Selasa, 19 Januari 2010

Prasangka


Prasangka buruk,
Menerjah terpa minda,
Sebaik kelihatan,
Seorang tua,
Berbaju koyak hina,
Berseluar senteng copang,
Serta muka berkedut tua,
Jijik nafsumu berbisik,
Jauh sekali rasa sayu mendayu,
Dan empati penuh simpati,
Begitulah norma manusia,
Dek hanya zahiriah,
Katanya,
Menyuluh terus batiniah,
Sebenarnya,
Baju kotor, kulit yang hitam,
Harta yang tohor, kaki kelam,
Tidak melambangkan hati,
Jiwa mahupun nurani,
Sebaliknya,
Prasangka tohmahan fitnah fikiran,
Lebih hina jika,
Menista orang sesuka rasa, sesedap bicara,
Bukankah sedemikian?


- Dalam sajak ini, penulis menggambarkan sifat manusia yang membabi buta berprasangka buruk terhadap seseorang, tanpa menyelidik terlebih dahulu. Manusia, yang penuh sifat egoistik, seringkali merasakan dirinya lebih baik. Bangga dengan segalanya. Tapi hanya sedikit yang sedar, yang segalanya berpunca daripada Yang Maha Kuasa.

- Semoga kita semua terhindar daripada sifat bangga diri. InsyaAllah, kerana aku juga pernah melakukan dosa itu, dan efeknya, sungguh...menyesalkan. Ingat, Allah Maha Adil. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tak berguna saja.


2 ulasan:

Syafiq Hamidan berkata...

Tapi kan, kadang-kadang kita tidak boleh nak salahkan mereka... Kerana mereka mungkin jahil dan tidak mengetahui...

On the other side pula, sememangnya ia satu fakta yang manusia dicipta dengan keegoan dan sifat bangga yang tinggi.. Cuma, kita jer yang tak perasan..

"Sering merasakan diri mereka lebih baik"
Sebenarnya, sifat ini boleh dimanipulasikan dengan menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuk diri sendiri. Sifat ini ada pentingnya terutama dalam membina keyakinan bahawa kita akan melakukan lebih baik daripada apa yang orang lain lakukan. Masalah hanya timbul apabila wujudnya rasa rendah diri yang terus membunuh keyakinan dan kemampuan yang dimiliki..

"Bangga dengan segalanya"
Tidak salah untuk berbangga.. Asalkan kita kembali berpijak di bumi yang nyata.. Bangga itu juga kalau dimanifestasikan dalam bentuk positifnya, akan membentuk maruah diri (pride) dan identiti yang tersendiri. Contoh termudah, banggakan sekolah bermakna kita menyelamatkan maruah dan identiti sekolah kita daripada kritikan orang lain... Cuma, jangan berlebihan dan pandailah menilai kebenaran dan kebatilan...

Sangka buruk pula ada juga baiknya. dalam arabnya kita panggil Su'uzon. Lawannya "husnuzon" (bersangka baik). Dalam englishnya kita panggil curiosity.. Tak salah bersangka buruk, sebab dalam dunia sekarang ini, kita tidak boleh mempercayai semua orang. Doubting is good because it helps to assure the safety and the quality of a thing so that we can trust.. Memanglah tidak baik untuk bersangka buruk.. Tapi, disebabkan keadaan tidak mengizinkan...

p/s: sebenarnya, benda yang buruk itu boleh dimanipulasikan menjadi sesuatu yang baik.. Maka, ia bukanlah satu penafian mutlak kepada kebaikan, kerana sebenarnya ia mampu menyumbang ke arah kebaikan, terutama dalam membangunkan diri sendiri...
~sekadar memberi pendapat~

Luqman Din berkata...

oh... begitu..
sy faham.. tetapi kalau banyak sangat bersangka buruk kadangkala memudaratkan diri sendiri juga kan? Kita dilatih untuk menjadi optimistik, bukan hanya berpesimistik sahaja. Kita tidak boleh banyak ber-doubting, kerana nanti melahirkan prasangka yang akan terbawa-bawa. Tapi, sy setuju la dengan pernyataan diaatas.. pembangkang menang! hahahaha
~sekadar memberi respons~