Rabu, 8 Disember 2010

Antonim (sekadar lawak picisan)




Bonjour, aku buhsan ini.. malas nak tulis panjang-panjang..

Ini ada suatu cetera, aku rasa ramai dah baca. Tak mengapa, kita ingat balik lawak lama.

Ceritanya begini...

Pagi bermula seperti biasa di Sekolah Umum Kabupaten Gogojoyah. Entah di mana tah, aku pun tak berapa pasti.Yang aku tau, cerita ini disebarkan dari mulut ke mulut sehingga skrip cerita asal bagaikan terbakar dalam lamunan ingatan para pendengarnya..hahaha...

OK.Sila ikuti kisah di bawah.

Ada seorang cikgu baru (gambar macam di atas, eh, silap, mungkin tak ada lah sehot gitu). Seperti biasanya, cikgu baru itu masuk ke kelasnya, tidak bisa langsung memikirkan kejadian yang bakal terjadi.

CIKGU: Baiklah murid-muridku, hari ini kita belajar antonim. Ini juga satu ujian lisan. Kamu cuma perlu mengajuk kata cikgu dengan perkataan antonimnya.Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

MURID: Faham, cikgu!

CIKGU: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

MURID: OK cikgu!

CIKGU: Panas!

MURID: Sejuk!

CIKGU: Rajin!

MURID: Malas!

CIKGU: Berjaya!

MURID: Sukses!

CIKGU: Salah!

MURID: Benar!

CIKGU: Itu bukan soalannya, bodoh!

MURID: Ini ialah jawapannya, pandai!

CIKGU: Diam!

MURID: Bising!

CIKGU: Ish! Mereng!

MURID: Wah! Waras!

CIKGU: Oh Tuhanku!

MURID: Ya Hambamu!

CIKGU: Jangan melawan!

MURID: Biarkan mengalah!

CIKGU: Kamu gila!

MURID: Kami siuman!

CIKGU: Matilah aku!

MURID: Hiduplah kami!

CIKGU: Cukup! Cukup!

MURID: Kurang! Kurang!

CIKGU: Maukah kamu semua berdiri di luar?

MURID: Tidak maukah kami duduk di dalam?

CIKGU: Tak, aku tak mau!

MURID: Ya, kami mau!

CIKGU: Kita sudah menyimpang pelajaran!

MURID: Kami baru mengikut pelajaran!

CIKGU: Aduhai, aku dah gila!

MURID: Amboi, kami masih waras!

CIKGU: Aku nak menangis ni!

MURID: Kami nak gembira itu!

CIKGU: Habis aku!

MURID: Kekal kami!

CIKGU: O.K, pelajaran sudah habis!

MURID: K.O, pelajaran belum bermula!

CIKGU: Derhakanya anak muridku!

MURID: Setianya ibu guruku!

CIKGU:(nada mengalah) ye lar, aku kalah, puas hati?

MURID: Yo lar, kami menang, tak puas jantung!

CIKGU: Malas aku ajar kamu!

MURID: Rajin kami belajar cikgu!

CIKGU: Haram jadah!

MURID: Halal toiyyibah!

CIKGU: Kesal sungguh aku memilih kelas 'pandai' ini!

MURID: Gembira sikit kami menolak cikgu bodoh itu!

CIKGU: Hei, mulut jaga elok-elok!

MURID: Hoi, telinga musnah jahat-jahat!

CIKGU: Aku pandai, kamu sengal!

MURID: Kami bodoh, cikgu poyo!

CIKGU: Betul..Akhirnya, mengakui kenyataan.

MURID: Salah..Permulaannya, menolak fitnahan!

CIKGU: Rosak kelas!

MURID: Elok murid!

CIKGU: Kamu ditahan tengah hari ini!

MURID: Kami dilepaskan tengah malam itu!

.... cikgu itupun keluar tanpa memberi salam. Murid-muridnya sangat pelik, merasakan mereka lulus ujian lisan itu. Keesokannya, cikgu itu didapati membunuh diri kerana tidak tahan igauan hari pertama mengajar....kasihan~

MURID 1: Hei, itu cikgu X dah mati!

MURID 2: Hoi, ini cikgu X belum hidup!

Sekian~

Komen: Mampus cikgu BM aku kalau murid bahalol macam ini.

-Agak-agak yang tak faham BM itu, aku ada sediakan video antonim dalam Jawa untuk anda.



P/S- memang bosan woo huhu -______________-"

Tiada ulasan: