Memaparkan catatan dengan label WTH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WTH. Papar semua catatan

Ahad, 12 Disember 2010

Sudah merasai kemanisan Maaduu??

Bonjour,

courtesy of Maaduu's fan page...

Hari ini buat entri untuk mereka yang baru keluar daripada cengkaman exam seperti SPM, ye lah, dah bebas mesti ada rasa nak seronok saja kan?? haha... Tapi entri ini tembak (sesuai) kepada peminat drama K-Pop sahaja lah..

Walaupun agak lame tapi aku masih nak kongsi laman web yang masyuk ini dengan korang. Ini Maaduu, bukan madu lebah ye, harap-harap faham. Laman ini ditubuhkan oleh syarikat PlayTV Asia Sdn Bhd. Aku jumpa sinopsis laman web ini di fan page mereka di Facebook.

" Maaduu is a stylised representation of “madu” which means "honey" - we hope viewers will be attracted “like bees to honey” and enjoy maaduu continually..
We deliver INSTANT, FREE and LEGAL online Video-on-Demand Korean dramas without downloads or buffering!
At MAADUU, our viewers come first! So we’re focused on delivering a high-quality viewing experience that requires no downloads, is free and legal, accessible when, where and how users want; we understand your wants because we are viewers too.
While MAADUU is 100% free, content owners, actors and actresses need to be paid. So to support them in their efforts to produce premium content, MAADUU is ad supported. Now you can continue enjoying the best dramas for free while content owners continue to get paid. "

Aku tahu website ini daripada FB, masa itu ada la kawan aku pergi like fan page dia. Aku ingat itu website pelakon Korea mana tah sebab kelihatan gambar lelaki Korea dekat advertisement corner bertulis MAADUU tepi Facebook itu. (kesian kawan aku, aku ingatkan dia minat jantan lol)

Tetapi serius website ini seronok gila! Banyak drama Korea disajikan seperti Boys Over Flower, Full House (aku tengok cerita ini je), Princess Hour, Autumn in My Heart, General Hospital, Winter Sonata, No Limit, He Who Can't Marry dan banyak lagi lah!! Tambahan lagi, Maaduu akan menambah 2 drama Korea baru setiap minggu so korang tak akan terlepas menonton drama-drama baru daripada bumi kimchi ini.


Full House yang aku minat, sekarang dah usha sampai episod 5.. haha

Berbayar kah?? Mana ada! Laman web ini keseluruhannya percuma dan hanya boleh dinikmati di Malaysia sahaja. But korang kena lah daftar dahulu, senang je pendaftaran tersebut. Hal ini demikian kerana penonton tanpa izin daftar hanya boleh menonton siaran episod pertama sahaja.

akaun aku, atas itu iklan Libresse (motif??)

Laman ini menggunakan sepenuhnya flash beta dan yang paling aku sayang sekali, inilah satu-satunya laman web video streaming yang TIDAK pernah tersekat sebab buffering (untuk internet yang laju la, kalau digunakan berukband anda itu di ceruk kampung, tidakkah slow jadinya? haha). Tidak seperti laman web lain, Maaduu menjanjikan streaming drama secara laju seolah-olah kita tengah menonton drama tersebut di kaca televisyen. Tahniah Maaduu, kau amatlah manis di hatiku!

iklan Yuna kejap~ biasalah tengok free lama-lama mesti ada selitan iklan kejap kan.


Kalau ada tetiba terkeluar iklan itu jangan terkejut pula, sekejap je iklan dia, pada masa itu boleh la exercise sikit anggota badan yang dah lama usha Korea itu..haha.

music bank~

Maaduu juga bukan hanya setakat menyediakan drama-drama Korea, tetapi turut juga membawakan K-Pop music untuk para penontonnya. Lepas tengok Full House, kita karaoke dan menari la pula kan?? Hilang tension exam sikit.

Maaduu juga telah diletakkan akses komen, butang untuk kongsi dan rating di website tersebut. Ini yang membuatkan 385 800 orang yang like fan page suka sungguh!! bolehlah berkongsi minat atau bertikam lidah mengenai drama Korea kesukaan mereka. :D

Feedback: Sangat masyuk lah!! Best sangat menonton siaran drama Korea di depan mata secara percuma.

Apa lagi peminat Korea di luar sana?? Kepada yang belum merasai nikmatnya Maaduu, terutama yang baru habis exam, silalah cuba sekarang!!! 100% menepati citarasa Korean anda~

klik untuk ke Maaduu.com!! :D

Rabu, 8 Disember 2010

Film Review : PHOBIA 2 (penakut amat dijemput)

klik untuk tumbesaran pra-matang


Bonsoir wei,

Untuk malam ini, aku sudah rancang bagi menulis dalam bahasa lidah mak aku, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana malam tadi aku tulis dalam inggeris dan ping blog kat Geng Blogger macam tiada siapa pun mahu lawat.. :(

Tapi aku tak janji sama kamu semua yang aku akan tulis 100% BM, ada la kerojakannya. haha

Sudah. Kembali ke tujuan post.

Malam ini aku nak review satu movie yang aku tengok. Dah lama dah aku usha, tapi aku suka jalan ceritanya yang best itu. Aku tahu ramai yang dah usha cerita ini, tapi tak pa, mungkin ada yang belum. Filem tahun lepas.

PHOBIA 2

Phobia ini cerita seram Thai 2009 (trailer di sini) yang diarahkan oleh Songyos Sugmakanan, Banjong Pisanthanakun, Parkpoom Wongpoom, Visute Poolvoralaks, dan Paween Purijitpanya (skip sajalah nama-nama ini, tak perlu disebut satu-satu.. ada yang strunggle?? ish). Filem ini dibintangi oleh ramai pelakon Siam handalan seperti Jirayu Laongmanee, Worrawech Danuwong, Charlie Trairat, Nicole Theriault, Marsha Wattanapanich dan lain-lain lagi.. (kalau link tersasul ke tempat pelik, jangan salahkan aku. aku main cedok je. aku harap anda tak ter'stuck' mengusha gambar-gambar mereka dengan lama.haha..  baca la post ini dulu hoi)

Ada 5 bahagian cerita dalam filem ini, setiap satu ceritanya ada konsep dan taktik penceritaan seram yang berlainan. Ok, aku nak review satu-satu, yang dah usha, dapatlah mengenang kembali memori dan yang belum usha, alert, ada spoiler sikit disini~

First: Novice
- Budak 14 tahun, diberi nama Pey, bersalah kerana didapati membuat jenayah membaling batu dekat kenderaan lalu lalang (dasar tak ada kerja). Mak dia yang prihatin itu menghantar dia ke wat Buddha untuk dijadikan sami muda (novice). Sebabnya, sami tak akan dikenakan hukuman jenayah (senangnya, lepas ini jadi samilah).
Di kampung wat Buddha itu ada sekumpulan penduduk kampung yang menjamu makan hantu (dikatakan supaya menghalau makhluk demon ini daripada mengacau rumah tangga hidup mereka, kalau dekat Malaysia, ancak eh??). Pey yang 'pandai' ini pula ambil modus operandi bijak, dia makan makanan yang diberi untuk hantu itu. Lepas itu, ada lah kena kacau sikit-sikit (sikit ke derr?)

Second- Ward (bukan wat Buddha tadi)
- Artie eh silap Arthit (artie tu mamat Glee tu), merupakan seorang budak yang periang dan suka main-main. Pada suatu hari itu dia terlibat dalam kemalangan dan masuk ke hospital. Daripada bilik ER dia pindah ke bilik kongsi di wad hospital. Sebelah katil dia terdampar seorang tua yang pelik. Dikatakan pada sebelah malam Arthit ternampak benda-benda ganjil (best kan?? bukan senang dapat tengok lol). Arthit mengadu kepada nurse tapi nurse tak bagi tukar tempat tidur (one word-palui~ nurse itu ingat dia gila kot). Bila malam dah nak menjelang siang, tiba-tiba sajorh the old man attacked Arthit (gersang mungkin, cuak beb!). Apa jadi lepas itu? Arthit bukan lagi Arthit. Dia menjadi orang tua tersebut.


Third: Backpackers
- Kisah ini dimulakan dengan adegan seorang minah Jepun dan juga kekasihhnya (or abang dia..entah tak pasti) di tepi jalan. Mereka ini pergi vacation di Siam, tengah menunggu di tepi jalan bagi membolehkan mereka menumpang kenderaan yang lalu (pelik gak how did they appeared at the side of the road at first place ~_~). Selepas beberapa kali mencuba, verjaya juga mereka menumpangi sebuah truck/lori. Truck dipandu oleh seorang pemandu dewasa dan  Joi (second driver maybe and yup, dia tu Charlie Thairat yang anda usha lama-lama di atas). Pemanduan terhenti apabila mereka mendengar bunyi aneh di belakang truck. Driver goes to check, so as Joi. Apparently the two of them is the drug dealers. Cuba teka apa dalam belakang truck itu?? Semua mayat yang mati dan didalam badan mereka terdapat cocaine yang telah dipaksa telan. The driver and Joi keluarkan semua mayat itu. Out of the blue, si mamat Jepun tetiba buat kecoh but soon after that, mayat itu kembali hidup (argh! gaya zombie Kampung Pisang gitu!!) dan makan mamat Jepun itu.
Kekecohan berlaku (jangan lupa usha bagaimana minah Jepun itu tertipu dengan zombie budak dan verjaya mati dibaham zombie itu)

Fourth: Salvage
- Nuch seorang pengedar kereta. Dia bekerja berlandaskan penipuan dimana kereta yang dipromosi dan dijualnya itu sebenarnya kereta yang sudah terlibat dalam kemalangan. Nuch bersusah payah memperbaiki dan memodifiedkan kereta-kereta tersebut agar dapat dijual (sanggup tu~). Ada juga adegan dimana dia diterjah oleh pelanggan dia kerana kereta yang dijual itu rosak. Pada suatu malam, nasib tak menyebelahi dirinya apabila dia terpaksa keseorangan di kedai kereta dia. Si pakcik guard kedai hilang entah ke mana. Kejadian pelik berlaku apabila anaknya yang sedang main di kawasan kedai dipenuhi kereta itu hilang (berani gila bocah ini). Nuch dihantui oleh kedai keretanya apabila semua kereta di kedai itu berada dalam keadaan seperti kemalangan ngeri. Dia juga terserempak dengan beberapa roh pemandu kereta yang ditemui dalam keadaan yang mengejutkan (ada yang terbakar, terkeluar isi perut; mengikut saat akhir mereka mati). Takut wei, mahu histeria dibuatnya.   Spoiler-ending yang sangat sentap~

Last but not least: In The End
- Ter, Puak, Shin and Aey are the movie crew of an upcoming horror movie. Mereka sedang membuat penggambaran adegan terakhir filem seram itu. Tiba-tiba seorang pelakon wanita (Kate) yang melakonkan watak hantu pengsan secara spontan dan selepas dihantar ke hospital oleh seorang krew,Aey, Kate disahkan mati (oh kesian beb mati semasa berlakon cerita hantu..dah lah pakai macam pontianak sundal bolong). Pada masa yang sama di tempat penggambaran, krew-krew lain berasa pelik kerana 'Kate' yang pergi hospital tetiba muncul kembali (bukan Kate wei, hantu). Aey menelefon Ter, Puak dan Shin tetapi yang bodohnya percakapan mereka didengari di semua tempat penggambaran. Si pengarah dan anak-anak buah yang lain terus chow lepas mereka tahu Kate mati, tinggal Marsha (seorang lagi pelakon perempuan) dan Ter, Puak dan Shin. Mahu tak mahu, mereka terpaksa untuk habiskan scene terakhir filem itu so that spirit of Kate will RIP.    Spoiler- Cerita terakhir ini agak lawak serta lucu juga, iya lah, susahlah kalau ada 5 cerita, lima-lima seram gila.

Dan....

Ini...

weeeee, aku nak teman kau malam ini~

hahaha..
komen aku: best gila wei, lagi-lagi bila diusha bersama dengan geng-geng kita yang penakut. Jeritan dijamin.Usha la cerita ini bagi yang belum (yang sudah boleh usha sekali lagi)

nak cari kat mana?? piratebaylah (tak, aku tak cadangkan piracy :P)

Isnin, 6 Disember 2010

Facebook Books Its New Face

Facebook < To those who doesn't know


Ok, it is said that Facebook is now the most popular social networking site, ranked second by Alexa and gained more than 500 million users worldwide (well, that counts the ones who activate more than 1 profile to disguise themselves haha). Today (5 December 2010), its founder, Mark Zuckerberg announced that they got a new layout for all of us, the facebookers. Take a look here.. video yang aku rasa pelik.. haha

and there goes Blaise DiPersia adding his mother on FB

So, I took this chance to change my FB as well. But, kinda miss the old one. Can't change back maa!! It's permanent. Some says that all users will be implemented to this new layout by 2011. Tak tau betul ke tak, tapi at last, everyone will stick to the new layout gak.. haha

SCREENSHOTS:

Old one.

Kalau rabun atau kabur tu, silalah tekan untuk tumbesaran

Le nouvel Facebook!

Click to enlarge

How do you response?? :D

Selasa, 23 November 2010

Air Guitar

Extracted from Wikipedia, the knowledge book online..

Playing air guitar is a form of dance and movement in which the performer pretends to play rock or heavy metal-style electric guitar, including riffs, solos, etc. Playing an air guitar usually consists of exaggerated strumming and picking motions and is often coupled with loud singing or lip-synching. Air guitar is generally used in the imaginary simulation of loud electric guitar music.

Here are some examples

pic name

pic name

They may seem ridicule, but seriously, it's fun enough! Hahahaha


A video about air guitar~

Ok, excited to try one?? send me your video.. XD

Ahad, 11 April 2010

Korean Addict



I am addicted to Korean music!!!

Haha, listen to couple of these....



-Run Devil Run- SNSD


-Lupin- Kara


-Oh- SNSD

They are really cool. and definitely cute.. Have a look... Best songs!!! :DD

Selasa, 16 Mac 2010

Telephone Gaga



Seperti yang sudah kita sedia maklum, klip video ‘Telephone’ Lady Gaga telah diuar-uarkan ke seluruh dunia mulai 11 Mac 2010 yang lalu. Aku terlambat sikit untuk menonton video ini kerana sibuk di HKSBP Zon Utara. Oleh sebab itu, aku hanya berkesempatan untuk tengok secara spesifik di rumah. Haha...
Daripada pemerhatian aku, bawah ini merupakan respons aku secara keseluruhan mengenai video ini.

1)      Video ‘Telephone’ Gaga sememangnya jauh daripada pengertian lirik lagu itu sendiri. Terdapat banyak jalan cerita yang tidak menunjukkan persamaan dengan objek telefon itu sendiri.
2)      Beberapa babak dalam video ini tidak sesuai dilihat oleh sesetengah golongan minor. Daripada bacaan komen, ada juga ibu bapa yang tidak suka dengan penampilan Gaga dalam video yang dikhuatiri akan menghasut serta menyebabkan anak-anak terikut. Tetapi, video ini masih boleh didapati di Youtube yang telah mencecah viewers sebanyak 15 juta.. (semalam, 15 Mac)
3)      Video ini lebih baik dikatakan sebagai movie pendek, kerana tidak semua babak dalam ‘Telephone’ mengandungi lirik lagu yang dialunkan, ada juga dialog dan aksi.
4)      Pernah dinyatakan sebelum ini, bahawa Gaga berkata, “I felt so sad for Bad Romance, because Telephone is so much better”. Maka, aku fikir, dia semestinya berbangga dengan videonya yang jelas mencapai rating yang tinggi oleh penonton-penonton Youtube serta dipuji ramai pihak.

Tidak tengok lagi video??? Ini hah, aku dah sediakan...


Ini ulasan pendek sinopsis klip video...

 “Video yang berunsur Kill Bill ini bermula pada 11 Februari 2010 dimana Gaga dibawa ke County Jail (a.k.a Prison For B*&%#@) kerana tuduhan membunuh teman lelakinya (lihat klip video Paparazzi). Selepas dimasukkan ke sel, dia dibogelkan assistant. Daripada perbualan dua orang assistant itu, kedengaran penafian bahawa Gaga seorang lelaki.
<<<< (ade ke penjara cam ni??)


Di Exercise Yard, Gaga dibawa untuk mengambil udara segar dengan berpakaian hitam serta dibelenggu rantai dan berkata mata rokok. Di situ, lagu Paper Gangsta dimainkan dan Gaga berjalan dan duduk di atas kerusi. Dia membiarkan dirinya dicium  seorang lesbian. Pada masa yang sama, dia mencuri telefon bimbit milik Mr. Lesbo itu tanpa disedarinya.
(fesyen ini confirm tak de sapa yang berani cuba)>>>>
                    

Seterusnya, babak berubah ke suatu ruang legar penjara. Gaga melihat pergaduhan antara perempuan-perempuan sundal yang jelas annoying, haha... Beberapa saat kemudian, speaker melaungkan ‘Beyonce on the line, Gaga’.. Lady Gaga mencapai gagang telefon dan bermulalah rangkap pertama lagu. Dia juga menari-nari di koridor penjara (MOTIF??).. dan kalau korang presence, Gaga ada mengucapkan terima kasih melalui mesej kepada Beyonce menggunakan telefon lesbo tadi.
                                                              <<(adik Gaga, Natali Germanotta kelihatan)


‘It’s your lucky day, some idiot bailed you out!!’ assistant tersebut berkata sedemikian semasa Gaga melangkah keluar penjara sambil log-in ke Plenty of Fish. Gaga menyilang hentak kaki sebagai apresiasi. Hahaha.. Gaga kemudiannya bertemu Beyonce dalam jip Pussy Wagon. Beyonce mengatakan Gaga amat jahat dan memandu pergi meninggalkan penjara ke gurun di California. Beyonce berkompromi dengan Gaga untuk membunuh teman lelaki Beyonce (siapa yang sebenarnya jahat??).


Mereka berhenti di Diner yang merupakan tempat pertemuan Beyonce dan teman lelakinya (dilakonkan Tyrese Gibson). Semasa Tyrese bergerak ke kaunter, Beyonce menuang sejumlah racun dalam kopi Tyrese tetapi cubaan membunuh itu gagal apabila Tyrese hanya batuk-batuk.
 <<(Tyrese Gibson berlakon sebagai boyfriend Beyonce)



Pada masa itulah Gaga yang menyamar sebagai chef memulakan kerja di dapur Diner. Dia menyediakan menu beracun dan meletakkan lebih banyak racun tikus dalam setiap makanan yang akan dihidangkan. Pelannya ialah, dia akan membunuh semuanya termasuk pelanggan-pelanggan yang datang. Selepas itu, Gaga dengan berpakaian baju latex keluar menghidangkan makanan kepada Tyrese. Tyrese yang pentingkan diri itu terus  menyambar madu daripada tangan Beyonce. Beyonce senyum je melihat kelakuan itu, memandangkan Tyrese akan  mati.

Tyrese mula batuk-batuk secara serius dan akhirnya menemui ajal. ‘I knew you take all my honey, you selfish mother******’ ujar Beyonce.. Apa jadi lepas tu??

Well,

EIN...

ZWEI...

DRE!!

Semua pelanggan Diner mati selepas makan makanan yang beracun itu.. Gaga dan Beyonce menari di tengah-tengah restoran sebelum melarikan diri dengan Pussy Wagon..


Tetapi, sayang sekali, kegiatan mereka berjaya dikesan polis dan dilabelkan sebagai homicide di berita nasional. Mereka diburu habis-habisan...


To be continued.... ”

eh jap, ada lagi...ini adalah beberapa perkara yang mungkin korang tak tau tentang video ini... 


-Racun yang digunakan ialah, Fex-M3 daripada filem Star Wars (Extended Universe) , Meta-cyanide daripada filem Dune, dan Tiberium daripada filem Command and Conquer.
-Penampilan The Pussy Wagon  adalah daripada filem Quentin Tarantino, Kill Bill.
-Natali Germanotta (adik Gaga) berlakon cameo sebagai tahanan dalam video.
-Salah satu tahanan yang kelihatan pada awal video, semasa Gaga dibawa masuk ialah bintang porno, Alektra Blue.
-Wanita yang dinampar Tyrese di Diner, berkata "One Piece" dalam Bahasa Jepun, merujuk pada anime itu.
-Selama laporan berita pembunuhan di berita nasional, di bahagian bawah skrin adalah lirik "Telefon" dalam bahasa Sweden.
-Salah satu officer penjara yang membawa Gaga pada awal video ialah Ms Mann, dari Scary Movie.
-Racun Lady Gaga yang digunakan dalam adegan "Let's Make a Sandwich", adalah sama seperti  dalam Paparazzi.
-Atas pakaian biru Beyoncé, ada beberapa wajah-wajah manusia tercetak di atasnya.
-Atas tape polis yang dipakai Gaga, ungkapan "Do Not Cross" dan "Crime Scene" serta simbol salib (†) dari The Fame Monster kelihatan.
-Berita nasional yang ke udara pada 11:21 CT, waktu malam menunjukkan pihak  polis mengambil masa dari waktu makan tengahari hingga 11:21 malam untuk menyedari terjadinya  pembunuhan.
-Ada dua laporan cuaca, satu untuk Los Angeles "LA H 89 L 75", dan satu untuk New York "NY H 91 L 80".
-Sepanjang babak meracun Tyrese, topi Beyoncé menghilang dalam dua adegan. Topi yang hilang itu muncul kembali dalam adegan bergantian.
-Pada subjudul semasa pelanggan-pelanggan Diner mati, yang ditulis ialah "Ein", sebenarnya "Eins" yang bermaksud "satu".
-Dari 5:15-5:19, kelihatan Beyoncé membaca skrip untuk baris berikutnya.
-Bilangan roti baguette semasa adegan di dapur berubah.
-The "Haus of GaGa" dieja "House of Gaga".

