Ini merupakan rumusan segala-galanya.
1 Februari- Hari Wilayah Persekutuan: Tidak berkaitan dengan hidup aku di Kuale, maka tidak perlu dihuraikan :D
2 Februari- Form 4 baru masuk mendaftar. Yehaaa!!! Batch aku yang bertambah kepada 48 orang pelajar baru. First impression- "Aku janggal dengan korang~" hahaha. Serius. Kerna faham-faham je lah, mereka baru masuk, so, susah la nak suaikan diri untuk pertama kali. Aku ingat lagi masa mendaftar tu hari Selasa, bersekolah. Ramai gak budak kelas aku keluar melilau untuk membuat analisis awal mengenai form 4 baru. Selepas tu mulalah sesi buka mulut. "Wei, burung (form 4 baru) tu muka skema la!" "Burung tu muka cam ko la.." "Hm, agak-agak dia tu gempak ape hah?" and so on... blablabla... aku join saja la kerana buhsan kelas cikgu tak masuk. Overall- burung-burungku (LOL, form 4 baru) agak BAIK dan OK lah. Dengar citer ada yang gempak pidato, mahir main skuasy dan tidak ketinggalan ada sorang yang dikatakan fluent french (Oh no!! :P)
3-4 Februari- Orientasi ala-ala mengajar rusa yang masuk kampung supaya tau segalanya.. huhu.. program ni kami (budak-budak lama, kecuali prefects dan PRS) tak dibenarkan join, so meneruskan pelajaran je la. Kemudian, timbul krisis bahawa waktu berlatih performances untuk malam penutup tak cukup. Amir Norman terutamanya, mengeluh kerana waktu untuk training drama se-babak-nya tak mencukupi buat pelakon-pelakon beliau. Aku pun rasa agak gila lah, sebab performance night Jumaat malam Sabtu. So, at least diorang ada 50 jam untuk training drama, nyanyian, dan 3 tarian. Agak gila bukan? ;(
5 Februari- Malam gala.... Selepas 3 hari berorientasi dan berlatih (kejap beno!!), majlis penutup minggu adaptasi tingkatan 4 baru diadakan. Sepatutnya malam persembahan tu hari Sabtu malam Ahad, tapi clash dengan pengumuman barisan KPKM 2010(Kesatuan Pelajar Kolej Melayu). Oleh itu, diadakan juga pada malam Sabtu. By the way, drama tak dapat dijalankan. Kenapa? Hm, well, some paranormal activities had happened in Prep School (asrama form 1), dimana ada entiti alam lain.. So, drama Amir Norman yang berunsurkan hantu plus jin and malaikat with syaitan (MOTIF?? hahaha) dibatalkan oleh Penolong Kanan HEM, Cg. Fairuz. Walaupun pengarah (Amir Norman) agak emosional pada permulaannya, tetapi beliau faham dan amat berterima kasih kepada Cg. Fairuz kerana membatalkan drama. Baginya, it is better prevent from something bad than curing it after it happened.
Tolak drama, ada 5 persembahan lain. Dimulakan oleh Afiz dan Aran yang menyanyikan lagu 'I Gotta Feeling' [3 bintang (sorry guys, tak mencapai tahap..wakaka)]. Selepas itu, berlangsung persembahan Naqib, joget Just Dance, ada unsur-unsur hip hop tetapi gagal dipanaskan lagi [2.5 bintang.. (Itu je??? :L)]. Kemudian disertai Sofi dengan group tarian Bollywoodnya [4.5 bintang(wooo!!! korang verjaya mengamatkan majlis dengan goyangan Delhi!!!haha)]. Ditambah dengan geng Syimir, 'Traditional Dance v/s Modern Dance'. Hm, bagus la, tapi kekadang terguris dengan ketidakseragaman penari tradisional. [4.5 bintang (especially part Syimir lompat :D)]. Persembahan diakhiri dengan nyanyian Situasi. Haha, vokal dam dam jah~ [3 bintang (cukup makan la)]. After that was bacaan ikrar dan habis. Selesai~
Komen aku- "Hm... ok la... sebab masa korang training pun sikit jah. I think you guys had managed time wisely, although masih terdapat kekhilafan dalam persembahan. Tapi tak pe lah, nama pun less 2 days training kan?? hahahaha.. harap lepas ni akan ada malam gala yang benar-benar lebih gala. Mungkin boleh upah aku menyanyi Paparazzi.. ok? :P... P/S= kepada Amir Norman, teruskan usaha anda untuk menghasilkan skrip-skrip bermutu agar tidak boleh di'reject' langsung oleh sesiapa...~ hehe"
Komen aku- "Hm... ok la... sebab masa korang training pun sikit jah. I think you guys had managed time wisely, although masih terdapat kekhilafan dalam persembahan. Tapi tak pe lah, nama pun less 2 days training kan?? hahahaha.. harap lepas ni akan ada malam gala yang benar-benar lebih gala. Mungkin boleh upah aku menyanyi Paparazzi.. ok? :P... P/S= kepada Amir Norman, teruskan usaha anda untuk menghasilkan skrip-skrip bermutu agar tidak boleh di'reject' langsung oleh sesiapa...~ hehe"
Video pendek tarian Bollywood yand diketuai Sofi..
..................... Post akan bersambung :DD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan