Kita pun macam itu jugalah. Kadang-kala tersalah faham sesuatu perkara. Sampai ada kes bergaduh dan menengking sebab ingat orang mengutuk dia, padahal orang hanya bergurau sajorh. Huhu, macam-macam la dunia!
Sabtu, 23 Januari 2010
Lelaki Itali Yang Salah Faham
Hoit, rasanya korang pun dah tengok video ni. Hahaha, pertama kali aku usha, memang lawak geLL. Ketawa tak ingat dunia. Bukan apa, tapi, kerenah lelaki itu memang best, dek kerana salah faham..
Kita pun macam itu jugalah. Kadang-kala tersalah faham sesuatu perkara. Sampai ada kes bergaduh dan menengking sebab ingat orang mengutuk dia, padahal orang hanya bergurau sajorh. Huhu, macam-macam la dunia!
Kita pun macam itu jugalah. Kadang-kala tersalah faham sesuatu perkara. Sampai ada kes bergaduh dan menengking sebab ingat orang mengutuk dia, padahal orang hanya bergurau sajorh. Huhu, macam-macam la dunia!
Cerita Kucing
Satu soalan...
Makhluk manakah yang sanggup membunuh ibu bapa?
Yang tidak segan membuang janin sendiri?
Yang sanggup menfitnah rakan sendiri untuk kepentingan diri?
Yang dengan beraninya memuja syaitan?
Siapa? Siapa? Siapa?
Ya, betul... siapa lagi kalau bukan manusia...
Perkara ini terfikir sejenak dalam jiwa aku. Kadang-kadang pelik juga memerhatikan gelagat manusia yang semakin hari, semakin teruk, menjadi lebih teruk daripada haiwan, yang aku rasakan sometimes lebih baik daripada spesies kita. Apakah yang sebenarnya terjadi? Fikiran aku terdetik bahawa dunia ini hampir ke penghujungnya. Dan aku juga merasainya, banyak halangan dan dugaan syaitan laknat mengusik perjalanan hidupku. Oh, susah!
Aku masih ingat semasa aku kecil, aku benar-benar 'verangan' untuk menjadi binatang, selalunya seekor kucing.
"Kenapa aku tak diciptakan sebagai seekor kucing? Boleh buat apa saja tetapi tiada dosa, senang menuju syurga!!"
Bagiku, menjadi kucing sangat menarik. Kita boleh buat apa sahaja, termasuk bersantai sepanjang masa, tanpa memikirkan masalah hidup + pelajaran + tension yang menjerat jiwa. Sebagai kucing, aku dengan seronoknya dapat bersenang-lenang, tidak perlu memikirkan tentang pahala dosa. Hm, alangkah gembiranya hati!
Ironinya, bila masa beransur masa, hari berganti hari, tahun bersilih tahun, aku sepertinya berubah pendapat. Haha (giler tak de stand :P).. Kini, bila difikirkan semula, kalau aku dijadikan sebagai kucing, tak dapatlah aku merasa pengalaman berdebat, menggunakan Facebook, masuk ke koleq, mahupun menulis blog ini. Hahahaha... oleh itu, aku rasa seronok pula bila dilahirkan sebagai manusia.
Pengajaran di sini:
1) Apa yang telah tercatat untuk kita (suratan takdir) merupakan perkara yang terbaik untuyk kita, yang diberikan daripada Yang Maha Kuasa.
4) (...yang tersirat..) Hargai setiap detik yang berlalu.. Live life like we're dying...
Makhluk manakah yang sanggup membunuh ibu bapa?
Yang tidak segan membuang janin sendiri?
Yang sanggup menfitnah rakan sendiri untuk kepentingan diri?
Yang dengan beraninya memuja syaitan?
Siapa? Siapa? Siapa?
Ya, betul... siapa lagi kalau bukan manusia...
Perkara ini terfikir sejenak dalam jiwa aku. Kadang-kadang pelik juga memerhatikan gelagat manusia yang semakin hari, semakin teruk, menjadi lebih teruk daripada haiwan, yang aku rasakan sometimes lebih baik daripada spesies kita. Apakah yang sebenarnya terjadi? Fikiran aku terdetik bahawa dunia ini hampir ke penghujungnya. Dan aku juga merasainya, banyak halangan dan dugaan syaitan laknat mengusik perjalanan hidupku. Oh, susah!