Sekian~ hahahah XD

Khamis, 18 Februari 2010

Lestarinya Keunikan Gaga..

Hola! Dalam post ini aku nak berkongsi satu ceritera dengan korang. Cuba korang baca title di atas, apakah yang bermain di fikiran aku? Voila ! Aku  tengah berfantasi tentang satu klip video baru dari penyanyi yang pelik lagi ajaib, yakni Stefani Joanne Angelina Germanotta. Kejap, siapakah manusia ini. Lorh, tak kan kome tak tahu kot... LADY GAGA lah... haha

Ok... apa Lady Gaga buat sehingga aku kata keunikannya tetap berkekalan (lestari)?

Sumber-sumber bertulis yang telah tersebar luas di layar jaringan internet mengatakan bahawa akan ada satu klip video baru lagu 'Telephone'(lagu Gaga yang telah dimuatkan dalam album The Fame Monster) di mana Cik Gaga berkolaborasi dengan Beyonce Knowles (dia diva kan?). baca coretan di bawah...

" New York magazine reported that the concept of the video involved Beyoncé bailing Gaga out of jail. Published photos from the set portrayed Gaga and Beyoncé shooting for scenes of the video in the truck that Uma Thurman's character drove in Quentin Tarantino's 2003–2004 film Kill Bill, called the "Pussy Wagon". The video was shot outside Los Angeles on January 28, 2010 in Lancaster, California. Other concepts of the video involves scenes at a diner, a cameo from singer Tyrese Gibson and a prison shower scene. Gaga and Beyoncé will wear "destroyed denim pieces" by designers Frank Fernández and Oscar Olima. " (sumber, ehem.. wiki-pedia?)
Oleh itu, memang benarlah khabar angin tentang video itu dan dikatakan juga klip ini berdurasi 12 minit serta terdapat sambungan  klip video Paparazzi. Hebat bukan?Usha gambar-gambar yang berkaitan dengan klip video itu di bawah ini (yang aku seludup dari laman web mana tah)

 
Arakian, Beyonce berkata, "Gaga, marilah kita shopping di Kuala Kangso ! Aku spend kau.." 


"Hm, part-time aku ialah bekerja di restoran mamak..korang tau ke?? Cepat lar order bang oi !!" 


 
"Yeah ! Mari kita berdansa !! Guys, posing depan kamera itu !"


"Jangan tuan hamba main-main dengan hamba !  I'm Gaga, ok?"

Gambar-gambar di atas amat pelik kan? Haha, nama Gaga. Kalau nama pun pelik, peribadi dia memang pelik. Dan sebab itulah aku kata dia ni tetap megekalakan keunikan dia sebagai seorang penyanyi yang mempunyai identiti sendiri. Cuba kita renung, berapa ramai lagi artis yang pelik macam dia? Apapun, aku amatlah berminat untuk menonton video ini kerana aku juga peminat lagu-lagu dari cik minah Gaga ni. Nampak macam best je.. So, mari kita sama-sama tunggu kedatangan video ini. 
Kepada Cik Gaga, cepatlah publish !!! Haish.. :P

" I feel so bad for the ‘Bad Romance’ video ’cause the ‘Telephone’ video’s so much better. "
-Lady Gaga-

PESANAN- Hm, korang yang tak tahu macam mana lagu 'Telephone', bolehlah search di internet....

Sabtu, 23 Januari 2010

Lelaki Itali Yang Salah Faham

Hoit, rasanya korang pun dah tengok video ni. Hahaha, pertama kali aku usha, memang lawak geLL. Ketawa tak ingat dunia. Bukan apa, tapi, kerenah lelaki itu memang best, dek kerana salah faham..


Kita pun macam itu jugalah. Kadang-kala tersalah faham sesuatu perkara. Sampai ada kes bergaduh dan menengking sebab ingat orang mengutuk dia, padahal orang hanya bergurau sajorh. Huhu, macam-macam la dunia!

pre