Khamis, 29 Ogos 2013

Doa



Untuk mereka yang masih percaya dan kekal tidak berputus asa dengan rahmat-Nya,

Bismillāh

Kepada Rabb kita bermunajat,
Dan juga meluahkan sesuatu,
Selain menyatakan hajat,
Serta menzahirkan syukur.

Tak usah diikutkan bisikan syaitan,
Yang menjahanamkan segala,
Hidup bertuhan janganlah dipersiakan,
Kembali berpaling semula kepada-Nya.

Jangan dipandang rendah kuasa doa,
dikala hati susah mencari solusi,
dikala hati dianiaya orang disisi,
dikala hati termangu terfikir apa yang terjadi,
Tuhan mendengar segala isi hati,
Baik terungkap mahupun terhijab.

Berusaha, tawakal dan berdoa,
Setiap langkah jangan berputus asa,
Kerana kita ada Dia setiap masa.
Maka celakalah mereka yang berkata,
“Doa hanyalah untuk mereka yang lemah sahaja.”

Kepada Rabb kita berserah,
Dan beriman kepada ketentuan,
Selain usaha dan tenaga dikerah,
Serta iltizam mencapai impian.

'Āmīn

- 13 April 13

1 ulasan:

wanariahamiza berkata...

Salam ziarah. Jemput bertamu di Inspirasi Wanariahamiza. :)http://wanariahamiza.blogspot.com/