Jumaat, Disember 31, 2010

2010 tinggal kenangan

Bonsoir,


Adoyai, hendak masuk tahun baru sudah ke? Aku rasa macam baru semalam aku berada di awal tahun 2010. Masa pantas berlalu kan? Tidak aku sedar yang kita sudah pun hampir memasuki tahun 2011, hanya beberapa detik sahaja lagi.

Mengambil kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011. Kepada semua readers, aku menyusun 10 jari memohon maaf jikalau ada susunan kata pada wadah blog ini terguris lagi tergores hati anda. Aku tidak bermaksud untuk sengaja menusuk dan menikam sensitiviti mana-mana pihak, baik yang hidup mahupun yang telah mati. Heh, macam entri Hari Raya pula dah..haha

Rumusan 2010 sepintas lalu:

Pada pendapat aku, memang terbuktilah mitos honeymoon year itu, bukan setakat honey, money pun sama juga dek keborosan membeli belah tak tentu hala di Kuala Kangso pada masa outing. Tahun 2010 memang masyuk gila beb. Daripada menang debat North Zone (aku supporter sajorh) hinggalah kepada kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dalam Piala AFF Suzuki, tahun 2010 sememangnya penuh dengan warna. Pelbagai suka dikongsi bersama dan duka dilupakan secepatnya. Tahun inilah aku merasa betapa bestnya hidup sebagai tingkatan 4 dengan aktiviti-aktiviti hedonistik seperti menonton Glee, bising di kelas, usha movies, potluck Ramadhani, brunch (breakfast + lunch) di The Gate Cafe, online di kelas, lepak bersama kawan sembang-sembang, baling mercunmakan order ration luar, fly ke Ipoh tengok Eclipse.. *3 aktiviti terakhir dicensored untuk keselamatan penulis* Seronok bhai, haha.. lepas beberapa bulan menjelang Ujian Selaras SBP Tingkatan 4, baru merosot sikit nafsu kegembiraan dan mula fokus untuk ujian. Dapat 6A je, ok la kot (padan muka, siapa suruh nikmati sangat kehidupan).


Bulan November hari itu bermulanya cuti. Aku punyalah berazam macam-macam untuk manfaatkan cuti terakhir sebelum struggle untuk SPM tahun depan. Tapi satu habuk pun tak usai. Sengal~

Perancangan cuti hujung tahun 2010 *kononnya*
1.tonton semua episod Glee season 2 = /
2.luang masa ngan family = /
3.reincarnate blog and tambah followers = /
4.SENTUH buku Add Math = /
5.habis baca novel Bumi Cinta, The Zahir, serta yang lain = X
6.baca facts = / or X
7.cerahkan kulit sebab terperap di rumah = /
8.jadi tough = X
9.bangun pagi dan cycling = X
10.usha cherita Korea = X

...huh, bazir je wishes aku :(

31 Disember sudeyh, memori kekal memori.

Dan 1 Januari esok aku akan bergerak balik ke Kolej Melayu terchenta. haha.. betapa rindunya aku pada school compoud (inilah lumrah pelajar asrama, bila tak cuti, rindu rumah, bila sudah cuti, rindu sekolah..pirah~)

rindu dorm 19, tahun depan tak lagi aku diami :(

best makan maggi tepi tingkap sambil merasai angin sepoi-sepoi bahasa membelai rambut, ececeh :)

koridor yang menjadi mangsa sebagai trek larian tak rasmi, lagi-lagi bila semua berlari ke dorm sebelah untuk usha movie percuma haha

Aku sungguh rindu!

Aku akan mulakan hidup sebagai budak tingkatan 5 yang terperap belajar bagi menggapai impian straight A dalam Sijil Paling Mahal. Cuak sangat. Harap berjaya tahun depan. Tak mahu lagi main gila-gila (sikit-sikit untuk release tensi itu dimaafkanlah). Ucap selamat berjaya kepadaku :D

Anak paksu jatuh dalam perigi,
Sebab jeling amoi ayu lalu,
2010 telah melambai pergi,
2011 kita start hidup baru.

P/S- perlu ke buat resolusi tahun baru, kerna resolusi lampau pun tidak terlangsai lagi? haha

- Kudos to Harith Hamdan for the awesome koleq's photos. Semuanya hak cipta beliau. Gambar selebihnya diculik dan diubahsuai dari Google.

6 ulasan:

cik.shabah berkata...

gudlak for your smp!have a sweet new year yah ;p

say to easy=) berkata...

hye awk!selamat balik sekolah,jgn lupa,stdy smart not hard :)

Adem and Cats berkata...

gud luck for 2011

www.ademncat.co.cc-adem n cats

Mr. Swift berkata...

Hyee! Singgah sini lepak-lepak jap tadi dan ohh polo anda!
Btw lawa blog and happy blogging! And happy new year 2011! :)

Psst : Lelaki Bersuara Emas Jadi MrBean!

Akulah Aqilah Itu berkata...

oh mckk. ok2. =)

Luqman Din berkata...

Awaklah Aqilah- aha, nape?? (:

Mr Swift- thanx.. you too..

Adeem- yup, selamat tahun baru gak :D

say to easy (yes, it's easy)-thanx ^_^

cik shabah-ok, thank you gak.. :D