Jumaat, 16 Ogos 2013

Licik

[NSFW]
Mengandungi bahasa yang mungkin kurang sopan dan sedikit sensitif kepada sesetengah pihak. Dinasihatkan agar berfikiran terbuka.


Hari pertama Bell masuk kerja semua orang dah bagi tumpuan dekat dia, macam Barack Obama datang Kampung Baru pula aku rasa. Menyampah betei.

     “Dean!”
     “Yes, bos.”
    “Nanti tolong ajarkan Bell macam mana nak jaga kaunter dan kitchen. Al maklumlah dia orang baru, mana biasa dengan benda-benda ni.”
     “Boleh bos, boleh je.”
     “Bagus. Teruskan kerja.”

Heh, sumpah dengan nama roh moyang aku yang berdarah Bugis-Banjar campuran Serani, sebenarnya aku langsung takda mood nak buat sesi tunjuk ajarku sifu dekat si Bell ni. Lagipun hari ni aku dapat tahu awek aku kena sailang dengan kawan aku punya abang yakni bekas cikgu tuisyen dulu.. Dalam hal ni, aku dengar khabar bekas cikgu tuisyen dia tu jadikan dia sebagai rebound girl je. Haih, pi mampuih la. Time aku takde mood ni, ada jugak si Bell aku pelangkung dengan batang mop karang. 

     “Bro, nama aku Fakhrul Din. Panggil Dean je.”
     “Eh, kenapa macam tak relate je nickname kau tu?”
     “Kau kisah pula kenapa? Lantak pi kat aku la kan.”
     “Ok.”

Aku dah cakap, jangan buat aku mengamuk taim taim aku takde mood, kan dah ada bibit kemarahan menjelma. Silap langkah boleh meletus lava api mengalir ke ladang gandum. Hm, aku sebenarnya musykil sebab manager aku amik jantan sebagai pekerja baru. Itu satu benda, lagi satu aku punyalah pelik kenapa nama dia Bell. Bukan itu iras nama perempuan ke? Nama bekas awek la ni. Ini mesti kes susah nak move on lepas break up. Ah kesah pula aku. Manager aku ni lagi satu hal. Bukan ke dia nak pekerja perempuan haritu masa buat iklan dekat NST? Alasannya ironi betul, “ Barulah Stabaks, Alamanda ni ada seri kalau ada bunga, lagi lagi kalau bunga berbadan kerengga, berpunggung bulat." Itu kata dia, alih alih amik pekerja acah acah jantan. Ah, sudahlah!

     “First of all, aku nak tunjukkan dekat kau mesin cashier. Kena tunjuk walaupun kau dah tahu. Kot-kotlah kau ni bebal sangat tak tahu mesin cashier ni pemende.”
     “Gua tahulah.”
     “Ok.”

Seterusnya, aku suruh dia kemaskan meja-meja dekat luar, sapu habuk-habuk rokok yang bertaburan dekat lantai tu. Well, ramai golongan kapitalis suka lepak Stabaks, sambil layan Winston Merah sepam dua. Ada juga lepak sini sembang kencang pasal politik sambil memegang senaskhah Utusan Meloya. Sementalah aku memerhati golongan kapitalis ini, aku memandang beberapa golongan yang kekal menggunakan suratkhabar secara fizikal bukannya bergantung harap kepada iPhone 5, Samsung S4, iPad, Galaxy Tab dan segala gajet dajal yang ada atas muka bumi ini. Mungkin lebih menjiwai. Mungkin.

Jadi, pasal isu Syiah, isu Mesir. Aku ni bukanlah bersifat stereotaip terhadap orang kita sendiri, tapi orang kita ni bagi concern kat sebuah pihak yang tertindas hak kemanusiaan ni ikut trending. Taknak nampak outdated, acah acah follow current issue. Ba alif ba ya. Selepas satu tempoh,  isu itu dipandang sepi jek. Macam dulu, amende entah korang buat solidariti siap tukor avatar Facebook dan Twitter ye idok? (Err termasuklah aku) Jadi aku bet, dalam isu Mesir ni kau, aku, mereka dan kita semua lama-kelamaan pasti lupakan mereka jua seperti isu Syria, Burma, Palestin, Chechnya, Bosnia misalnya. Celaka, berilmiah dan berwawasan juga aku ni rupanya.


Aku perhatikan je budak Bell ni buat kerja sambil hisap Winston merah. Celaka heavennya rasa rokok ni. Kalau hisap betul-betul, rasa dia memang high. Kau boleh rasa high setiap kali kau sedut dan hembus asap dia yang kick gila. Rokok ni taim tengah kaya bolehlah layan berpam pam, kalau tengah kayap? Beli rokok bola sekotak RM 3 la gamaknya.

Lama juga aku perhati budak Bell ni, aku pelik kenapa gaya dia buat kerja macam ada yang tak kena je? Maksud aku ketelitian dia lain macam. Ah, susah aku nak cakap macam mana, fyi aku ni ada sixth sense. Dan selalunya sense aku yang extra tu mesti betul. Heh, persetankan! Janji dia buat kerja.

