Khamis, Ogos 22, 2013

Ubah


Nothing.
Tabula rasa.
Aku tak tahu nak post apa dah sekarang ini.

Intro kejap. Sebenarnya aku amat speechless dengan tragedi kejam kudeta Mesir dan juga pergaduhan intermazhab di Syria. Itu tak termasuk lagi dengan isu rakyat Palestin yang mungkin pada saat kita sibuk dengan masalah Mesir dan Syria, mereka masih ditindas seperti hari-hari yang lain. Dan aku, mungkin juga kau sekali, terfikir apa yang boleh kita lakukan untuk selamatkan mereka. Ya, sudah tentu kita tembak doa buat mereka but we've been wondering if we could do anything else for them. Ah lemahnya aku. Lemahnya kita. Umpama seekor rama-rama yang terbang ke arah unggun api untuk padamkan, mati terbakar seolah-olah tidak dapat membantu memadamkan api tersebut walau sedikit.

Al Fatihah [sumber]

Selesai intro yang tak berkait dengan tujuan post. Iman kita, manusia, senang berubah. Sangat senang. Ada suatu masa iman kita bertambah, sepertimana kita berada di dalam rumah Tuhan dan juga bilamana kita membaca firman-Nya. Ada pula masa iman kita berkurang, yakni ketika kita berparti jimba dengan rakan dan juga apabila kita melihat sesuatu yang menaikkan nafsu syahwat. 

Usah tipu. Kita semua pasti melalui dua fasa tersebut. Aku pun sama. Pernah.

Ini bukan post keagamaan. Jikalau anda mencari blog berunsur agama dan penuh dengan hadis serta ayat Quran, blog aku sudah tentu tidak layak untuk berbicara mengenainya. Aku belum sampai kepada tahap boleh mentarbiah dan menyampaikan tazkirah kepada orang sebab aku pun sedar, aku masih serba kekurangan dan banyak lagi yang perlu dikejar. 

Okey, apa yang boleh kita buat ialah jangan judge. Ah silap, bukan jangan judge tapi jangan judge secara berlebihan dan melahirkan rasa prejudis di hati. Manusia secara lahirnya memang akan judge. Kau tak boleh lari daripada fakta itu. Kau nampak sahaja seorang yang tidak menutup aurat mesti terdetik, "ya Tuhan, dia ini memang nak masuk neraka ke terbonjol sana sini," atau kau berjalan di mall dan nampak ada seorang wanita berpurdah kemudian hati kau bermonolog sinis, "hek eleh, nak berlagak baik sangat lettew tutup semua." Inilah judgement. Tak masuk lagi soal perkauman semua. Setiap orang pasti pernah buat. Tapi what makes us different ialah sama ada kita abaikan prejudis dan bersangka baik ataupun kekal berprasangka buruk secara intensif.


Setiap orang ada peluang untuk berubah. Seorang yang jahat ada peluang Tuhan bagi untuk jadi baik. Seorang yang baik ada ruang pula untuk jadi jahat. Seorang yang kurang pandai ada ruang untuknya baiki diri. Seorang yang pandai ada peluang untuk dia dungu kembali. Seorang gay atau lesbian atau apa jualah penyakit seksualiti yang ada kat dunia ini ada peluang dan ruang untuk mereka berubah ke jalan yang lurus dan menjadi lurus. Tidak dinafikan pula seorang yang sememangnya lurus tapi akhirnya jadi bengkok kerana salah percaturan hidup. Hah, masuk bab LGBT pula dah. Sah-sah satgi ada yang report blog aku ini.

The point is everybody changes. Kau, aku, dia, mereka, pakcik jual nasi kandar yang tak sedap tapi mahal, amoi Cina jual tiket bas tapi bas lambat sampai, uncle yang lelong iPhong 5 yang import dari China, budak kecil yang suka kencing berdiri di khalayak umum, Lady Gaga yang pakai penutup kepala dalam video muzik 'Applause' (nak belajar tutup aurat barangkali), semuanya, ya, semuanya akan berubah lambat laun walaupun perubahan itu amat kecil untuk dilihat pada mata kasar kita. Berubah ke arah baik atau buruk? Hanya dia dan Tuhan yang tahu. Itu diri sendiri punya pasal. Tapi sudah tentu manusia itu fitrahnya kepada kebaikan dan akan terdetik juga untuk melakukan kebaikan walaupun sekecil amal. Perubahan juga ambil masa. Kau tak boleh mahu aku terus berubah daripada sebegini menjadi calon Imam Muda musim keempat esok hari. Nonsense la doh!

Sekadar hiasan sebab aku tak tahu nak Gugel gambar apa dah [sumber]

Berikan setiap orang daripada kita masa untuk berubah. Kita boleh nasihat, kita boleh telefon dia tiap-tiap hari dan bagi tazkirah but it's up to them nak berubah bila. Kita hanya mampu berdoa. Kepada ateis aku tak tahulah korang nak buat apa. Teruskan usaha brainwash la kot sebab korang tak berdoa (jangan marah, gurau senda sikit sahaja). Dan ya, berdoa juga untuk diri sendiri agar tidak terlalu menghakimi orang lain dan semoga diri berubah menjadi lebih baik. 

Luqman Din pandai je suruh orang berubah itu ini tapi rasanya dia sendiri tak buat kot.
Well dear, I hope I rather die trying than not doing anything. Sorry kalau saya masih tak berubah di mata awak.

Salam aman,

2 ulasan:

mkhairuladibmyusof berkata...

LGBT! *reports*

Luqman Din berkata...

@mkhairuladibmyusof cepat cepat! Gitau SKMM lulz