Berikut merupakan beberapa perkara yang dirancang bagi memastikan cuti tahun baru cina ini tidak berlalu begitu sahaja~
1) Ulangkaji pelajaran:
- Di dalam beg aku ada buku Biologi kerana aku mahu mengulangkaji lebih subjek tersebut. Bukannya aku lemah subjek itu, tetapi aku merasakan bahawa subjek ini memerlukan pembacaan yang lebih, kerana kebanyakkan teori dan faktanya perlu dihafal. Tetapi, aku berharap yang langkah menghafal ini akan menjadi senang sahaja memandangkan aku ialah seorang pecinta Bio.... hahaha
2) Buat 'homework(s)':
- Sangat crucial! Begitulah komentar diri mengenai aspek kedua ini. Sangat banyak yang perlu aku settlekan. Bermula dengan kerja Cg. Safuan (BM) dimana aku mesti menyiapkan power point presentation berkaitan cerpen Melissa. Kemudian, beralih pula kepada kajian untuk latihan Sejarah. Huish. Selain itu, diriku bakal terhempas-pulas menyiapkan kerja Modern Math dan juga Additional Math yang aku tidak gempak (aku agak lemah dalam mengira matematik, harap maklum).. Adeh, banyaknya!!!!
3) Menghasilkan kertas kerja bahas:
- Ini juga merupakan satu lagi agenda. Membuat kertas kerja untuk screen test debate bagi pelajar Tingkatan 1 dan 4 baru. Nasib baik aku sudah minta salinan kertas kerja Amir yang dia sudah siapkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Terima kasih Amir memberku, kau memang membantu!!
4) Berlatih debat:
- Aku akan berlatih untuk membina konsep dan kes berpandukan usul. Diharapkan agar aku dapat memahami usul dengan lebih mendalam di samping meningkatkan keupayaan bahasku. Selain itu, aku perlu berlatih posisi first dan third supaya aku menjadi fleksibel dalam team. InsyaAllah. (Tidak dilupakan juga pengumpulan fakta-suara Azri Rosni seolah-olah terngiang-ngiang mengingatkan..haha)
5) Berhibur sementara:
- Korang pernah dengar satu pepatah Inggeris tak? All work and no play makes Jack a dull boy atau maksudnya sentiasa bekerja tanpa satu mainan membuatkan Jack seorang budak yang bosan? Hm, inilah yang ingin aku tekankan. Sebagai manusia marhaen, aku perlukan rehat. Ya, disebalik semua kerja, aku juga mesti mengoyangkan kaki sambil menghirup secawan Milo dan juga diiringi lirikan lagu Gaga. Hahaha... Oleh itu, aku akan memastikan diriku sempat bersosial sebentar di Facebook dan membaca novel Psiko-Babo nukilan Rohman Shaary (pernah baca tak? Agak lucah strukstur ayat, tapi membuktikan kita yang dunia ghairah mampu membuka dana 'rezeki' yang luas..LOL). Aku juga akan menonton filem 'Avatar' yang sudah sekian lama aku tertinggal dan juga akan menonton lebih banyak dokumentari di televisyen agar aku tidak menjadi katak di bawak plastik.. (peribahasa baru.. maksud? Lu fikirlah sendiri)
Berdasarkan perkara-perkara di atas, itulah yang aku cadangkan. Tetapi ingat, Allah Azza Wajalla yang tentukan. Aku berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar, jika tiada aral yang berani melintang. Amin... Korang pun manfaatkanlah cuti ye!!!
Nota kaki: Aku mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tiong Hua di seluruh Malaysia yang bakal menyambutnya besok. Selamat pulang ke kampung halaman untuk menyambutnya bersama yang tersayang. Semoga Tahun Harimau memberi prosperity yang lebih ye... Gong Xi Fa Cai!!!
2 ulasan:
dun worry, latihan sejarah tu..jawapan kt buku teks je =)
hehe... ok2...
Catat Ulasan