Makhluk manakah yang sanggup membunuh ibu bapa?
Yang tidak segan membuang janin sendiri?
Yang sanggup menfitnah rakan sendiri untuk kepentingan diri?
Yang dengan beraninya memuja syaitan?
Siapa? Siapa? Siapa?
Ya, betul... siapa lagi kalau bukan manusia...
Perkara ini terfikir sejenak dalam jiwa aku. Kadang-kadang pelik juga memerhatikan gelagat manusia yang semakin hari, semakin teruk, menjadi lebih teruk daripada haiwan, yang aku rasakan sometimes lebih baik daripada spesies kita. Apakah yang sebenarnya terjadi? Fikiran aku terdetik bahawa dunia ini hampir ke penghujungnya. Dan aku juga merasainya, banyak halangan dan dugaan syaitan laknat mengusik perjalanan hidupku. Oh, susah!
Aku masih ingat semasa aku kecil, aku benar-benar 'verangan' untuk menjadi binatang, selalunya seekor kucing.
"Kenapa aku tak diciptakan sebagai seekor kucing? Boleh buat apa saja tetapi tiada dosa, senang menuju syurga!!"
Bagiku, menjadi kucing sangat menarik. Kita boleh buat apa sahaja, termasuk bersantai sepanjang masa, tanpa memikirkan masalah hidup + pelajaran + tension yang menjerat jiwa. Sebagai kucing, aku dengan seronoknya dapat bersenang-lenang, tidak perlu memikirkan tentang pahala dosa. Hm, alangkah gembiranya hati!
Seekor kucing, lirikan matanya yang jelas menunjukkan kebebasan berbanding manusia..
Pengajaran di sini:
1) Apa yang telah tercatat untuk kita (suratan takdir) merupakan perkara yang terbaik untuyk kita, yang diberikan daripada Yang Maha Kuasa.
2) Kita mungkin berasakan menjadi haiwan kesukaan @ kucing atau menjadi individu lain sebagai sempurna, tetapi, cuba kita renungkan, kenapa Allah jadikan kita manusia, bukan kucing mahupun hamster? Mungkin kita dilahirkan dengan satu keistimewaan, yang akhirnya mengubah dunia, bukankah begitu? :)
3) Kita, sebagai manusia, harus bertindak sebagai manusia, yakni menjaga sifat-sifat kita yang berperikemanusiaan, bukannya bersealiran mahupun lagi teruk daripada binatang, bahkan juga iblis. Jangankan pula diri kita disamakan dengan tindakan sesetengah binatang, yang jelas teruk, hina dan jijik.4) (...yang tersirat..) Hargai setiap detik yang berlalu.. Live life like we're dying...
....berdoa agar tuannya tidak cemburu dengan kehidupannya yang liberal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan