Bonne nuit, ececeh, wei, MALAYSIA MENANG DOE!!! best la ^_^ haha
Maaf tak update blog lama, aku sangat berkonsentrasi yang amat kepada perlawanan bola tempoh hari. Tanggal 29 Disember ini merupakan saat keemasan bagi rakyat Malaysia kerana menjadi johan Piala AFF Suzuki 2010. Aku daripada tak minat sangat bola tempatan terus minat (sadis kedengaran -_-")
Piala Suzuki memang dapat kontroversi gila di rantau ini. Sejak match 26 Disember lalu, pelbagai provokasi semakin dicetuskan di kedua-dua belah pihak (entri ini tidak bias, takut kena hack nanti haha). Hari itu aku buka Twitter, macam dah jadi perang siber dah. Muncul ungkapan-ungkapan yang bisa membuat hati ditusuk amarah. Biasalah, lepas satu tengking, satu balas, so trending topics mengenai Malaysia pun tak habis-habis sejak hari itu.
mau tak hot kita baca~ |
Trends yang provoke gila itu menyebabkan satu dunia terikut-ikut untuk menghina, mencerca, dan mencemuh Malaysia. Teriakan maling banyak kedengaran (maling itu maksudnya mencuri, tuduhan kepada Malaysia yang memaling budaya orang). Waduh, kerana bola pun kayaknya seperti perang dong~ Kemudian muncul pula #malaysiacheatlaser.. haha.. Isu laser menjadi femes tetiba jah~ ada juga Malaysians yang turut serta membalas herdikan dari negara sebarang. hahaha.. hampa pi la kutuk sesama sendiri, buat malu kat dunia je tengok negara serumpun bergaduh XD. Somewhere in Israel, the Jews are laughed out loud to see two Muslim countries fighting each other just because a football match.. huh
Meskipun terpaksa menempuhi sorakan dan teriakan provokasi itu, football team kita berjaya masuk ke stadium dengan kereta kebal (ini cherita betul ye, kita move ke stadium Bung Karno naik kereta kebal. Macam nak pergi perang ouh..haha). Aku usha juga match bola tadi, seronok gila doe. Mak dengan makcik aku bersorak mengalahkan aku, mereka pula yang sportive amat. Lepas itu, ada babak cameramen yang terbukti gedik, ditangkapnya gambar gadis Indo yang ayu.. haha.. Adrenalin aku bertambah laju tatkala Safee Sali menjaringkan gol pertama pada minit ke 53 dan menyebabkan satu Bung Karno terkesima.
Supporters Malaysia dengan mercun memang tak boleh dipisahkan.. haha. ( ini bukan di GBK, kalau kat Jakarta macam ini, bikin mampus) |
Akhirnya, walaupun termasuk gawang kita 2 gol dari Indo, kita menang jua Piala AFF Suzuki!!! wooo!!! Betapa ku cinta pada mu Malaysia. :D
Sorak gembira.. (bukan gambar final) |
Khairul Fahmi, depa suka hang! |
Syukur! Di Twitter juga dah berubah (mungkin sebentar sahaja kot, nanti bergaduh macam kucing dan anjing balik), kelihatan CONGRATULATION MALAYSIA (tertinggal 's' situ, takpa la) dan Khairul Fahmi di trend worldwide. Apa pasal tiba-tiba keluar Fahmi ini?? Hah, keeper terbaik kot, sebab itu ramai minat..haha.. apa la korang, dia dah ada awek dah la, ini dia~ berlambak dah yang follow dia sejak match tadi (bertuah couple dengan footballer kebangsaan, hampa pi la join haha) Sambil itu, aku nak tergelak bila mereka cakap Khairul Fahmi orang China dan Jepun -_- Nampak sangat tak buat kajian sebelum mengutuk suka hati.
Above all, TAHNIAH buat Malaysiaku dan diharapkan semoga selamat penyokong Khairul Fahmi Malaysia dan pemain di sana sebelum melangkah pulang ke tanah air esok. Siapa yang berada dekat-dekat KL itu pergilah ke KLIA pukul 2 petang menanti kepulangan Harimau Malaya kita. Cheq kat Pearl Lace ini, jauh sangat nak join hampa :)
K. Rajagopal, Malaysians are proud of you |
-Tak perlu kita bermusuhan hanya sekadar permainan bola sepak. Adat permainan, ada kalah ada menang. Tak semestinya kita sentiasa berada di atas. Peace Malaysia-Indonesia :)
Tanah tumpahnya darahku, kemenangan buat Harimau Malaya!!!!
P/S- Hari Jumaat kita cuti~ haha, tiada kesan langsung bagi aku yang tidak bekerja XD
Perhatian: gambar diragut di Google kecuali gambar trend Twitter, siapa nak claim copyright, inform saya. terima kasih
4 ulasan:
garuda patah kepak die kene gigit ngan remau malaya.hahak!
hahaha..tu la pasa pasal....
mula2 trend pasal cintakan indonesia n salahkan laser...last2 citer pasal malaysia n fahmi pulak :)
menang dan cuti !
Dosh| hahaha, pastu dpt gelaran ayam sayur XD
nas| manusia memang tak habis-habis perangai camtu..dah kalah kutuk plak..susah terima kenyataan,,
psycho| hahaha.. ok la tu.. PM baik :D
Catat Ulasan