Khamis, Februari 18, 2010

Lestarinya Keunikan Gaga..

Hola! Dalam post ini aku nak berkongsi satu ceritera dengan korang. Cuba korang baca title di atas, apakah yang bermain di fikiran aku? Voila ! Aku  tengah berfantasi tentang satu klip video baru dari penyanyi yang pelik lagi ajaib, yakni Stefani Joanne Angelina Germanotta. Kejap, siapakah manusia ini. Lorh, tak kan kome tak tahu kot... LADY GAGA lah... haha

Ok... apa Lady Gaga buat sehingga aku kata keunikannya tetap berkekalan (lestari)?

Sumber-sumber bertulis yang telah tersebar luas di layar jaringan internet mengatakan bahawa akan ada satu klip video baru lagu 'Telephone'(lagu Gaga yang telah dimuatkan dalam album The Fame Monster) di mana Cik Gaga berkolaborasi dengan Beyonce Knowles (dia diva kan?). baca coretan di bawah...

" New York magazine reported that the concept of the video involved Beyoncé bailing Gaga out of jail. Published photos from the set portrayed Gaga and Beyoncé shooting for scenes of the video in the truck that Uma Thurman's character drove in Quentin Tarantino's 2003–2004 film Kill Bill, called the "Pussy Wagon". The video was shot outside Los Angeles on January 28, 2010 in Lancaster, California. Other concepts of the video involves scenes at a diner, a cameo from singer Tyrese Gibson and a prison shower scene. Gaga and Beyoncé will wear "destroyed denim pieces" by designers Frank Fernández and Oscar Olima. " (sumber, ehem.. wiki-pedia?)
Oleh itu, memang benarlah khabar angin tentang video itu dan dikatakan juga klip ini berdurasi 12 minit serta terdapat sambungan  klip video Paparazzi. Hebat bukan?Usha gambar-gambar yang berkaitan dengan klip video itu di bawah ini (yang aku seludup dari laman web mana tah)

 
Arakian, Beyonce berkata, "Gaga, marilah kita shopping di Kuala Kangso ! Aku spend kau.." 


"Hm, part-time aku ialah bekerja di restoran mamak..korang tau ke?? Cepat lar order bang oi !!" 


 
"Yeah ! Mari kita berdansa !! Guys, posing depan kamera itu !"


"Jangan tuan hamba main-main dengan hamba !  I'm Gaga, ok?"

Gambar-gambar di atas amat pelik kan? Haha, nama Gaga. Kalau nama pun pelik, peribadi dia memang pelik. Dan sebab itulah aku kata dia ni tetap megekalakan keunikan dia sebagai seorang penyanyi yang mempunyai identiti sendiri. Cuba kita renung, berapa ramai lagi artis yang pelik macam dia? Apapun, aku amatlah berminat untuk menonton video ini kerana aku juga peminat lagu-lagu dari cik minah Gaga ni. Nampak macam best je.. So, mari kita sama-sama tunggu kedatangan video ini. 
Kepada Cik Gaga, cepatlah publish !!! Haish.. :P

" I feel so bad for the ‘Bad Romance’ video ’cause the ‘Telephone’ video’s so much better. "
-Lady Gaga-

PESANAN- Hm, korang yang tak tahu macam mana lagu 'Telephone', bolehlah search di internet....

2 ulasan:

Syafiq Hamidan berkata...

hahaha.... x sudah2 ngan gaga kau ni... haigh~....

Btw, aku x paham artikel ni...

hahaha...

Luqman Din berkata...

lar... apa yang tak fahamnyer...
just ckp pasal klip video je la