(nama post diambil sempena perkataan German, ahaha, mungkin maksudnya tak berapa elok, tapi macam unik didengar dan ditaip :P)
Bonjour,
Yup, lama betul aku tak mengupdate blog ini. Biasalah, hidup ini memang selalunya sibuk.
Jom kita dengar beberapa cherita yang telah dan akan terjadi:
1) Aku dah janji kan hari itu untuk umum pasal results MC 7s. Here goes; Hari pertama, koleq lawan English College dan sedihnya, kalah 12-21. Selepas itu, mereka bertemu Melaka High School dan menang 24 berbalas 0. Hari esoknya, Ahad, koleq melawan Sultan Abdul Hamid College dan menang 15-10 dan sekali lagi menang ke atas Sekolah Alam Shah (SAS) dengan mata berjumlah 12-10. Koleq hanya mampu berada dalam kategori Bowl sahaja. Kemudian, koleq menentang Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) pada peringkat akhir kategori Bowl. Sayangnya, koleq terpaksa terima kenyataan dengan kekalahan kepada SDAR dengan mata 7-24 dan hanya mampu merangkul naib johan kategori Bowl.
Keputusan setiap kategori:
CUP CHAMPION - Sekolah Sukan Bandar Penawar
PLATE CHAMPION - Sekolah Tunku Abdul Rahman
BOWL CHAMPION - Sekolah Dato' Abdul Razak
SHIELD CHAMPION - Sekolah Sains Sultan Mahmud
Tahniah kepada sekolah-sekolah yang menang pada pertandingan rugbi 7 sebelah yang pertama dianjurkan di MCKK. Aku sendiri merasa suatu waktu yang seronok sepanjang weekend hari itu kerna penuh meriah. Masa MC 7s, DIGI yang murah hati ada membuat lucky draw Blackberry untuk orang ramai yang datang. Aku punyalah beli number Digi dan top up bagai semata-mata untuk mengejar impian mendapat satu BB (sadis haha). Tapi aku tak dapat pun, tuah tak menjentik aku pada masa itu. Batch aku yang berjaya mendapat BB gratis antaranya ialah Huzaimi, Budiman, Izzat, Luqman Fahmin, Iskandar dan yang paling aku cemburu, Khairusy berjaya mendapat BB Curve pada cabutan lucky draw terakhir hari Ahad.. arrrghhh!! Ingatlah beb, ini bukan syurga dimana segalanya percuma dan didapati dengan senang dan usah terlalu berharap pada suatu benda yang tidak pasti.
Itu sahaja mengenai karnival MC 7s, next year insyaAllah aku datang lagi bagi menuntut Blackberry Digi HAHAHA
2) Aku nak cherita sikit tentang ujian selaras satu. Keputusan yang diperoleh (waima bukan semua), sangatlah teruk semacam jugalah. Macam biasa, aku masih ada masalah dengan Matematika Tambahan, Fizik dan antara subjek yang mula menunjukkan pengurangan dari segi markah ialah Kimia dan Sejarah. I need to force myself to do something for the sake of my SPM. Doa-doakan aku dapat berubah.
3) Aku baru sahaja pulang dari Biro Tatanegara versi lanjutan. Kali ini, program BTN dibuat di Pulau Pangkor. Seronok gila! Aku dapat merasai mendayung kanu (canoe, asal macam pelik je dalam BM, ah, lantaklah haha) dari pulau ke pulau, berenang dalam air laut yang jernih, luka tangan dan kaki disebabkan barnacles (sakit doe, macam paku), tidur dalam pasir dan banyak lagi pengalaman yang aku ingin melakukannya sekali lagi. Syukur sebab masa ini, aku menikmati BTN sepuas-puasnya bagi melupakan masalah dan kerja bertimbun di koleq...hahaha..suatu periode terapi untuk menghilangkan stress.
4) Hal-hal lain:
- Warta KPKM, The Union telah selamat diterbitkan edisi ulungnya semalam oleh Amir Norman, Exco Penerangan dan kira gempak juga kot sebab kali pertama diterbitkan dalam keadaan berwarna dan dicetak pada kertas yang lebih berkualiti.. namun destinasi warta selepas dibaca sama ada ke dalam tong sampah ataupun disimpan kemas dalam loker itu merupakan persoalan yang subjektif lah ye :D
warta KPKM 2011
- Bermula petang Jumaat ini hingga minggu depan bermulalah cuti sekolah bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 untuk bulan 3. Eh, di manakah pelajar Tingkatan 5? Buat pengetahuan semua, kami diberi pakej penginapan selama 3 hari 2 malam di Kolej Melayu hingga hari Ahad untuk kelas tambahan SPM.. tak mengapa, kira best jugalah vacation kat koleq, kan? ;)
- Hari Khamis akan diadakan larian merentas desa untuk menebus markah peperiksaan yang bertaraf cikai mengumpul mata rumah sukan dan menyihatkan badan pelajar koleq (terutamanya penulis yang suka escape games hour haha). Harap-harap aku tak pengsan di tengah jalan sebab trek larian ditambah kepada 6 kilometer. Cikgu, ketahuilah, saya bukanlah tough sangat pun -.-
- Pada kesempatan ini juga, aku nak ucap selamat berjaya untuk pasukan bola keranjang yang akan bertolak ke pertandingan North Zone. Cagers, roar as one and do your best!!! Sayu juga sebab debat tak buat dah peringkat north zone, kalau tidak, bolehlah ikut sekali diorang.
Tuntasnya, walau apa jua yang hidup berikan kepada anda, tidak kiralah se-scheiße mana pun, buktikan anda mampu mengharungi semuanya dan jangan hanyut dalam lembah kecelakaan.. semoga kita sama-sama berjaya dalam dunia yang penuh dengan godaan modenisme yang melampau..amin~
(sekali lagi, konklusi mesti tiada kaitan dengan isi post..haish)