Khamis, 31 Disember 2009

Err.. apa ni???

Assalamualaikum...
Hi, oh ya..Buat yang masih pening memikirkan siapa ini…
Untuk makluman, aku Luqman Din. Setelah didesak beberapa kali, aku mengambil keputusan untuk menulis blog kembali. Bukan apa, dulu pernah tulis, tapi selepas itu cam malas jah~
Tapi tak pe lah. Aku nekad untuk menulis sekali lagi. Harap-harap bermanfaat dan berterusan.
Aku rasa korang tak kenal lagi aku. Aku hanyalah insan yang bernama
Luqman Din. Diriku berumur 16 tahun mulai esok dan dengan nada merendah diri, aku bukanlah sepopular mana-mana individu ataupun se’chantique’ akhlak si manusia kamil. Aku memang seorang yang ‘pelik’. I admit that particular title and I feel great with it. Tapi, walau apa pun yang terjadi, aku nak korang kenal aku sebagai Luqman Din je dan terimalah diriku seadanya. OK?

Hm, untuk penulisan yang julung ini, aku rasa tiada apa lar sangat untuk menulis apa-apa celoteh, kisah dung-eng(dongeng) mahupun menzahirkan sebarang komen inspirasi jiwa dan batiniah. Hahaha..
Hanya ingin kusampaikan di sini, diharapkan semoga tahun 2010 membawa sinar baru dan lebih baik daripada tahun 2009 ini. Segala azam kita yang tak mampu(atau sengaja ditidakmampukan) pada tahun 2009, harap-harap tahun depan kita perbaiki. Cheers!! :DD


Tiada ulasan: