Jumaat, Ogos 16, 2013

Kembali

As Salam. Peace. Salam aman.

Pertama sekali, maaf bagi yang menunggu selama 462 hari untuk post baru daripada blog ini. Mungkin ada yang sudah berputus asa dan mungkin ada lagi yang menaruh harapan untuk melihat post baru pada masa hadapan. Sekali lagi, aku mohon maaf. Well, here it is guys. Aku berjaya pujuk dan paksa diri sendiri untuk menaip post yang baru untuk tatapan anda semua.

Dengan seriusnya, aku benar-benar seronok. Hepi. Eksaited. Apa-apa sajalah yang bersinonim dengan perkataan gembira. Aku rasa blog ini macam dilahirkan semula. Rasa je lah. Betul ke tak itu lain kira. Dah setahun lebih aku menunggu saat blog ini kembali bernafas. Lega.

 Macam inilah reaksi aku sekarang. SERIUS SERONOK! Hihihihi [sumber]

Tidak dilupakan juga reaksi korang semua di luar sana, kan?

"Kau tau tak Luqman Din sudah publish post baru selepas setahun tiga bulan?" "OMG ARE YOU ASDFGHJKL SERIOUS?! KEAJAIBAN DUNIA!" [sumber]

So anyways, tak banyak sangat aku nak cerita dekat sini. Aku tahu korang semua terfikir apa jadi pada aku dalam setahun lebih ini tapi kalau aku cerita satu persatu memang kena buat 128979 post la kan. Cukuplah kalau aku ringkaskan beberapa perkara.

Okay shall we? Tarik nafas panjang dan hembus keluar dengan tenang.

Pertama sekali, kalau korang dah baca pasal post interview MARA semua tu, aku dengan redanya memaklumkan yang aku tak mendapat pun scholarship MARA pergi Ireland tersebut. Aku redha. Aku tak boleh pasrah sebab pasrah itu menyerah. Terus terang aku cakap, aku agak sedih. Depressed jugalah sebenarnya. Biasalah tu sedih bila tak dapat tawaran ke luar negara sedangkan ramai kawan baik aku yang lain pula dapat pergi. Toksah nak buat sedih sangat la na, cheq sakai hang nanti. Haha okaylah. Kita move on

Tapi Tuhan tahu yang terbaik buat aku. Dia sudah tentulah Yang Maha Memahami. Syukur, kerana UPU, aku mendapat tempat di International Islamic University Malaysia (UIAM) untuk program faundasi sains biologi. Entah bagaimana ajaibnya aku tetiba tahu habla habla bahasa Arab kemudian aku berjaya dapat buat program satu tahun saja hihi. Aku hanya singgah di UIA selama sebulan tapi pengalaman di situ terlekat di hati bagaikan setahun. Aku nak tukar ke bidang medik tapi agak susah kerna aku kena compete dengan senior second year untuk masuk degree medik. Sebabnya aku daripada bidang sains biologi. Nak masuk ke degree bidang medik kenalah bersaing dengan orang yang memang sedia maklum bawah bidang medik untuk dapatkan tempat. Genap sepurnama aku dapat keputusan rayuan MARA. Sekali lagi bersyukur, aku mendapat tempat di Management and Science University (MSU) untuk melalui program faundasi sains medik selama setahun di bawah tajaan MARA. So I guess rejeki aku dekat tanah air saja la kan for time being? Redha :)

Barisan akhi dan ukhti sekelas ana di CFS IIUM Petaling Jaya. Semuga ada peluang dan ruang untuk kita bertemu lagi. Amin.

Inilah 46 rakan sekelas MARA aku di MSU. They are great and amazing buddies. Cari kami di hashtag #MARA12 di Twitter. Eh.

Pengalaman aku di MSU sangat banyak. Aku mungkin tak sempat nak ceritakan semua di sini tapi apa yang pasti tahun faundasi aku di universiti banyak jugalah membuka mata aku tentang kehidupan dan persahabatan. Jangan disamakan dengan tahun-tahun aku di koleq. Tak sama. Jis dan auranya tetap berlainan sama sekali. Fasa di universiti juga mengajar aku untuk bertindak lebih matang, tak boleh selalu emosional tetapi perlu sentiasa rasional dan berfikiran lebih ke hadapan sebab masing-masing sudah beralih menjadi remaja dewasa. Okay, how's about your academic results? Kongsilah. Hahaha janganlah yu tanya pasal akademik ai. Seriously aku tak mampu weyh nak dapat 4 rata untuk ketiga-tiga semester aku di MSU. Misi gagal. Tapi syukur lah juga sebab CGPA aku okay je. Nak tahu ai dapat berapa? Hah, tak payahlah. Korang semua mesti lagi pandai daripada aku.

Selesai mengenai apa yang terjadi kepada aku selama setahun lebih ini. Sekarang aku menunggu untuk masuk degree (di MSU juga, ya) pada awal Oktober dalam Medicinae Baccalaureus, Baccalaureus Chirurgiae atau bahasa ringkasnya, Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS). Doakan aku tekad dan nekad belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi doktor bertauliah sebab aku sedar aku ini seorang pelajar yang suka terkinja-kinja bermain sana sini dan berhibur tak ingat dunia tanpa menyedari peperiksaan semakin dekat!

Nota kaki: Eh pendek kan post kau kali ini? Aku cuba untuk kurangkan merepek dan berpegang teguh kepada isi utama yang mahu disampaikan haha. Oh ya, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

Duit raya? Aku tak mampu nak bagi kat korang semua. Nantikan cerpen pada pukul 11 malam ini.

1 ulasan:

Reeza Redzuan berkata...

tahniah... Aku nye mungkin 10 tahun lagi diupdate