Isnin, 31 Januari 2011

Lagu Dalam Playlist

Bonsoir,

Update juga blog ini. *ketawa kecil*

Kali ini aku nak kongsi beberapa lagu yang tersemat pada list lagu dalam playlist aku buat masa ini. Beberapa lagu ini dipilih atas faktor peribadi, tiada kaitan dengan pendapat siapa-siapa. Ok, jom usha satu persatu:


FIREWORK oleh Katy Perry: [video]

Sememangnya lagu berunsur motivasi ini aku letak dahulu dalam list. Rentak dan lirik yang diadun merdu membuatkan adrenalin aku mengalir lebih laju bersama semangat yang masyuk. Bait 'Baby, you're firework, come on show them what you're worth' meninggalkan kesan efektif pada kehidupan seharianku..haha..over syal...




ROCKETEER oleh Far East Movement: [video]

Lagu Rocketeer ini secara tak sengaja telah direcommend oleh seorang rakanku dalam dorm. Sekali dengar lagu ini, terus aku jatuh cinta untuk mendengarnya sekali lagi (dan lagi :P). Tak banyak rapping dan yang paling best liriknya yang manis.





THE TIME (DIRTY BIT) oleh Kacang Mata Hitam: [video]

Ouh, lagu kelahiran semula (I've Had) The Time of My Life 1987 oleh   Bill Medley dan Jennifer Warnes. Black Eyed Peas mengambil korus lagu tersebut untuk dimuatkan dalam lagu The Time ini. Aku dengar-dengar lah juga lagu ini. Best kot :)




WHAT THE HELL oleh Avril Lavigne: [video]

Catchy, dance-enabling dan gleeful tune.. Itu yang boleh aku hurai pasal lagu baru Avril ini. Sedap didengar semasa sedang seronok dan aku memang suka lagu ini walau ada yang kritik alunan lagu yang tidak merdu berbanding lagu-lagunya sebelum ini. So, what the hell?? Ada Avril kesah??




JAR OF HEARTS oleh Christina Perri: [video]

Ok, lagu ini nadanya slow and steady, berbeza dengan lagu cik Avril tadi. Sesuai untuk didengar masa jiwang..hahaha.. Aku terdengar lagu ini masa tengah drive dalam kereta, terkesima juga la.





GRENADE oleh Bruno Mars: [video]

teehee~ hahaha, Huzaimi oi, memang best la lagu ini. Lagu ini diminati sungguh oleh kawan aku, Huzaimi dan dia sangat down apabila mendapati tiada lagu Grenade dalam hensetku. Aku tahu ramai juga yang suka lagu Bruno ini. Melayan perasaan kan?? *wink*






FUCKIN' PERFECT oleh P!nk: [video versi bersih]

Lagu Pink yang baru ini memang mantap. Ada dua, versi bersih dan versi kotor kurang bersih. Apapun, lirik lagunya yang ingin aku tekankan. Menyelitkan mesej motivasi untuk mereka yang berasakan tiada lagi harapan dalam hidup mereka serta memerlukan sokongan. Pink memang ada caranya untuk tarbiah orang. Respect ahh kau Pinky!! ^_^ [aku cadangkan juga lagu Raise Your Glass]


CALIFORNIA KING BED oleh Riri a.k.a Rihanna: [tak dak video]


Aku seriously layan tune jiwang ini. Akak Rihanna memang pandai bab-bab membuat lagu, part jiwang dia buat jiwang betul. Lagu pasal merindui temannya yang berjauhan. Sesuai bagi mereka kat oversea...haha..





HOLD IT AGAINST ME oleh Britney Spears: [video katanya tengah shooting, kan Brit?]

Siapa tak kenal Britney ini, alar, lagunya marcapada sering berkonotasi nada menggoda (dan mungkin sundal). Tak hairanlah lagu Hold It Against Me ini termasuk juga dalam kategori ini. Tapi aku tengok pada rentak lagu yang catchy, itu yang buat aku letak lagu ini dalam playlist aku. Ada yang tak setuju? Lantakla hampa~


PLUG IN BABY oleh Muse: [video]

Waa, tak sah kalau tiada lagu Muse dalam playlist. Aku memang minat lagu-lagu diorang. Lagu ini walau lama, masih segar dalam minda aku. Aku suka vokal Matt Bellamy menyanyikan setiap baris lirik Plug In Baby dengan jayanya. Tak lupa juga Dominic yang main drum. Yeah!






