Khamis, 9 Disember 2010

...sebelum add 'anon' di Facebook, bacalah~

Gambar hiasan; Jangan relate mereka dengan artikel ini. Kesian wei 
(Harap maklum: mereka bukan daripada ahli keluarga hantu Kak Limah)

Bonsoir,

Umum mengetahui Facebook merupakan satu laman web sosial yang terunggul marcapada. Setiap satu yang baca entri ini berkemungkinan besar mempunyai satu (atau lebih) akaun FB. Di Facebook, kita sering terdedah kepada dunia siber yang sangat luas, segala macam jenis manusia berada di jaringan Facebook yang kita gunakan seharian itu. 

Lumrahnya, manusia yang kita tidak kenali di Facebook itu kita ialah 'unknown' bererti kita tidak mengetahui riwayat hidupnya. Aku tulis sini sebagai 'anon' walaupun aku tahu tafsiran BM ialah 'si anu'. Namun ingkar digunakan perkataan anu kerana kedengaran pervert semacam. lol

Habis mukadimah~

Butang ini bukan sebarang mainan!
Anda perlu tahu, sebelum approve atau add anon kat Facebook, kita perlu meneliti perwatakan dan kehidupannya di laman Facebook. Anon merupakan suatu entiti yang bisa merosakkan diri kita sendiri jikalau tidak memilih dengan betul. Prosedur meneliti anon yang tidak dikenali adalah seperti di bawah ini:

1) Sebelum menambah anon untuk menyertai senarai kekawan Facebook yang sudah beribu itu, sila buat suatu lawatan ke profail anon. Lawatan bertujuan untuk menyelidik latar belakang anon. Takut ter-add bitch orang gila mana tah~

2) Perhatikan baik-baik dari segi raut wajah profail dan nama. 
  • Jikalau diletaknya gambar potret dengan kebugilan terserlah, serta nama-nama yang pelik serta membuat mata terbeliak, aku harap korang cepat-cepat tak perlu add atau approve anon itu. Mana tahu dia tengah gersang dan mencari pasangan bermalam bersama. Habis korang, hilang the big V. Tetapi kalau korang add juga, aku no comment (hak masing-masing kan). Korang tengah gersang sekali lah kot~ :)
  • Jikalau diletaknya gambar artis-artis kesukaan korang ataupun model-model pujaan, serta detail-detail yang cukup membuatkan korang percaya yang itu adalah verified profile mereka, hentikanlah angan-angan. Veranganlah kalau Justin Beiber atau Lady Gaga tiba-tiba add korang as friend. Usah bajet pop~  CAUTION- jangan dihiraukan terus huh! mungkin ada kawan yang sengaja nak kencing korang dengan menukar nama sebagai Rima Fakih, tetapi kesian, korang dah report Facebook as fake profile. sudeyh~
  • Untuk lain-lain, tak mengapa, jangan diapprove lagi, lihat opsyen nombor 3. (Termasuk apabila berdepan nama-nama profail aneh seperti Lidah Panjang, Malam Pertama, Jamban Hutan, Kipas Rosak) << sorry la kalau ada yang letak nama-nama ini betul-betul, tak bermaksud nak sindir. 
3) Selepas modus operandi pertama iaitu melihat sekali celik default photo, sekarang adalah disarankan anda masuk sedikit dalam kedalam profail anon tersebut. Kebanyakkan anon biarkan akaun dia terkangkang luas, senang bagi sesiapa pun menceroboh masuk. Mereka lupa untuk memprivasikan segala benda yang ada. Oleh itu, jangan kufur nikmat, biar kita selongkar sikit-sikit profail mereka yang tak reti private ini. Padan muka lu (itulah pentingnya memprivasikan akaun bro, jangan sesuka hati bagi anon nampak!)
  • Perhatikan status yang disiarkan serta beberapa tempat yang bersesuaian..
  1. Kes pertama: Cik Bedah ingin memasukkan seorang anon ini ke dalam senarai rakannya. Dilihatnya gambar profail anon itu sopan santun sahaja, tiada pun unsur-unsur mencurigakan. Tetapi, impression Cik Bedah terus berubah setelah meneliti wall perempuan itu yang penuh dengan entri kontroversi.. Antaranya: 
dipadam terus request adding~
  1. Affidavit kedua: Puan Suharjo ingin mencari kenalan lelaki baru (suaminya juga tengah mencari kenalan perempuan baru). Beliau terjumpa seorang profail lelaki di FB. Namun, muka lelaki tersebut punyalah horror, menakutkan, seakan-akan pembunuh bersiri. First impression doesn't count all, dia berfikir, lalu diselidik lagi wall lelaki tersebut. Dan beliau ternampak status ini:
"my type!! love it" kata Puan Suharjo sambil menekan butang add~

----- Lihat kedua-dua kes... tak semuanya berdasarkan first impression. Kadang-kadang apa yang difikirkan baik itu sebenarnya buruk dan dan yang difikirkan buruk itu baik. Nasihat aku, selidik dahulu dan jangan membabi buta.

4) Selepas diperiksa dan dijamin semuanya OK, bolehlah consider untuk diapprove/add. Bagi profail yang private dinding serta semua benda, anda fikirlah sendiri macam mana nak yakinkan tuan profail yang anda ini bukan anon jahat. (selalunya orang macam itu tetap jarang add anon, biarkan dia add anda sendiri haha)

Prosedur tamat~

Sekarang kita perhatikan falsafah pengguna-pengguna Facebook ini. Bagi aku, terdapat 4 aliran 'mazhab' tersendiri, yakni:

  1. Dasar tutup pintu: Mereka ini memang buat privasi gila-gila akaun mereka. Sampaikan gambar di Facebook serta wall dan segala isi kandungnya disembunyikan daripada penglihatan anon. Yang tinggal hanyalah sedikit info (seperti sekolah;yelah mana tahu teradd classmates salah) dan butang ADD dan butang mesej. Ada pula yang hide semua, tinggal butang ADD sahaja, yang ini mantap! sekuriti ketat. haha.. Mereka yang mengamalkan dasar ini memang susah kita nak tambah dia kedalam senarai rakan. Kalau add pun, dia peram lama-lama (4, 5 bulan mungkin) sampai dia rasa kita patut jadi kawan dia. Kalau korang dah desperado sangat itu, bagilah karangan berupa mesej mengapa kau add dia, meraung dan merintih sikit. haha.. itu kalau ayat A+ bolehlah berjaya diapprove~ atau korang akan berakhir dengan kena block (congratz!). :D 
  2. Dasar komunis: Mereka ini free la sikit untuk diadd sebagai rakan, kalau nak dibandingkan dengan yang pertama. Agak kejam sebab mereka ini approve korang tetapi korang tak boleh vandal di wall, usha gambar, mahupun chatting ( sebab dia 24/7 offline dari korang) dan yang ada hanyalah komen di post-post tertentu (itupun jarang dilayan.. haha). Limited profile. Sadis~
  3. Dasar sosialis (pilihan ramai): Ramai kot dalam golongan aliran ini. Mereka ini bersikap berpada-pada terhadap apa-apa kemungkinan. Cik Bedah dan Puan Suharjo dengan bangganya tergolong dalam mazhab ini. Agak kejam juga kadang-kadang dimana korang diapprove tetapi diberi tempoh percubaan dan mereka akan perhatikan korang dalam tempoh itu. Kalau dirasakan korang ini agak-agak sampah, terus diremove.. (yeah!!! haha)
  4. Dasar liberalisme: Sesuai dengan nama, mereka ini bersikap membuka profile seluas-luasnya sehingga tiada sekuriti terjamin. Segala jenis manusia mahu diaddnya, dan kalau Facebook tak limitkan jumlah rakan 5000, mahu juga diadd seluruh users FB (buat fan page la wei~). Sikap memandang enteng kepada kapasiti bahaya anon menyebabkan akhirnya mereka terjerat juga dengan jenayah!!! kesian bai.. daripada mencari kawan kepada mencari penyakit.. Antara contoh: 

Biar aku teka, korang aplikasikan dasar 1 dan 2 itu ye untuk ibu bapa korang?? ayo.. haha.. add la mereka, kehadiran mereka membuatkan kita berjaga-jaga :D

agak-agak kabur klik untuk tumbesaran -__________-"

Mengapa anon perlu diambil kisah??
- Berkemungkinan mereka ini bukan daripada latar kehidupan yang baik dan korang akan terjebak dengan jenayah. Lihat ini.
- Maybe some have their bad ulterior motives untuk add korang dalam FB.
- Sesetengah itu mungkin juga dihantar seseorang untuk memerhati gerak geri anda dalam FB.
- Israel punya spy. (mungkin~ ceh haha)

Akhir kata, pilihlah anon untuk diadd/approve dengan mata hati, bukannya membuta tuli, kelak anda sentiasa rugi, dengan kecuaian diri sendiri, menyesal hingga ke mati.

Share dengan kawan, takut mereka tengah seronok berfoya bersama anon...

Tiada ulasan: