Jumaat, Januari 16, 2015

Hidup


Salam. Hai. 

Aku tak tahu kenapa aku tergerak juga untuk kemas kini blog yang telah kutinggalkan setahun lebih yang lepas. Aku benar-benar tidak tahu. Sebenarnya telah beberapa kali juga hatiku terdetik untuk kembali menukil di dalam blog ini. Banyak kali. Tapi entah kenapa semua yang terdetik itu hanyalah terawang-awang di fikiran tanpa ada satu pun usaha yang dilakukan. Aku lupakan saja hasrat itu.

Sampailah ada satu tahap aku terfikir. Hm, banyak juga aku terfikir itu dan ini dalam hidup. Aku sememangnya merupakan seseorang yang terjerut dalam jerat minda yang serabut. Aku banyak overthinking. Aku rasa itulah masalah aku yang terbesar setakat ini.

Eh melalut pula. Ayuh sambung.

Hah, ada sampai satu tahap yang sangat menggerakkan aku untuk kembali menulis. Antara asbab yang menjadi pemangkin ialah:
  1. Aku berasa kasihan akan blog yang sangat usang tanpa ada pengemaskinian. Tambahan pula, ada banyak benda dalam kepalaku yang aku rasa sudah hampir mencapai kapasiti penuh dan aku ingin luahkan apa yang terpendam.
  2. Ada beberapa orang bertanyakan khabar blog kepadaku dan aku berasa malas untuk berfikir 145,980 kali mencari alasan bagi menjawab persoalan yang tidak berkesudahan.
  3. Aku berasa murung (baca: depressed) dengan kehidupan aku sekarang. Banyak perkara yang terjadi dan aku amat perlukan satu wadah untuk melarikan diri untuk sementara. Untuk tenangkan diri. Untuk cari balik diri aku yang telah hilang.
  4. Aku rindu blog ini, dan semua yang terkandung di dalamnya. Sekian.

Maka, malam ini aku membuat keputusan yang hampir gila dan secara tiba-tiba untuk kembali semula ke sini. Pada masa segalanya berasa tertekan, aku mesti cari ruang untuk tenangkan fikiran. 

Banyak perkara telah terjadi dalam setahun lebih yang lepas. Dalam jangka masa itulah aku telah melalui tahun pertama MBBS aku di MSU Shah Alam. Survived lah juga. That's why I'm still here hahaha. Bersyukur jugalah lepas untuk masuk tahun kedua. Fuh. Mengenai kehidupan peribadi aku? Buat masa ini aku tak mampu nak berbicara lebih tapi aku boleh simpulkan bahawa tahun lepas ialah tahun paling teruk pernah aku lalui dalam hidup. Aku tak nafikan ada kenangan baik yang berlaku tahun lepas tapi sedihnya the bad outweighed the good. Maaf. At least that's how I see it. Masalah hubungan aku dengan orang lain, masalah aku dengan mereka yang aku sayang, masalah aku dengan konflik dalaman diri aku sendiri, masalah aku yang tak dapat nak kendali masalah. Banyaklah juga masalah yang aku alami. I felt vulnerable dan ada satu masa itu aku rasa tertekan sangat dengan hidup dan rasa macam everything was falling apart. Ada satu masa aku benci dengan diri aku. Ada satu masa aku gagal untuk cari sebab untuk teruskan hidup dengan gembira. Menyedihkan. Tak mengapa lupakan saja. Itu semua sudah lepas. Tahun terburuk itu juga yang banyak ajar aku. Banyak mematangkan diri, banyak mendewasakan hati. Aku bersyukur dan reda dengan apa yang telah terjadi. Kalau semua itu tak berlaku bagaiman untuk aku mengecapi pahit manis hidup sebagai seorang manusia. Okai maka apa lagi yang nak tahu? 

Untuk makluman semua, selepas ini bukan semua post baharu akan dihebahkan kemunculan di laman-laman sosial. If I feel like telling, I will tell and if I don't, I won't. Maka kalau nak baca, kena pepandailah stalk untuk cari ada benda baru atau tak. Aku tak paksa, itu semua kehendak diri sendiri. Rasanya setakat ini saja mukadimah untuk post-post yang seterusnya.  Lagipun aku rasa, lama-kelamaan aku kena kemas kini juga blog ini. Setidak-tidaknya, andai aku sudah tiada lagi di dunia dan berangkat pergi ke kehidupan seterusnya, orang akan ingat kewujudan aku, pemikiran aku, kisah hidup aku. Manusia itu bakal mati tapi karyanya akan terus hidup. Kalau ada yang berasa rindu kepada sang penulis ini, dapat juga dirinya menziarahi untuk membaca semula suara-suara dan guyuran perasaan aku di sini untuk ubati kangen di hati. Semoga segalanya dijadikan iktibar dan pengajaran supaya tidak dibuat lagi khilaf yang telah aku buat, dijadikan inspirasi untuk jadi lebih baik dan agar terus mengingati aku dalam perutusan doa dan kiriman salam.

Selamat malam.


pre