)

 
Arakian, Beyonce berkata, "Gaga, marilah kita shopping di Kuala Kangso ! Aku spend kau.." 


"Hm, part-time aku ialah bekerja di restoran mamak..korang tau ke?? Cepat lar order bang oi !!" 


 
"Yeah ! Mari kita berdansa !! Guys, posing depan kamera itu !"


"Jangan tuan hamba main-main dengan hamba !  I'm Gaga, ok?"

Gambar-gambar di atas amat pelik kan? Haha, nama Gaga. Kalau nama pun pelik, peribadi dia memang pelik. Dan sebab itulah aku kata dia ni tetap megekalakan keunikan dia sebagai seorang penyanyi yang mempunyai identiti sendiri. Cuba kita renung, berapa ramai lagi artis yang pelik macam dia? Apapun, aku amatlah berminat untuk menonton video ini kerana aku juga peminat lagu-lagu dari cik minah Gaga ni. Nampak macam best je.. So, mari kita sama-sama tunggu kedatangan video ini. 
Kepada Cik Gaga, cepatlah publish !!! Haish.. :P

" I feel so bad for the ‘Bad Romance’ video ’cause the ‘Telephone’ video’s so much better. "
-Lady Gaga-

PESANAN- Hm, korang yang tak tahu macam mana lagu 'Telephone', bolehlah search di internet....

Sabtu, Februari 13, 2010

Cuti Tahun Baru Cina

Alhamdulillah...Aku baru sampai rumah semalam, Jumaat, setelah sebulan lebih terperap di koleq.. haha.. Cutiku sangat pendek durasinya, hanya 5 hari (Sabtu hingga Rabu) kalau nak dibandingkan dengan kebanyakkan sekolah lain (maka berdetik 'Haish, apa jadah ni??' dalam diriku..huhu). Aku pun berasa seperti tidak cukup cuti di rumah. Thus, segalanya perlu dirancang bagi menjamin percutian yang bervisi lagi tidak dibazirkan begitu sahaja. 5 hari ini amat penting, sebabnya kalau aku sia-siakan, alamatnya persiapan untuk Ujian Selaras 1 yang jatuh pada 23 Februari akan menjadi hancur binasa dek tidak cukupnya masa.

Berikut merupakan beberapa perkara yang dirancang bagi memastikan cuti tahun baru cina ini tidak berlalu begitu sahaja~
1) Ulangkaji pelajaran:
- Di dalam beg aku ada buku Biologi kerana aku mahu mengulangkaji lebih subjek tersebut. Bukannya aku lemah subjek itu, tetapi aku merasakan bahawa subjek ini memerlukan pembacaan yang lebih, kerana kebanyakkan teori dan faktanya perlu dihafal. Tetapi, aku berharap yang langkah menghafal ini akan menjadi senang sahaja memandangkan aku ialah seorang pecinta Bio.... hahaha

2) Buat 'homework(s)':
- Sangat crucial! Begitulah komentar diri mengenai aspek kedua ini. Sangat banyak yang perlu aku settlekan. Bermula dengan kerja Cg. Safuan (BM) dimana aku mesti menyiapkan power point presentation berkaitan cerpen Melissa. Kemudian, beralih pula kepada kajian untuk latihan Sejarah. Huish. Selain itu, diriku bakal terhempas-pulas menyiapkan kerja Modern Math dan juga Additional Math yang aku tidak gempak (aku agak lemah dalam mengira matematik, harap maklum).. Adeh, banyaknya!!!!

3) Menghasilkan kertas kerja bahas:
- Ini juga merupakan satu lagi agenda. Membuat kertas kerja untuk screen test debate bagi pelajar Tingkatan 1 dan 4 baru. Nasib baik aku sudah minta salinan kertas kerja Amir yang dia sudah siapkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Terima kasih Amir memberku, kau memang membantu!!

4)  Berlatih debat:
- Aku akan berlatih untuk membina konsep dan kes berpandukan usul. Diharapkan agar aku dapat memahami usul dengan lebih mendalam di samping meningkatkan keupayaan bahasku. Selain itu, aku perlu berlatih posisi first dan third supaya aku menjadi fleksibel dalam team. InsyaAllah. (Tidak dilupakan juga pengumpulan fakta-suara Azri Rosni seolah-olah terngiang-ngiang mengingatkan..haha)

