Selasa, 16 Mac 2010

Berangan??


Yo!! Adeh, dah hampir dekat sebulan aku tak update blog. Hahaha... bukan apa, aku busy kat sekolah.. Tambah-tambah baru je habis exam.. so, maafla kalau korang menunggu.


Sekarang ini (maksud aku, detik ini), aku sudah berada di rumah, setelah 3 bulan tak balik. Best tu memang best la, kerana berjaya meninggalkan koleq yang hectic buat sementara waktu. Buat pengetahuan korang, ujian selaras satu dah berlangsung pada bulan Februari yang lepas. Sedihnya, aku hanya mendapatt 5A (2A+, 3A1), 2B, 1C dan 1D.. Ish, teruk giler dan keputusan itu melayakkan diri aku untuk ditempatkan di nombor 55. Aku agak menyesal dengan keputusan aku. Aku rasa satu inisiatif perlu aku lakukan, betul kan? Aku tak boleh kekal bermain sepak-sepak angan-angan di alam khayalan, sebab bola angan-anganyang disepak itu akan menghentam aku balik se-inersia yang boleh serta menjatuhkan aku ke dalam cerun kegagalan. Aku juga tak perlu kekal bersenyum ketawa dan menjerit bait-bait lagu Gaga setiap hari, tanpa memikirkan masa yang jelas bergerak pantas seperti cahaya meninggalkan diri. (ayoo, hiperbola sangat!)



Siapa yang tak nak berjaya, kan?

Aku pun nak juga. Melihat kepada kejayaan mereka yang mendapat straight A+ dalam SPM benar-benar menjelesi aku. Andaikan aku di tempat mereka, semestinya aku bersorak keriangan serta menjerit Dunia Milikku!!! sekuat mungkin. Haha, relax, tak perlu bernada berlebihan..

Konklusi- hentikan berangan ko bengap!! dan mulakan anjakan paradigma!!! Wakakaka.. XD



nota kaki- eh, birthday aku dah around the corner kah??? :DD


2 ulasan:

Syafiq Hamidan berkata...

Verrry der Verangan....~

Luqman Din berkata...

lol... hahaha