Aku masih ingat semasa aku kecil, aku benar-benar 'verangan' untuk menjadi binatang, selalunya seekor kucing.
"Kenapa aku tak diciptakan sebagai seekor kucing? Boleh buat apa saja tetapi tiada dosa, senang menuju syurga!!"
Bagiku, menjadi kucing sangat menarik. Kita boleh buat apa sahaja, termasuk bersantai sepanjang masa, tanpa memikirkan masalah hidup + pelajaran + tension yang menjerat jiwa. Sebagai kucing, aku dengan seronoknya dapat bersenang-lenang, tidak perlu memikirkan tentang pahala dosa. Hm, alangkah gembiranya hati!
Seekor kucing, lirikan matanya yang jelas menunjukkan kebebasan berbanding manusia..
Pengajaran di sini:
1) Apa yang telah tercatat untuk kita (suratan takdir) merupakan perkara yang terbaik untuyk kita, yang diberikan daripada Yang Maha Kuasa.
2) Kita mungkin berasakan menjadi haiwan kesukaan @ kucing atau menjadi individu lain sebagai sempurna, tetapi, cuba kita renungkan, kenapa Allah jadikan kita manusia, bukan kucing mahupun hamster? Mungkin kita dilahirkan dengan satu keistimewaan, yang akhirnya mengubah dunia, bukankah begitu? :)
3) Kita, sebagai manusia, harus bertindak sebagai manusia, yakni menjaga sifat-sifat kita yang berperikemanusiaan, bukannya bersealiran mahupun lagi teruk daripada binatang, bahkan juga iblis. Jangankan pula diri kita disamakan dengan tindakan sesetengah binatang, yang jelas teruk, hina dan jijik.4) (...yang tersirat..) Hargai setiap detik yang berlalu.. Live life like we're dying...
....berdoa agar tuannya tidak cemburu dengan kehidupannya yang liberal
Selasa, 19 Januari 2010
Prasangka
Prasangka buruk,
Menerjah terpa minda,
Sebaik kelihatan,
Seorang tua,
Berbaju koyak hina,
Berseluar senteng copang,
Serta muka berkedut tua,
Jijik nafsumu berbisik,
Jauh sekali rasa sayu mendayu,
Dan empati penuh simpati,
Begitulah norma manusia,
Dek hanya zahiriah,
Katanya,
Menyuluh terus batiniah,
Sebenarnya,
Baju kotor, kulit yang hitam,
Harta yang tohor, kaki kelam,
Tidak melambangkan hati,
Jiwa mahupun nurani,
Sebaliknya,
Prasangka tohmahan fitnah fikiran,
Lebih hina jika,
Menista orang sesuka rasa, sesedap bicara,
Bukankah sedemikian?
- Dalam sajak ini, penulis menggambarkan sifat manusia yang membabi buta berprasangka buruk terhadap seseorang, tanpa menyelidik terlebih dahulu. Manusia, yang penuh sifat egoistik, seringkali merasakan dirinya lebih baik. Bangga dengan segalanya. Tapi hanya sedikit yang sedar, yang segalanya berpunca daripada Yang Maha Kuasa.
- Semoga kita semua terhindar daripada sifat bangga diri. InsyaAllah, kerana aku juga pernah melakukan dosa itu, dan efeknya, sungguh...menyesalkan. Ingat, Allah Maha Adil. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tak berguna saja.
Sabtu, 9 Januari 2010
Trek Vista
Jalanku masih jauh,
Tidak mungkin tamat sekarang,
Liku semakin bertambah,
Membuat diriku bergetar gelabah,
Sedangku berlari di trek drama hidup,
Kadang kala ku dicerca dilempar duri,
Kerana lambat menggerakkan kaki.
Tidak kurang dipuji hujanan bunga,
Dek masih mampu berlari sentiasa,
Trek ini masih tiada penghujung,
Aku tau kerna penamatnya belum kelihatan,
Demikian tekadnya,
Begitu juga harapan, seyogia
Mimpi dan segala...
Bersumpah demi nadi dan kalbu yang menjiwai,
Akan ku habiskan trek ini,
Sehingga nafasku terhenti,
Noktah buat selamanya...