5) Berhibur sementara:
- Korang pernah dengar satu pepatah Inggeris tak? All work and no play makes Jack a dull boy atau maksudnya sentiasa bekerja tanpa satu mainan membuatkan Jack seorang budak yang bosan? Hm, inilah yang ingin aku tekankan. Sebagai manusia marhaen, aku perlukan rehat. Ya, disebalik semua kerja, aku juga mesti mengoyangkan kaki sambil menghirup secawan Milo dan juga diiringi lirikan lagu Gaga. Hahaha... Oleh itu, aku akan memastikan diriku sempat bersosial sebentar di Facebook dan membaca novel Psiko-Babo nukilan Rohman Shaary (pernah baca tak? Agak lucah strukstur ayat, tapi membuktikan kita yang dunia ghairah mampu membuka dana 'rezeki' yang luas..LOL). Aku juga akan menonton filem 'Avatar' yang sudah sekian lama aku tertinggal dan juga akan menonton lebih banyak dokumentari di televisyen agar aku tidak menjadi katak di bawak plastik.. (peribahasa baru.. maksud? Lu fikirlah sendiri)

Berdasarkan perkara-perkara di atas, itulah yang aku cadangkan. Tetapi ingat, Allah Azza Wajalla yang tentukan. Aku berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar, jika tiada aral yang berani melintang. Amin... Korang pun manfaatkanlah cuti ye!!!

Nota kaki: Aku mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tiong Hua di seluruh Malaysia yang bakal menyambutnya besok. Selamat pulang ke kampung halaman untuk menyambutnya bersama yang tersayang. Semoga Tahun Harimau memberi prosperity yang lebih ye... Gong Xi Fa Cai!!!







Haïti Aidez! (Help Haiti please!)

Dear friends,

We have been informed with the Haiti's news. You see, a 7.0 magnitude of earthquake stricked them on Tuesday, 12 January 2010. The effects was pretty destroying although it has been a month after the disaster. As of Feb. 12, an estimated three million people were affected by the quake; the Haitian Government reports that between 217,000 and 230,000 people had been identified as dead, an estimated 300,000 injured, and an estimated 1,000,000 homeless. The death toll is expected to rise. They also estimated that 250,000 residences and 30,000 commercial buildings had collapsed or were severely damaged. As the Haitians mourn for the deaths, so do the other people around the world.

Haiti is one of the most vibrant countries on the planet, rich in both culture and natural beauty. Yet Haiti remains the poorest country in the western hemisphere, with the highest infant mortality rate, and lowest life expectancy. The average daily income is about $2, and access to the basic necessities of life such as water and covered sanitation doesn't exist. (Oh, how sad it is!!) Now that's been compounded by the earthquake disaster which has traumatized the tiny nation.
We feel very sorry for them. Thus, actions must be taken, because as a human being, we shall help other persons whom in danger or problem. God make us in many races, as He want to see if we can know and empathize each other. Here, all I can do is to support every aid for them. Besides, if there's any inquiry for the Haiti's help nearby, I will surely give my helping hand. InsyaAllah...

 
Look at their sorrow eyes. Can you feel the sadness?


Everything seems to vanish. All things that has been made, destroyed in a single quake....

With your heart, look at the pictures above, do you want something like that happens at your place? Imagine that earthquake striked your hometown, then you got nothing. When you ask for help, nobody wants to help you. So, the same situation is happened in Haiti. They plead for some help, they are struggling in a hard-life after the quake, they live in nothing in their bare hands. But, we are still living happiness and shake legs in front of the TV??? Are we don't care for them??? They are also humans, so do us. They are created by God, so do us. They have hearts, feelings and everything as a homo sapiens, so do us!!!

In a nutshell, let's us help them to carry on the life thus making up a better world for everyone. Haïti Aidez!

 

P/S- When you make a donation for the Haitians, make sure that the agency which organising the donation programme is verified by the government. This is due to some fake agencies that cheat the community.. Do be carefull!!! ;)

Rabu, Februari 10, 2010

Hari-hari Letih II

.......bersambung kembali....




6 Februari- Hari Pengumuman Barisan KPKM 2010 serta hari aku pertama kalinya dikenakan 'confinement'!!!
Kejap, sebelum kita beralih lebih lanjut, lebih afdal sekiranya aku menerangnya maksud sesetengah frasa.

DEFINISI-
1) KPKM- Ialah akronim bagi Kesatuan Pelajar Kolej Melayu. Merupakan antara badan tertinggi di Malay College di mana wakil-wakil pelajar dipilih secara demokrasi oleh para pelajar koleq. Semua calon diberi tempoh seminggu untuk berkempen, yang bertujuan meraih undi bagi merebut jawatan yang dipertandingkan. Selepas seminggu, diadakan pilihan raya kepada semua pelajar. [Isu polemik setiap tahun: Antara kredibiliti dan populariti..huhu ]
2) 'CONFINEMENT'- Merupakan satu bentuk hukuman kepada para pelajar koleq yang melanggari etika peraturan sekolah (tetapi bukanlah kesalahan major seperti menghisap rokok dan keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran). Hukuman 'confinement' dilaksanakan dengan cara memberi denda untuk TIDAK keluar ke bandar kepada budak koleq yang 'layak' menerimanya. Kemudian, mereka diarahkan untuk melapor diri kepada pengawas bertugas setiap 2 jam mulai jam 10 pagi hingga 4 petang. Kebenaran untuk keluar bandar perlu dirayu berbekalkan alasan yang munasabah (seperti perlu menggunting rambut kerana takut dibotakkan PK HEM). Taraf 'confinement' walaupun lebih rendah berbanding D.C (Detention Class), tetap digeruni oleh rata-rata pelajar kerana enggak mau melepaskan keistimewaan keluar ke bandar pada setiap minggu.

