6 Februari- Hari Pengumuman Barisan KPKM 2010 serta hari aku pertama kalinya dikenakan 'confinement'!!!
Kejap, sebelum kita beralih lebih lanjut, lebih afdal sekiranya aku menerangnya maksud sesetengah frasa.
DEFINISI-
1) KPKM- Ialah akronim bagi Kesatuan Pelajar Kolej Melayu. Merupakan antara badan tertinggi di Malay College di mana wakil-wakil pelajar dipilih secara demokrasi oleh para pelajar koleq. Semua calon diberi tempoh seminggu untuk berkempen, yang bertujuan meraih undi bagi merebut jawatan yang dipertandingkan. Selepas seminggu, diadakan pilihan raya kepada semua pelajar. [Isu polemik setiap tahun: Antara kredibiliti dan populariti..huhu ]
2) 'CONFINEMENT'- Merupakan satu bentuk hukuman kepada para pelajar koleq yang melanggari etika peraturan sekolah (tetapi bukanlah kesalahan major seperti menghisap rokok dan keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran). Hukuman 'confinement' dilaksanakan dengan cara memberi denda untuk TIDAK keluar ke bandar kepada budak koleq yang 'layak' menerimanya. Kemudian, mereka diarahkan untuk melapor diri kepada pengawas bertugas setiap 2 jam mulai jam 10 pagi hingga 4 petang. Kebenaran untuk keluar bandar perlu dirayu berbekalkan alasan yang munasabah (seperti perlu menggunting rambut kerana takut dibotakkan PK HEM). Taraf 'confinement' walaupun lebih rendah berbanding D.C (Detention Class), tetap digeruni oleh rata-rata pelajar kerana enggak mau melepaskan keistimewaan keluar ke bandar pada setiap minggu.
Berbalik kepada aku, aku dikenakan 'confinement' kerana lewat pergi assembly pagi Jumaat 5 Februari. Hahaha, memang aku mengakui agak lambat pagi itu. Nasib baik tidak ditambah sebatan rotan Cg. Fairuz (PK HEM). Dan aku menerima ketentuan iaitu tidak dapat mengekalkan azam agar tidak dikenakan 'confinement' tahun ini. Ingin tahu kegiatan aku semasa tidak keluar bandar?? Huhu, TIDO.. biasalah kan... pastu basuh baju dan kemudian lepak-lepak di dalam dorm sambil merenung iri hati kepada yang verjaya keluar. T_T.. Ish!!
Malam itu ialah penentuan segala-galanya untuk arah tuju KPKM 2010. Semua calon, termasuk semua budak lain berdebar-debar untuk menanti keputusan. Majlis pengumuman ringkas itu dijalankan di dalam Dewan Hargreaves secara tidak formal (yakni tiada kehadiran Pengetua, hanya Cg. Roslan yang bertindak selaku pemerhati). Akhirnya, selepas diumumkan, kami (F4,
7 Februari- Nothing special. Hanya gotong-royong di perpustakaan yang disertai semua librarian dari F1-F4 (F5 ada kelas). Penat, tambahan lagi apabila men-vacum 1/2 perpustakaan.
8 Februari- Isnin, hari pelantikan barisan kepimpinan 2010. Hari ini dilantik KPKM, Librarian Board, Badan Nadhah Islamiah (BANI), Briged Bestari, Ketua-ketua Dorm dan Ketua-ketua Blok, Pembimbing Rakn Sebaya (PRS) serta English Buddies secara rasmi. Aku juga terlibat untuk naik ke pentas sebagai wakil librarians Tingkatan 4.
Konklusinya....
Dari 1 Februari hingga 8 Februari, 8 hari pertama bulan Februari ini amatlah penat, letih dan membosankan aku. Aku berharap hari-hari lain akan lebih relax. Amin.... (Jap, next two weeks will be Ujian Selaras 1.. OH TIDAK!!!!!)
Di sebalik tabir.....
- Pada hari Ahad 7 Februari, rambut aku secara tidak sengajanya dirosakkan oleh Azri Rosni semasa dia menggunting rambut aku (sebab aku tak boleh keluar bandar, so desperado giler..haha). Maka, satu incident berlaku. Kedua-dua sideburn aku, bukan setakat dipotong, malah dicukur seperti orang asli berambut stail tempurung kelapa. Aduh! Aku menanggung malu apabila hampir 1 koleq dan guru-guru tahu perkara ini. Diejek juga 'sideburn' di merata tempat. Ya Allah, aku redha sajorh!!! :DD
Attachment: Gambar batch aku semasa di Tingkatan 1 2007..nostalgia geLL...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan