Ahad, 4 September 2011

Raya + Merdeka (Part 2)

Daripada Part 1...

Suria memancar terik, jelas terzahir kegembiraan bagi mereka yang serik menanti sekian lama

Syahadan, pagi esoknya itu tiadalah bangun aku untuk sahur (apa ke bangang manusia bangun sahur pagi raya en? -.-). Mentari raya menyinar suluh di celah bukit bukau, benak cahayanya menyorot wajah kegembiraan merai Syawal. Gosh, pagi ini aku hampir-hampir terlepas solat sunat Aidilfitri sebab terlambat. Mandi sunat lama la katanya. haha. Nasib baik masa sesampainya di masjid, Tuk Imam tengah bagi taklimat instruksi solat sunat raya. fuhhh lega den. Tengah-tengah syok dengaq khutbah, tetiba meletup mercun bola tak jauh dari pekarangan masjid. Darn! Hampa gila ka apa pagi-pagi ghaya ni?! Tersentak aku semasa berdoa tadi -.- The good thing is, Tuk Imam tak melatah haha :D

Lepas solat raya, berjalan ke rumah sepupu untuk sesi fotografi, menambah koleksi potret raya setiap tahun. Tiap-tiap tahun memang wajib punya tangkap gambar. Boleh buat posing baju raya baru kan? haha. Itulah -mungkin- antara objektifnya. Usainya segmen fotogedik fotogenik, bergerak ke makam my ancestors (ceh, over ayat BI). Orang kita memang macam ini kan, bila raya je baru nak ingat kubur. Sebenarnya kubur tu bukan buka setahun sekali saja, setiap masa ada tersedia. Kalau hang rasa nak pi kubur tengok makam sanak saudara dan atuk nenek, pi je la bila-bila masa, toksah tunggu hari raya. Amboi, hampa ingat hari raya ke baru kubur buat open kubur? -.-

kids today, segala benda perlu dihebohkan satu Twitter~

Balik lepas berziarah di rumah pakcik dan makcik serta rumah kawan lama aku, Farizuan, aku terus tertidur kepenatan. Tapi bersyukur juga dapat seamaun duit raya. haha. Ingatkan dah naik 17 tahun dah masuk invalid age untuk terima duit raya ini, tapi persepsi aku songsang juga :D Mungkin muka seposen aku semasa bersalam raya juga menjadi pemangkin pemberian duit raya haha who knows? Malam raya kedua yakni malam kemerdekaan, barulah aku ada tenaga nak pergi rumah sepupu perempuan aku (chewah). Sambil makan laksa sambil itulah juga aku ketawa bersama dengan sepupu sebab tengok cherita Kisah Andartu Cari Suami apa tah di kaca TV. Suasana di luar, mercun dan firework meletup-letup. Yeahh, esok merdeka bang!!

aku dah berazam nak raya sambil kibar bendera. yea, patriotik dalam raya-tik :D

Esoknya kami sekeluarga pergi open house rumah maksu aku. Ramai juga yang datang, termasuk paklang, makngah dan makcik aku. Havoc sikit haha. Masa inilah aku juga nenda aku. Lama dah tak jumpa sebab duduk asrama la katakan. By the way, sesi mengumpul duit raya masih juga diteruskan hehe. Alang-alang ramai ahli famili balik ini, ambillah peluang kan? (teruk betul sifat materialistik haihh).  Petang itu baru aku ada masa nak lawat rumah-rumah jiran especially sepupu-sepupu jauh aku. Aidilfiltri memang masa yang sesuai untuk eratkan silaturrahim. Ada kalanya orang itu hanya kita jumpa setahun sekali je sebab kekangan kerja, sekolah dan masa yang tidak mengizinkan. Maka, janganlah online dalam bilik atau terkangkang je depan TV itu, rajin-rajinlah berziarah semasa Syawal ini :) Mana tahu kita tak berkesempatan dah nak berjumpa tahun hadapan.

Restoran wajib aku bila balik Pearl Lace :D

Malam itu makan malam bersama-sama keluarga di Restoran Rusnani Beseri haha. Keluarga Deen mengambil modus operandi ini untuk menyambut hari kemerdekaan negara bersama dan juga sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan instituisi kekeluarga (objektif ini aku je yang pandai-pandai reka, harap maklum). Best gila dapat makan satu famili. Well, masa cuti saja yang terluang untuk buat aktiviti ini. Sambil-sambil itu boleh bertukar cherita sesama ahli keluarga. 

(gambar hiasan) Masa tunggu order sempat lagi dengar Korean pop. Bukannya nak dengar lagu raya. Again, kids today -.-

In an African coconut shell, konklusinya aku seronok menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Semoga Syawal yang datang ini memberikan kita masa terbaik untuk menjalin silaturrahim yang lebih rapat dan juga dijadikan periode terbaik untuk kemaafan dan juga kesyukuran. Semoga kita dapat berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun depan. InsyaAllah. Sekian diari Raya aku, korang pula bagaimana?

Kamera rosak raya pertama. Gambar ini pula diambil raya keempat. Hebak semangat hebak :D

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, OUTER SERTA INNER
+
HAPPY MERDEKA MALAYSIA!