Berbalik kepada aku, aku dikenakan 'confinement' kerana lewat pergi assembly pagi Jumaat 5 Februari. Hahaha, memang aku mengakui agak lambat pagi itu. Nasib baik tidak ditambah sebatan rotan Cg. Fairuz (PK HEM). Dan aku menerima ketentuan iaitu tidak dapat mengekalkan azam agar tidak dikenakan 'confinement' tahun ini. Ingin tahu kegiatan aku semasa tidak keluar bandar?? Huhu, TIDO.. biasalah kan... pastu basuh baju dan kemudian lepak-lepak di dalam dorm sambil merenung iri hati kepada yang verjaya keluar. T_T.. Ish!!

Malam itu ialah penentuan segala-galanya untuk arah tuju KPKM 2010. Semua calon, termasuk semua budak lain berdebar-debar untuk menanti keputusan. Majlis pengumuman ringkas itu dijalankan di dalam Dewan Hargreaves secara tidak formal (yakni tiada kehadiran Pengetua, hanya Cg. Roslan yang bertindak selaku pemerhati). Akhirnya, selepas diumumkan, kami (F4,) akur dengan keputusan pilihan raya KPKM. Daripada 11 kerusi kosong yang dipertandingkan, hanya 2 memihak kepada kami. Dua member batch kami, Saudara Irfan Syafiq dilantik Naib Bendahari dan Saudara Munir bin Datuk Seri Zambry sebagai Naib Presiden KPKM. Apa pun, aku berbangga dengan kejayaan mereka berkempen dalam mendapatkan kepercayaan budak-budak koleq. At the same moment, rakan baik aku, Azri Rosni gagal dalam persaingan merebut kerusi Naib Setiausaha yang dimenangi Saudara Fauzan, seorang debater Bahasa Inggeris F5. Nasihat aku kepada batch- "Janganlah down dengan kegagalan anda, sesungguhnya ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.. Banyak lagi vacancy tahun depan. Gomo 0711 gomo!! hehehe".

7 Februari- Nothing special. Hanya gotong-royong di perpustakaan yang disertai semua librarian dari F1-F4 (F5 ada kelas). Penat, tambahan lagi apabila men-vacum 1/2 perpustakaan.

8 Februari- Isnin, hari pelantikan barisan kepimpinan 2010. Hari ini dilantik KPKM, Librarian Board, Badan  Nadhah Islamiah (BANI), Briged Bestari, Ketua-ketua Dorm dan Ketua-ketua Blok, Pembimbing Rakn Sebaya (PRS) serta English Buddies secara rasmi. Aku juga terlibat untuk naik ke pentas sebagai wakil librarians Tingkatan 4.

Konklusinya....
Dari 1 Februari hingga 8 Februari, 8 hari pertama bulan Februari ini amatlah penat, letih dan membosankan aku. Aku berharap hari-hari lain akan lebih relax. Amin.... (Jap, next two weeks will be Ujian Selaras 1.. OH TIDAK!!!!!)

Di sebalik tabir.....
- Pada hari Ahad 7 Februari, rambut aku secara tidak sengajanya dirosakkan oleh Azri Rosni semasa dia menggunting rambut aku (sebab aku tak boleh keluar bandar, so desperado giler..haha). Maka, satu incident berlaku. Kedua-dua sideburn aku, bukan setakat dipotong, malah dicukur seperti orang asli berambut stail tempurung kelapa. Aduh! Aku menanggung malu apabila hampir 1 koleq dan guru-guru tahu perkara ini. Diejek juga 'sideburn' di merata tempat. Ya Allah, aku redha sajorh!!! :DD

Attachment: Gambar batch aku semasa di Tingkatan 1 2007..nostalgia geLL...

Hari-hari Letih I

 Salam... alhamdulillah.. akhirnya aku mempunyai masa untuk meng-update blog, setelah sekian lama aku bergelumang dalam masa yang mencekik, sibuk gila. Buat pengetahuan semua, 2 minggu lepas, 1-7 Februari merupakan minggu yang sangat sibuk, tambahan pula, form 4 baru masuk. Keadaan agak hectic.