Sekian~ Ada banyak lagi lagu dalam playlist aku tetapi tak kan la aku nak review 100 lagu dalam post ini, ye idak?? Korang ada lagu baru dan lama yang hendak dikongsi ke? Mai la sini :D

Mungkin ada yang tanya, mana Lady Gaga wei?? ahaha, kau tunggu la 13 Februari ini untuk tengok sama ada Born That Way elok atau tidak ;)

P/S- Penulis TIDAK akan bertanggungjawab pada content video atau lirik lagu yang melanggar norma kehidupan pembaca mahupun melahirkan rasa tidak suka dan benci atas pemilihan lagu yang tidak menetapi cita rasa pembaca. Segalanya ialah pendapat pembaca. Sebarang keprejudisan yang ditunjukkan adalah dikesali.

Ahad, 23 Januari 2011

Kesatuan Pelajar Kolej Melayu 2011





As Salam..

Malam ini merupakan suatu malam penentuan bagi perjalanan Kesatuan Pelajar Kolej Melayu (KPKM) a.k.a Malay College Students Union untuk tahun 2011. Alhamdulillah, selepas Malam Kempen Perdana pada Jumaat, 21/01/11 dan Hari Mengundi pada period sekolah ganti semalam, Sabtu, 22/01/11... kita telah mendapat susunan kerusi kabinet bagi KPKM untuk tahun 2011 :D

Buat pengetahuan semua, berikut merupakan calon-calon bagi jawatan yang dipertandingkan~

NAIB PRESIDEN (Tingkatan 4)
Muhammad Fazreyhisyam Bin Mat Nawi, 4 SC 4, Idris
- Muhammad Syafiq Bin Ahmad Nizam, 4 SC2, Mohd Shah
- Amir Hakim Bin Mohamad Yusof, 4 SC 3, Idris
- Ariffudin Syafiq Bin Azmir, 4 SC Social, Mohd Shah
- Amir Iskandar Bin Abdul Razak, 4 SC 1, Idris 

SETIAUSAHA AGUNG (Tingkatan 5)
- Muhammad Mirza Daniel Bin Mohamad Muslihat, 5 SC 4, Idris 
- Muhammad Huzaimi Bin Tahir, 5 SC 1, Ahmad 

BENDAHARI AGUNG (Tingkatan 5)
- Mohd Faiz Bin Mohd Razli, 5 SC Social, Idris
- Ahmad Faheem Bin Rosmaini, 5 SC 2, Ahmad

EXCO PENERANGAN
- Adip Sabir Bin Abdullah, 5 SC 4, Idris
- Amir Norman Bin Mohd Hashim, 5 SC 1, Sulaiman
- Muhammad Hanif Bin Che Wan Naman, 4 SC 4, Ahmad

EXCO KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR
- Ariff Zulkarnain Bin Azizul Hisham, 5 SC Social, Mohd Shah
- Mohammad Haekal Bin Nasir, 5 SC Social, Idris

EXCO HUBUNGAN LUAR
- Ahmad Afiz Danial Bin Mohd Khairuddin, 5 SC 4, Mohd Shah
- Mohammad Luqman Al-Hakim Fahmin Bin Hassan Fahmin, 5 SC 3, Ahmad

EXCO PERSEMBAHAN DAN PEMENTASAN
- Azri Yuzaini Bin Mohd Yazid, 5 SC Social, Sulaiman
- Hisyam Bin Abdullah, 5 SC 4, Idris
- Safuan Bin Sabri, 4 SC 3, Sulaiman
- Harith Danial Bin Tajul Ariffin, 3 Sejahtera, Idris
- Muhammad Fadhli Bin Mohd Sabri, 3 Cemerlang, Mohd Shah

EXCO AKADEMIK
-  Muhammad Arif Bin Zainal, 5 SC 1, Idris
- Muhamad Hafizie Bin Abdul Wahab, 5 SC 1, Idris
- Ahmad Nazeer Bin Azhar, 4 SC 1, Idris

EXCO SUKAN
- Muhammad Aizat Bin Abdul Talib, 5 SC Social, Idris
- Mohammed Zul Faez Bin Azizul Hanafee, 4 SC 2, Mohd Shah


Nota: Undian kedua terbanyak bagi setiap exco akan menjadi timbalan. Naib Setiausaha Agung dan Naib Bendahari Agung akan dipilih secara veto oleh Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

Berikut disertakan antara video kempen:


Apai's


Amir Norman's


Azu's

Dan juga video malam kempen besar-besaran:




Video Malam Kempen Perdana :D

....dan mereka yang berjaya mendapat kerusi kabinet KPKM 2011 adalah seperti berikut.

KESATUAN PELAJAR KOLEJ MELAYU 2011

PRESIDEN: Munir Bin Zambry

TIMBALAN 1: Muhammad Irfan Syafiq

TIMBALAN 2: Azim Mia

NAIB PRESIDEN


SETIAUSAHA AGUNG


BENDAHARI AGUNG



EXCO PENERANGAN


EXCO KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR


EXCO HUBUNGAN LUAR


EXCO PERSEMBAHAN DAN PEMENTASAN


EXCO AKADEMIK


EXCO SUKAN



Maklumat tambahan: 1) Jumlah undi rosak ialah 77.
                                2) Pengundi pertama ialah Pengetua sendiri, Encik Anand.


Adalah diharapkan agar KPKM tahun ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan laksanakanlah manifesto agar memajukan dan mengharumkan nama koleq. Tahniah dan selamat berjaya~

Selasa, 18 Januari 2011

Aku Form 5

Bonsoir,

Huah!!! Lama gila aku tak update blog ini. Bersawang sudah~

Aku harap tak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2011 (walaupun dah nak masuk bulan Februari haha). Semoga tahun baru ini, kita akan mendapat kejayaan yang lebih melimpah ruah dan menjadikan tahun 2011 satu lagi tahun yang bermakna buat hidup kita.

Okay, just wanna tell you all beberapa perkara:

1) Aku sudah form 5, itu sudah pasti.. meaning this is my last year at MCKK. Lepas ini, aku akan ambil SPM aku dan blah dari koleq. *sedih* Oleh itu, aku tak nak sia-siakan tahun terakhir aku di sini.

2) Aku masuk kelas 5 Sains 1, alhamdulillah.. Aku memang worship adore sangat kelas ini since I was form 1. Orang kata kelas gempak (aku harap aku pun dapat jadi gempak juga la).

3) Dorm koleq untuk menengah atas dah campur. So, form 4 dan form 5 hidup sekali. Janggal bagi aku untuk bergaul dengan form lain sebab dah 4 tahun dengan batch 0711 je. But will try to mingle with them.. haha

4) Aku on the way belajar berenang.. huhu.. harap aku mampu~

5) Overall, beberapa minggu pertama sebagai form 5 ini sangat hectic, aku dah dilantik sebagai setiausaha librarian board so my tasks are increasing time by time. Lepas itu, ditambah homeworks yang banyak ya amat. Arrghhh, semoga berjaya Luqman Din.

By the way, aku nak ucap terima kasih buat korang, readers for spending your time here. Aku akan berusaha untuk meluangkan masa yang lebih dengan korang waima sibuk dengan sekolah. :D

Sebelum aku menutup entri ini, hendak beritahu juga, Malay College is on the verge of Kesatuan Pelajar Kolej Melayu (KPKM) 2011 election. Hatta, ramai juga yang masuk jadi calon dan berkempen, mainly by my batch, the Form 5...








Kawan aku, Amir Norman juga bertanding.. Wish him luck for Exco Penerangan :)
















(aku tidak dibayar untuk menyiarkan kempen secara online.. haha.. saja-saja je)









Kepada semua calon KPKM, selamat berjaya diucapkan. Laksanakan manifesto untuk memajukan nama koleq, jangan omong kosong sudah~ 


Sehingga kita berjumpa lagi.. SPM candies (termasuk aku), sila belajar bersungguh-sungguh ^_^