P/S - Esok balik koleq. Cis, terasa sekejap benar cutinya. Anyway, trial JPN usah dilupa cik kak. Godspeed! :D

Jumaat, 2 September 2011

Raya + Merdeka (Part 1)

Gerimis hujan titis kasih Tuhan menghablur suci air mata manusia yang berdosa

Alkisahnya sehari sebelum raya yakni Raya Eve, 29 Augustus, hujan masih lagi turun renyai-renyai. Semua insan terpinga-pinga kerna risau kemungkinan esok 1 Syawal pun hujan turun hatta merosakkan jadual ziarah raya yang telah dirancang. Masa inilah keluarga Deen merayau-rayau di The Store Kangar untuk mencari baju raya ('The Store jah?' 'haihh, hang bajet Kangaq ni macam KL ka?' -.-). Mulai pukul 10 pagi dan Mak, aku dan adik melilau cari baju di 1st floor. Sejam berlalu..kemudian lagi sejam..haha hoi, aku tak beli lagi baju, just a few t-shirts je. Buat habis masa saja datang. Adik aku je yang berjaya cari baju raya dia. Warna kuning susu basi.

Lepas pukul 12, Ayah ambil kami untuk pulang ke rumah. "Amacam macam mana baju raya hampa?" "Luqfi (nama gelaran) punya dah beli dah, ini Luqman (nama glamur) tak dak lagi" "Takpa-takpa, meh kita cari kat kedai baju dekat rumah". Amboi, nekad betul Mak aku ini, bukannya dia nak pakai pun baju raya tu haha -.-. Selepas itu kami pergi kedai baju dekat rumah aku di Beseri. Masih lagi tak jumpa yang sesuai bhai!

Aku : Mummy mummy, I tak dapat cari baju tauuu. Semua colour macam adik punya tu mana ada saiz. Just ada warna purple gay je.

Mak: OMG How come dear? Mana boleh begini. Kalau baju lain-lain warna, tarak ong la raya ni maa. By hook or by crook, we must find it!

(Dialog di atas -semestinya- telah diedit, maka jangan ambil serius) Mak aku memang sebegitu. Biasalah, baju raya warna tema sama pada hari raya ialah satu adat namun nak mencari yang sesuai memang penat. Guess what, we drove back to Kangar at 2 p.m! shhuhhh, kejang lutut aku jalan wei! Daripada lorong ke lorong kami lalu, kaki lima-kali lima yang kami jalan hingga ke celah mana tah yang kami seluk masuk, masih lagi tidak kejumpaan baju raya yang didamba (masa tu dah pukul 5 lebih dah hokay). Siot, tak raya la aku macam ni :( Baju melayu rata-rata yang dijual harganya memang hmmphhh tauke balak punya anak pun lebih rela bogel di pagi Syawal beb -.- Sampailah satu kedai Sikh yang jual karpet, ada la juga dia jual baju melayu (wahh, serbaguna betul, semasa menjual karpet jual juga baju. Part-time mungkin :D). Aku beli baju raya kat situ wei, bayangkan baju raya aku dibeli di kedai non-muslim, sedangkan kedai muslim semua harga cekik tekak~

We fulfill your needs, son~

Malam raya iftar dengan Ayam Emas err Ayamas. Oh, Ramadhan dah berlalu pergi! Aku rindu gila Ramadhan tahun ini. Dahla bulan puasa terakhir dekat koleq. Tahun depan entah sempat atau tidak untuk melalui Ramadhan lagi. Pabila grandpa angkat aku yang macho itu buat pengumuman raya dekat TV, aku sedar yang bulan Syawal dah berjaya melahirkan anak untuk 1432H, congratulations! :) So, esok kita raya! Suasana Raya Eve di kampung aku memanglah meriah bagai, mercun berdentam-dentum macam malam itu perang dunia. No wonder lah malam raya ada yang dimasukkan ke hospital sebab terkezut jantung. Ada pula yang pi dok tala dekat masjid malam raya. Korang nak dengar tuk imam tu melatah dan jerit "BITCH!!" dekat mikrofon itu ke? Better tak payah -.-

muka Imam tu kalau marah camna hah? (gambar sebagai hiasan, takde kena mengena dengan soalan)

Malam raya itu aku tak bisa tidur awal. Jis raya datang menyelubungi jiwa la katakan haha (+ letupan demi letupan mercun dan meriam kat luar itu. Macam mana aku nak tidur la mankaq??!!!). Untuk makhluk noctural sepertiku, tidur lewat malam-malam adalah satu norma, tetap mahu diteruskan walau dikecam hebat oleh kaum keluarga especially my mum la semestinya. Seperti tahun-tahun lepas, peti masuk telefon bimbit akan ditujah dengan beribu-ribu mesej raya (takde la beribu, itu hiperbola gedik) mengucapkan salam aidilfitri dan mohon maaf zahir, batin, depan, belakang dan tidak kurang juga yang hantar pantun-pantun lawak. Masa inilah banyak unknown number tetiba je dapat, nampak sangatlah ramai secret admirer selama ni. hehhh. Aku malas nak forward-forward mesej pantun raya yang aku dapat kerna bagi aku keaslian itu satu perkara yang cukup berharga, tambahan pula bagi ucapan raya. Biar lahir dari hati dan jiwa yang ternoda ini haha. Biarlah aku sendiri yang perah idea, taip dan hantar sendiri punya. Well, handmade :)

1 Syawal datang lagi. Baru semalam rasanya 1 Ramadhan. How time flies~


à suivre...