Ahad, 4 September 2011

Raya + Merdeka (Part 2)

Daripada Part 1...

Suria memancar terik, jelas terzahir kegembiraan bagi mereka yang serik menanti sekian lama

Syahadan, pagi esoknya itu tiadalah bangun aku untuk sahur (apa ke bangang manusia bangun sahur pagi raya en? -.-). Mentari raya menyinar suluh di celah bukit bukau, benak cahayanya menyorot wajah kegembiraan merai Syawal. Gosh, pagi ini aku hampir-hampir terlepas solat sunat Aidilfitri sebab terlambat. Mandi sunat lama la katanya. haha. Nasib baik masa sesampainya di masjid, Tuk Imam tengah bagi taklimat instruksi solat sunat raya. fuhhh lega den. Tengah-tengah syok dengaq khutbah, tetiba meletup mercun bola tak jauh dari pekarangan masjid. Darn! Hampa gila ka apa pagi-pagi ghaya ni?! Tersentak aku semasa berdoa tadi -.- The good thing is, Tuk Imam tak melatah haha :D

Lepas solat raya, berjalan ke rumah sepupu untuk sesi fotografi, menambah koleksi potret raya setiap tahun. Tiap-tiap tahun memang wajib punya tangkap gambar. Boleh buat posing baju raya baru kan? haha. Itulah -mungkin- antara objektifnya. Usainya segmen fotogedik fotogenik, bergerak ke makam my ancestors (ceh, over ayat BI). Orang kita memang macam ini kan, bila raya je baru nak ingat kubur. Sebenarnya kubur tu bukan buka setahun sekali saja, setiap masa ada tersedia. Kalau hang rasa nak pi kubur tengok makam sanak saudara dan atuk nenek, pi je la bila-bila masa, toksah tunggu hari raya. Amboi, hampa ingat hari raya ke baru kubur buat open kubur? -.-

kids today, segala benda perlu dihebohkan satu Twitter~

Balik lepas berziarah di rumah pakcik dan makcik serta rumah kawan lama aku, Farizuan, aku terus tertidur kepenatan. Tapi bersyukur juga dapat seamaun duit raya. haha. Ingatkan dah naik 17 tahun dah masuk invalid age untuk terima duit raya ini, tapi persepsi aku songsang juga :D Mungkin muka seposen aku semasa bersalam raya juga menjadi pemangkin pemberian duit raya haha who knows? Malam raya kedua yakni malam kemerdekaan, barulah aku ada tenaga nak pergi rumah sepupu perempuan aku (chewah). Sambil makan laksa sambil itulah juga aku ketawa bersama dengan sepupu sebab tengok cherita Kisah Andartu Cari Suami apa tah di kaca TV. Suasana di luar, mercun dan firework meletup-letup. Yeahh, esok merdeka bang!!

aku dah berazam nak raya sambil kibar bendera. yea, patriotik dalam raya-tik :D

Esoknya kami sekeluarga pergi open house rumah maksu aku. Ramai juga yang datang, termasuk paklang, makngah dan makcik aku. Havoc sikit haha. Masa inilah aku juga nenda aku. Lama dah tak jumpa sebab duduk asrama la katakan. By the way, sesi mengumpul duit raya masih juga diteruskan hehe. Alang-alang ramai ahli famili balik ini, ambillah peluang kan? (teruk betul sifat materialistik haihh).  Petang itu baru aku ada masa nak lawat rumah-rumah jiran especially sepupu-sepupu jauh aku. Aidilfiltri memang masa yang sesuai untuk eratkan silaturrahim. Ada kalanya orang itu hanya kita jumpa setahun sekali je sebab kekangan kerja, sekolah dan masa yang tidak mengizinkan. Maka, janganlah online dalam bilik atau terkangkang je depan TV itu, rajin-rajinlah berziarah semasa Syawal ini :) Mana tahu kita tak berkesempatan dah nak berjumpa tahun hadapan.

Restoran wajib aku bila balik Pearl Lace :D

Malam itu makan malam bersama-sama keluarga di Restoran Rusnani Beseri haha. Keluarga Deen mengambil modus operandi ini untuk menyambut hari kemerdekaan negara bersama dan juga sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan instituisi kekeluarga (objektif ini aku je yang pandai-pandai reka, harap maklum). Best gila dapat makan satu famili. Well, masa cuti saja yang terluang untuk buat aktiviti ini. Sambil-sambil itu boleh bertukar cherita sesama ahli keluarga. 

(gambar hiasan) Masa tunggu order sempat lagi dengar Korean pop. Bukannya nak dengar lagu raya. Again, kids today -.-

In an African coconut shell, konklusinya aku seronok menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Semoga Syawal yang datang ini memberikan kita masa terbaik untuk menjalin silaturrahim yang lebih rapat dan juga dijadikan periode terbaik untuk kemaafan dan juga kesyukuran. Semoga kita dapat berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun depan. InsyaAllah. Sekian diari Raya aku, korang pula bagaimana?

Kamera rosak raya pertama. Gambar ini pula diambil raya keempat. Hebak semangat hebak :D

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, OUTER SERTA INNER
+
HAPPY MERDEKA MALAYSIA!


P/S - Esok balik koleq. Cis, terasa sekejap benar cutinya. Anyway, trial JPN usah dilupa cik kak. Godspeed! :D

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

restoran tu best ke? terasa nak jln2 cari makan pulak =)

Luqman Din berkata...

boleh tahan la. kalau makanan thai dia masak sedap :)