Selasa, 18 Januari 2011

Aku Form 5

Bonsoir,

Huah!!! Lama gila aku tak update blog ini. Bersawang sudah~

Aku harap tak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2011 (walaupun dah nak masuk bulan Februari haha). Semoga tahun baru ini, kita akan mendapat kejayaan yang lebih melimpah ruah dan menjadikan tahun 2011 satu lagi tahun yang bermakna buat hidup kita.

Okay, just wanna tell you all beberapa perkara:

1) Aku sudah form 5, itu sudah pasti.. meaning this is my last year at MCKK. Lepas ini, aku akan ambil SPM aku dan blah dari koleq. *sedih* Oleh itu, aku tak nak sia-siakan tahun terakhir aku di sini.

2) Aku masuk kelas 5 Sains 1, alhamdulillah.. Aku memang worship adore sangat kelas ini since I was form 1. Orang kata kelas gempak (aku harap aku pun dapat jadi gempak juga la).

3) Dorm koleq untuk menengah atas dah campur. So, form 4 dan form 5 hidup sekali. Janggal bagi aku untuk bergaul dengan form lain sebab dah 4 tahun dengan batch 0711 je. But will try to mingle with them.. haha

4) Aku on the way belajar berenang.. huhu.. harap aku mampu~

5) Overall, beberapa minggu pertama sebagai form 5 ini sangat hectic, aku dah dilantik sebagai setiausaha librarian board so my tasks are increasing time by time. Lepas itu, ditambah homeworks yang banyak ya amat. Arrghhh, semoga berjaya Luqman Din.

By the way, aku nak ucap terima kasih buat korang, readers for spending your time here. Aku akan berusaha untuk meluangkan masa yang lebih dengan korang waima sibuk dengan sekolah. :D

Sebelum aku menutup entri ini, hendak beritahu juga, Malay College is on the verge of Kesatuan Pelajar Kolej Melayu (KPKM) 2011 election. Hatta, ramai juga yang masuk jadi calon dan berkempen, mainly by my batch, the Form 5...








Kawan aku, Amir Norman juga bertanding.. Wish him luck for Exco Penerangan :)
















(aku tidak dibayar untuk menyiarkan kempen secara online.. haha.. saja-saja je)









Kepada semua calon KPKM, selamat berjaya diucapkan. Laksanakan manifesto untuk memajukan nama koleq, jangan omong kosong sudah~ 


Sehingga kita berjumpa lagi.. SPM candies (termasuk aku), sila belajar bersungguh-sungguh ^_^

3 ulasan:

Mus'ab Manan berkata...

congrats kepada amir norman, cantiknya poster die, i like it..haha..tapi asal kat construction site hah?..haha

CikAizA berkata...

keep it up boy..

Luqman Din berkata...

Mus'ab- sebab itu je tempat yang mampu buat tanpa caj kos.. haha

Love- aha, thanx :)