Rabu, 6 April 2011

C'est la vie, mon chéri

muka bajet tension, gagal dapat mata lebih dalam sukantara

Bonjour,

Seperti biasa. Peng-update-an blog tergendala seketika. Aku sibuk dan secara seriusnya, aku dah lama tak berFacebook atau berfoya di laman maya bagai.

Entri ini ditulis untuk merumuskan beberapa perkara, iaitu:

1) Keberangkatan aku ke Hari Kebudayaan Bahasa Perancis (HKBP) dua minggu lepas, hari Jumaat, Sabtu serta Ahad di Sekolah Menengah Sains Selangor. Sebenarnya hajat di hati hendak menulis dalam bahasa Perancis (dan jika tertunai, ini akan menjadi entri pertama yang menggunakan bahasa asing tersebut), tetapi setelah difikirkan kembali, rasanya tak perlu kot, memandangkan nanti menjadi masalah untuk para pembaca menafsir setiap perkataan. Dan satu perkara lagi, aku dah lupa banyak benda dalam bahasa Perancis :P

Aku pergi ke HKBP atas dasar untuk mengambil hadiah DELF B1. Alar, markah 66 je tapi bersyukurlah juga kerana dapat nombor 3 Malaysia. Alhamdulillah~ Aku pergi ke sana dengan 7 orang budak koleq yang lain, tingkatan 5, batch aku: Iqbal Had, Syahimi dan Ahmad Nazrul, tingkatan 4: Afi Basysyar, Nik Faiq dan Rifqi G (trio budak orkes) dan seorang saja budak tingkatan 3, Qhaliff yang pada mulanya kami bersetuju untuk menjadikan dia hamba abdi sepanjang program berlangsung. HAHA, kejam syal.

Rumusan HKBP:
Masa kami hendak pergi sana iaitu pada hari Jumaat, kesesakan lalu lintas menyebabkan kami tersekat lama di atas jalan raya dan baru aku sedar, aku mula membenci KL yang sesak. Sesampainya kami di Sekolah Menengah Sains Selangor, jam sudah berdetik menghampiri angka tujuh petang -.-

Malam itu ada ice breaking dan aktiviti HKBP dimulai. Pada masa yang sama, malam itu juga diadakan kuiz 'Allons A France' dan aku cuba-cuba masuk. Pemenang kuiz ini (seorang sahaja) akan diterbangkan ke Perancis untuk menikmati percutian gratis yang ditaja sepenuhnya. Wow! Best gila beb, siapa yang tak nak.

Sabtu. Hari kedua. (Mengenai subuh di surau tidak perlu dipersoalkan ye -__-")

Hm, hari ini hari utama HKBP sebab kebanyakan aktiviti diadakan hari ini. Aku masuk lawatan ke muzium yang dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Perancis. Kagum aku tengok ada sukarelawan Perancis itu yang cuba menerangkan fakta dalam bahasa Melayu. Kagum sebab walaupun mereka orang asing, tetapi mereka cuba untuk berbahasa kita, namun kita sendiri pun jarang memperjuangkan bahasa ibunda sendiri (termasuklah aku haish). Selepas lawatan itu, aku terkejut yang amat sebab aku terpilih untuk saringan kedua kuiz pergi Perancis itu dan...

Saringan itu dibuat dalam bentuk pertandingan badminton. Wei, for sure la aku kalah sebab aku mana reti nak main badminton pun. Korang cakap la apa pun, lemah ke, sayur ke atau apa-apa je lah, tapi aku bab-bab sukan ini memang tahap cikai  =.='

Hatta ramalan Nostradamus memang benar, aku kalah HAHA. Sudah, lupakan saja impian untuk ke Perancis, babe~

Malam Sabtu itu diadakan malam penutup dan makan malam HKBP. Masa inilah aku dapat hadiah DELF B1 aku. Hadiahnya berupa sijil, medal DELF, dan buku serta CD muzik artis Perancis. Adoyai, aku ingatkan duta Perancis nak beri Ipod Touch setiap seorang top scorer DELF (kantoi materialistik di situ haha). Best juga sebab aku berpeluang untuk jumpa mereka yang dapat hadiah sekali dengan aku. Dapat berkenalan dengan Eva Maria, pelajar Sainsku, Nur Elina, dari SEMASHUR, pelajar dari Penang Free School, TKC, dan lain-lain.

Esoknya Ahad, dan kami pun balik. Selesai HKBP 2011 yang juga merupakan tahun ketiga aku pergi HKBP :P

2) Back on track.
Tempias kejatuhan ujian Selaras Satu masih terasa tamparannya. Aku sekarang ini telah me-limitkan segala macam perkara yang melalaikan (Facebook berada di tangga pertama dalam list) dan mula memaksa diri untuk belajar dengan lebih. InsyaAllah, aku tak mahu titik hitam itu kembali mencalit kembali. Aku harap aku mampu bangkit kembali untuk SPM.

3) Bulan empat yang tenat dan penat
Yup, April ini akan menjadi antara bulan yang sibuk. Pelbagai benda perlu dibuat, bermacam silabus perlu diulangkaji untuk peperiksaan pertengahan tahun. Oleh itu, jikalau proses peng-update-an blog tergendala kembali, mohon maaf ya :)

Itu sahaja, adios guys. Take care, kerna dirimu begitu berharga =)

I'm gonna drink my tears tonight,
I'm gonna drink my tears and cry,
Cause I know I can get through this,
Of how unpredictable life is.

2 ulasan:

Syazween Farisya Hasan berkata...

ganbate!!chaiyok2!

Hayla berkata...

bahasa perancis?what the?

BM aku pun masih terkial-kial.