Khamis, 24 Februari 2011

MCKK Premier 7s


Bonsoir,

Okay, exam aku dah habis selepas seminggu berpenat lelah bertungkus lumus menjawab soalan-soalan yang adoyai, susah gila bagi aku yang malas ini..huhu..aku harap aku dapat at least 6A la exam ini, insyaAllah.

Guys, aku nak mengajak korang semua datang ke Kuala Kangso hujung minggu ini bagi memeriahkan perlawanan rugbi antara sekolah-sekolah setiap negeri di Malaysia dan satu sekolah dari Thailand. Sekolah aku akan mengadakan perlawanan rugbi MCKK Premier 7s yang turut dikuasakan oleh Digi. Semua sekolah akan bertanding untuk merebut piala NJ Ryan, sempena nama mantan pengetua 'koleq'.

Senarai kumpulan dan pasukan sekolah yang bertanding~

Agak hecticla hujung minggu ini, perancangan aku untuk fly ke Ipoh outing melepaskan stress selepas exam terpaksa dibatalkan haha.. So, hujung minggu ini, meluangkan masa dengan melawat karnival jualan yang sedia ada, menonton perlawanan rugbi dan bergumbira dengan rakan-rakan.

Aku juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Streamyx yang verjaya memasang connection Internet free di dormitori pelajar Tingkatan 4 dan 5 di Big School.. haha, aku boleh online di dorm lepas ini :D

 Pelan, takut korang sesat :)

Lastly, I urge all of you to come to Kuala Kangso this weekend and sama-sama kita memeriahkan perlawanan rugbi yang dijangka meriah ini. Buat yang tidak mampu datang, tidak mengapa, nanti aku update results...

Till then, good bye!!

-Untuk maklumat lanjut, jangan malas untuk melayari mckk punya laman web.

3 ulasan:

Unknown berkata...

asl tetiba ad nme SKOLA TINGGI BUKIT MERTAJAM???ISHHHHHH..x bley jdi nie cik din....wakakaka..XD

Unknown berkata...

sorry x dpt dtg..ada mid sem exam..

Tanpa Nama berkata...

kantoi lar terjumpa hari tu. hahahhaa.