Ini merupakan rumusan segala-galanya.
1 Februari- Hari Wilayah Persekutuan: Tidak berkaitan dengan hidup aku di Kuale, maka tidak perlu dihuraikan :D

2 Februari- Form 4 baru masuk mendaftar. Yehaaa!!! Batch aku yang bertambah kepada 48 orang pelajar baru. First impression- "Aku janggal dengan korang~" hahaha. Serius. Kerna faham-faham je lah, mereka baru masuk, so, susah la nak suaikan diri untuk pertama kali. Aku ingat lagi masa mendaftar tu hari Selasa, bersekolah. Ramai gak budak kelas aku keluar melilau untuk membuat analisis awal mengenai form 4 baru. Selepas tu mulalah sesi buka mulut. "Wei, burung (form 4 baru) tu muka skema la!" "Burung tu muka cam ko la.." "Hm, agak-agak dia tu gempak ape hah?" and so on... blablabla... aku join saja la kerana buhsan kelas cikgu tak masuk. Overall- burung-burungku (LOL, form 4 baru) agak BAIK dan OK lah. Dengar citer ada yang gempak pidato, mahir main skuasy dan tidak ketinggalan ada sorang yang dikatakan fluent french (Oh no!! :P)

3-4 Februari- Orientasi ala-ala mengajar rusa yang masuk kampung supaya tau segalanya.. huhu.. program ni kami (budak-budak lama, kecuali prefects dan PRS) tak dibenarkan join, so meneruskan pelajaran je la. Kemudian, timbul krisis bahawa waktu berlatih performances untuk malam penutup tak cukup. Amir Norman terutamanya, mengeluh kerana waktu untuk training drama se-babak-nya tak mencukupi buat pelakon-pelakon beliau. Aku pun rasa agak gila lah, sebab performance night Jumaat malam Sabtu. So, at least diorang ada 50 jam untuk training drama, nyanyian, dan 3 tarian. Agak gila bukan? ;(

5 Februari- Malam gala.... Selepas 3 hari berorientasi dan berlatih (kejap beno!!), majlis penutup minggu adaptasi tingkatan 4 baru diadakan. Sepatutnya malam persembahan tu hari Sabtu malam Ahad, tapi clash dengan pengumuman barisan KPKM 2010(Kesatuan Pelajar Kolej Melayu). Oleh itu, diadakan juga pada malam Sabtu. By the way, drama tak dapat dijalankan. Kenapa? Hm, well, some paranormal activities had happened in Prep School (asrama form 1), dimana ada entiti alam lain.. So, drama Amir Norman yang berunsurkan hantu plus jin and malaikat with syaitan (MOTIF?? hahaha) dibatalkan oleh Penolong Kanan HEM, Cg. Fairuz. Walaupun pengarah (Amir Norman) agak emosional pada permulaannya, tetapi beliau faham dan amat berterima kasih kepada Cg. Fairuz kerana membatalkan drama. Baginya, it is better prevent from something bad than curing it after it happened.

Tolak drama, ada 5 persembahan lain. Dimulakan oleh Afiz dan Aran yang menyanyikan lagu 'I Gotta Feeling'  [3 bintang (sorry guys, tak mencapai tahap..wakaka)]. Selepas itu, berlangsung persembahan Naqib, joget Just Dance, ada unsur-unsur hip hop tetapi gagal dipanaskan lagi [2.5 bintang.. (Itu je??? :L)]. Kemudian disertai Sofi dengan group tarian Bollywoodnya [4.5 bintang(wooo!!! korang verjaya mengamatkan majlis dengan goyangan Delhi!!!haha)]. Ditambah dengan geng Syimir, 'Traditional Dance v/s Modern Dance'. Hm, bagus la, tapi kekadang terguris dengan ketidakseragaman penari tradisional. [4.5 bintang (especially part Syimir lompat :D)]. Persembahan diakhiri dengan nyanyian Situasi. Haha, vokal dam dam jah~ [3 bintang (cukup makan la)]. After that was bacaan ikrar dan habis. Selesai~

Komen aku- "Hm... ok la... sebab masa korang training pun sikit jah. I think you guys had managed time wisely, although masih terdapat kekhilafan dalam persembahan. Tapi tak pe lah, nama pun less 2 days training kan?? hahahaha.. harap lepas ni akan ada malam gala yang benar-benar lebih gala. Mungkin boleh upah aku menyanyi Paparazzi.. ok? :P... P/S= kepada Amir Norman, teruskan usaha anda untuk menghasilkan skrip-skrip bermutu agar tidak boleh di'reject' langsung oleh sesiapa...~ hehe"


Video pendek tarian Bollywood yand diketuai Sofi..

..................... Post akan bersambung :DD