     “Dean, dah settle dah, anything else?”
     “Takde, kau lepak lah dulu dude. Rehat kejap.”
     “K.”

Bell pun lepak dekat meja tepi kaunter, sambil layan lagu dekat i-Pod dia. Fuh, baik jugak budak Bell ni tak hisap rokok walaupun sepam. Dulu pergi sekolah ugama mungkin. Aku tak tahu kenapa dari tadi aku perhati je tindak tanduk si Bell ni. Aku rasa macam tertarik dengan dia.

Secara tiba-tiba...

Dia buka topi Stabaks dia, terurai lurus rambut dia. What the hell? Dayyum! Perempuan rupanya. Oh mai, nasib baik aku tak terlanjur dalam cinta songsang pandang pertama. Bell mengerling tajam ke arah aku. 

     “Dean, aku nak kau simpan rahsia ni. Kalau tak, nahas kau dengan iPhone 5 kat tangan kau tu.”
     “Err...errrr,” aku terkedu. Diam seribu bahasa.
    “Ada sebab aku menyamar jadi jantan, aku ada personal issue sikit dengan manager kau. Aku nak dia mati dengan senaskhah Quran di tangan.”
     “Kenapa?!”
     “Dia Yahudi Melayu.”
     “Apa kau merepek ni celaka?!” Aku berang.
    “Dia dah murtadkan tunang aku, Farizal. Dia sengaja buat Farizal join investment nokharom dekat Pantai Timur sana. Investment untuk apa, tu aku tak tahu. Aku panggil investment-buto-pakdia.” Aku mula tertarik dengan alasan Bell. Bukan calang calang perempuan ni. Melayu pulak tu, boleh turn on ni.
     “Lepas Farizal invest berpuluh puluh ribu, rupanya manager Yahudi Melayu kesayangan kau tu dah tipu Farizal. Farizal stress dan dalam masa yang sama dia rasa bersalah dengan aku, sebabnya duit yang dia invest tu patutnya jadi duit untuk kitorang kahwin tahun depan.” 

Aku dan dia cuba bertenang. Kelihatan air mata dia bergelenang. Aku kira ini perkara serius, sebabnya kalau hudud ataupun undang undang Hammurabi ada dekat Malaysia, nahas Bell ni. 

     “Kau pun tahu orang kalau stress, senang je nak terpengaruh. Manager bangsat kau ni dah hasut dia supaya tinggalkan Islam. Dia kata, Tuhan kita ni tak tolong pun hamba dia yang dalam kesusahan.” 
      Terpacul langsung dari mulut aku “Mesti tunang kau convert kan?” 
     “Ya. Bukan tu je, tunang aku tak dapat get over segala hutang keliling pinggang dan dia end up hidup dia dengan bunuh diri. Nampak macam dia commit suicide kan? Tapi dalam kes ni kita panggil homocide. Aku malas nak terangkan, kau cari sendiri.”
     “Ooooo,”  itu je respon aku. Jawsdrop jugak aku dibuatnya.

Air mata Bell jatuh berguguran. Nak je aku kesat, tapi aku rasa salah taim pulak nak acah acah jadi arjuna, aku biarkan jelah.

     “Dean, kalau kau ada tengok berita baru baru ni, ada lelaki Melayu yang mati kena gilis kat LRT Hang Tuah, itu tunang aku. Dia bunuh diri dekat situ. Dia…… dia mati dalam keadaan murtad. Meski dekat akhirat pun, aku takkan jumpa dia. Dia…. dia ahli neraka Dean. Ahli neraka.” Bell menangis sambil berpeluk tubuh.
     “Jadi, kau nak balas dendam? Kau pasti Bell? Bunuh orang pun nanti jadi ahli neraka.”
    “Aku tahu. Tapi aku nak dia mati. Aku nak manager kau mati. Untung kalau sempat mengucap syahadah, tuhan masih sayangkan dia. Kalau tak sempat, jumpalah aku nanti kat neraka.”

Nawaitu perempuan ni aku consider memang power betul. Cukuplah dengan semua perkara senggama minda yang berlaku harini. Lantak kau, aku taknak masuk campur kes hidup mati orang lain. Kena panah petir dengan Tuhan baru tahu. Belum lagi urusan dua malaikat dekat kubur nanti. Sial, takut aku.

Aku beredar dari situ. Hmm licik sia perempuan ni. She gained my respect.

Cerpen ini ialah projek duo daripada kami, Abidah Juyahir dan Luqman Din.
Plot hasil buah fikiran Abidah Juyahir pada 21 April 2012.
Disunting dan ditokok tambah oleh Luqman Din pada 15 Ogos 2013.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

well , interesting story .the choice of name too . kind of mind blown tapi pendek sangatla . huhu

Luqman Din berkata...

Anonymous - Sebab itulah namanya cerpen. Do wait for next stories! Glad you like it :)