Isnin, 31 Januari 2011

Lagu Dalam Playlist

Bonsoir,

Update juga blog ini. *ketawa kecil*

Kali ini aku nak kongsi beberapa lagu yang tersemat pada list lagu dalam playlist aku buat masa ini. Beberapa lagu ini dipilih atas faktor peribadi, tiada kaitan dengan pendapat siapa-siapa. Ok, jom usha satu persatu:


FIREWORK oleh Katy Perry: [video]

Sememangnya lagu berunsur motivasi ini aku letak dahulu dalam list. Rentak dan lirik yang diadun merdu membuatkan adrenalin aku mengalir lebih laju bersama semangat yang masyuk. Bait 'Baby, you're firework, come on show them what you're worth' meninggalkan kesan efektif pada kehidupan seharianku..haha..over syal...




ROCKETEER oleh Far East Movement: [video]

Lagu Rocketeer ini secara tak sengaja telah direcommend oleh seorang rakanku dalam dorm. Sekali dengar lagu ini, terus aku jatuh cinta untuk mendengarnya sekali lagi (dan lagi :P). Tak banyak rapping dan yang paling best liriknya yang manis.





THE TIME (DIRTY BIT) oleh Kacang Mata Hitam: [video]

Ouh, lagu kelahiran semula (I've Had) The Time of My Life 1987 oleh   Bill Medley dan Jennifer Warnes. Black Eyed Peas mengambil korus lagu tersebut untuk dimuatkan dalam lagu The Time ini. Aku dengar-dengar lah juga lagu ini. Best kot :)




WHAT THE HELL oleh Avril Lavigne: [video]

Catchy, dance-enabling dan gleeful tune.. Itu yang boleh aku hurai pasal lagu baru Avril ini. Sedap didengar semasa sedang seronok dan aku memang suka lagu ini walau ada yang kritik alunan lagu yang tidak merdu berbanding lagu-lagunya sebelum ini. So, what the hell?? Ada Avril kesah??




JAR OF HEARTS oleh Christina Perri: [video]

Ok, lagu ini nadanya slow and steady, berbeza dengan lagu cik Avril tadi. Sesuai untuk didengar masa jiwang..hahaha.. Aku terdengar lagu ini masa tengah drive dalam kereta, terkesima juga la.





GRENADE oleh Bruno Mars: [video]

teehee~ hahaha, Huzaimi oi, memang best la lagu ini. Lagu ini diminati sungguh oleh kawan aku, Huzaimi dan dia sangat down apabila mendapati tiada lagu Grenade dalam hensetku. Aku tahu ramai juga yang suka lagu Bruno ini. Melayan perasaan kan?? *wink*






FUCKIN' PERFECT oleh P!nk: [video versi bersih]

Lagu Pink yang baru ini memang mantap. Ada dua, versi bersih dan versi kotor kurang bersih. Apapun, lirik lagunya yang ingin aku tekankan. Menyelitkan mesej motivasi untuk mereka yang berasakan tiada lagi harapan dalam hidup mereka serta memerlukan sokongan. Pink memang ada caranya untuk tarbiah orang. Respect ahh kau Pinky!! ^_^ [aku cadangkan juga lagu Raise Your Glass]


CALIFORNIA KING BED oleh Riri a.k.a Rihanna: [tak dak video]


Aku seriously layan tune jiwang ini. Akak Rihanna memang pandai bab-bab membuat lagu, part jiwang dia buat jiwang betul. Lagu pasal merindui temannya yang berjauhan. Sesuai bagi mereka kat oversea...haha..





HOLD IT AGAINST ME oleh Britney Spears: [video katanya tengah shooting, kan Brit?]

Siapa tak kenal Britney ini, alar, lagunya marcapada sering berkonotasi nada menggoda (dan mungkin sundal). Tak hairanlah lagu Hold It Against Me ini termasuk juga dalam kategori ini. Tapi aku tengok pada rentak lagu yang catchy, itu yang buat aku letak lagu ini dalam playlist aku. Ada yang tak setuju? Lantakla hampa~


PLUG IN BABY oleh Muse: [video]

Waa, tak sah kalau tiada lagu Muse dalam playlist. Aku memang minat lagu-lagu diorang. Lagu ini walau lama, masih segar dalam minda aku. Aku suka vokal Matt Bellamy menyanyikan setiap baris lirik Plug In Baby dengan jayanya. Tak lupa juga Dominic yang main drum. Yeah!






Sekian~ Ada banyak lagi lagu dalam playlist aku tetapi tak kan la aku nak review 100 lagu dalam post ini, ye idak?? Korang ada lagu baru dan lama yang hendak dikongsi ke? Mai la sini :D

Mungkin ada yang tanya, mana Lady Gaga wei?? ahaha, kau tunggu la 13 Februari ini untuk tengok sama ada Born That Way elok atau tidak ;)

P/S- Penulis TIDAK akan bertanggungjawab pada content video atau lirik lagu yang melanggar norma kehidupan pembaca mahupun melahirkan rasa tidak suka dan benci atas pemilihan lagu yang tidak menetapi cita rasa pembaca. Segalanya ialah pendapat pembaca. Sebarang keprejudisan yang ditunjukkan adalah dikesali.

5 ulasan:

Hayla berkata...

kalau org perempuan layan lagu grenade mcm pelik ke?

Syafiq Hamidan berkata...

Seriously... right now, for every time I listen to Rocketeer, I will remember you... ALWAYS...~

ahaha...~

Luqman Din berkata...

Hayla- yeke?? tengok kat luar tu ramai je yang layan.. ahaks~

SH- haha.. thanx.. best kot lagu tu :D

Nobita Sensei berkata...

aiseh..raihan takde ke?

Luqman Din berkata...

ayoo.. tersentap jap -.-