Sabtu, 9 Januari 2010

Trek Vista


Jalanku masih jauh,
Tidak mungkin tamat sekarang,
Liku semakin bertambah,
Membuat diriku bergetar gelabah,
Sedangku berlari di trek drama hidup,
Kadang kala ku dicerca dilempar duri,
Kerana lambat menggerakkan kaki.
Tidak kurang dipuji hujanan bunga,
Dek masih mampu berlari sentiasa,
Trek ini masih tiada penghujung,
Aku tau kerna penamatnya belum kelihatan,
Demikian tekadnya,
Begitu juga harapan, seyogia
Mimpi dan segala...
Bersumpah demi nadi dan kalbu yang menjiwai,
Akan ku habiskan trek ini,
Sehingga nafasku terhenti,
Noktah buat selamanya...

Tiada ulasan: