Jumaat, 16 Januari 2015

Hidup


Salam. Hai. 

Aku tak tahu kenapa aku tergerak juga untuk kemas kini blog yang telah kutinggalkan setahun lebih yang lepas. Aku benar-benar tidak tahu. Sebenarnya telah beberapa kali juga hatiku terdetik untuk kembali menukil di dalam blog ini. Banyak kali. Tapi entah kenapa semua yang terdetik itu hanyalah terawang-awang di fikiran tanpa ada satu pun usaha yang dilakukan. Aku lupakan saja hasrat itu.

Sampailah ada satu tahap aku terfikir. Hm, banyak juga aku terfikir itu dan ini dalam hidup. Aku sememangnya merupakan seseorang yang terjerut dalam jerat minda yang serabut. Aku banyak overthinking. Aku rasa itulah masalah aku yang terbesar setakat ini.

Eh melalut pula. Ayuh sambung.

Hah, ada sampai satu tahap yang sangat menggerakkan aku untuk kembali menulis. Antara asbab yang menjadi pemangkin ialah:
  1. Aku berasa kasihan akan blog yang sangat usang tanpa ada pengemaskinian. Tambahan pula, ada banyak benda dalam kepalaku yang aku rasa sudah hampir mencapai kapasiti penuh dan aku ingin luahkan apa yang terpendam.
  2. Ada beberapa orang bertanyakan khabar blog kepadaku dan aku berasa malas untuk berfikir 145,980 kali mencari alasan bagi menjawab persoalan yang tidak berkesudahan.
  3. Aku berasa murung (baca: depressed) dengan kehidupan aku sekarang. Banyak perkara yang terjadi dan aku amat perlukan satu wadah untuk melarikan diri untuk sementara. Untuk tenangkan diri. Untuk cari balik diri aku yang telah hilang.
  4. Aku rindu blog ini, dan semua yang terkandung di dalamnya. Sekian.

Maka, malam ini aku membuat keputusan yang hampir gila dan secara tiba-tiba untuk kembali semula ke sini. Pada masa segalanya berasa tertekan, aku mesti cari ruang untuk tenangkan fikiran. 

Banyak perkara telah terjadi dalam setahun lebih yang lepas. Dalam jangka masa itulah aku telah melalui tahun pertama MBBS aku di MSU Shah Alam. Survived lah juga. That's why I'm still here hahaha. Bersyukur jugalah lepas untuk masuk tahun kedua. Fuh. Mengenai kehidupan peribadi aku? Buat masa ini aku tak mampu nak berbicara lebih tapi aku boleh simpulkan bahawa tahun lepas ialah tahun paling teruk pernah aku lalui dalam hidup. Aku tak nafikan ada kenangan baik yang berlaku tahun lepas tapi sedihnya the bad outweighed the good. Maaf. At least that's how I see it. Masalah hubungan aku dengan orang lain, masalah aku dengan mereka yang aku sayang, masalah aku dengan konflik dalaman diri aku sendiri, masalah aku yang tak dapat nak kendali masalah. Banyaklah juga masalah yang aku alami. I felt vulnerable dan ada satu masa itu aku rasa tertekan sangat dengan hidup dan rasa macam everything was falling apart. Ada satu masa aku benci dengan diri aku. Ada satu masa aku gagal untuk cari sebab untuk teruskan hidup dengan gembira. Menyedihkan. Tak mengapa lupakan saja. Itu semua sudah lepas. Tahun terburuk itu juga yang banyak ajar aku. Banyak mematangkan diri, banyak mendewasakan hati. Aku bersyukur dan reda dengan apa yang telah terjadi. Kalau semua itu tak berlaku bagaiman untuk aku mengecapi pahit manis hidup sebagai seorang manusia. Okai maka apa lagi yang nak tahu? 

Untuk makluman semua, selepas ini bukan semua post baharu akan dihebahkan kemunculan di laman-laman sosial. If I feel like telling, I will tell and if I don't, I won't. Maka kalau nak baca, kena pepandailah stalk untuk cari ada benda baru atau tak. Aku tak paksa, itu semua kehendak diri sendiri. Rasanya setakat ini saja mukadimah untuk post-post yang seterusnya.  Lagipun aku rasa, lama-kelamaan aku kena kemas kini juga blog ini. Setidak-tidaknya, andai aku sudah tiada lagi di dunia dan berangkat pergi ke kehidupan seterusnya, orang akan ingat kewujudan aku, pemikiran aku, kisah hidup aku. Manusia itu bakal mati tapi karyanya akan terus hidup. Kalau ada yang berasa rindu kepada sang penulis ini, dapat juga dirinya menziarahi untuk membaca semula suara-suara dan guyuran perasaan aku di sini untuk ubati kangen di hati. Semoga segalanya dijadikan iktibar dan pengajaran supaya tidak dibuat lagi khilaf yang telah aku buat, dijadikan inspirasi untuk jadi lebih baik dan agar terus mengingati aku dalam perutusan doa dan kiriman salam.

Selamat malam.

Khamis, 29 Ogos 2013

Doa



Untuk mereka yang masih percaya dan kekal tidak berputus asa dengan rahmat-Nya,

Bismillāh

Kepada Rabb kita bermunajat,
Dan juga meluahkan sesuatu,
Selain menyatakan hajat,
Serta menzahirkan syukur.

Tak usah diikutkan bisikan syaitan,
Yang menjahanamkan segala,
Hidup bertuhan janganlah dipersiakan,
Kembali berpaling semula kepada-Nya.

Jangan dipandang rendah kuasa doa,
dikala hati susah mencari solusi,
dikala hati dianiaya orang disisi,
dikala hati termangu terfikir apa yang terjadi,
Tuhan mendengar segala isi hati,
Baik terungkap mahupun terhijab.

Berusaha, tawakal dan berdoa,
Setiap langkah jangan berputus asa,
Kerana kita ada Dia setiap masa.
Maka celakalah mereka yang berkata,
“Doa hanyalah untuk mereka yang lemah sahaja.”

Kepada Rabb kita berserah,
Dan beriman kepada ketentuan,
Selain usaha dan tenaga dikerah,
Serta iltizam mencapai impian.

'Āmīn

- 13 April 13

Ahad, 25 Ogos 2013

Aku, Kau dan Ego


Istimewa buat kau dan aku yang membaca bersama. Biar sentap pun bersama.

Ego menyatukan kita berdua,
Ke satu landasan yang sama,
Kita sudah hilang percaya antara kita.

Ego membawa kita kepada suatu solusi,
Masing berdiam diri tak meluahkan apa di hati,
Dan akhirnya nekad tak berbicara lagi.

Ego ternyata berjaya mencapai cita,
Pabila aku dan kau tidak lagi bersama,
Dalam realiti mahupun di hubungan maya.

Ego seperti satu janji yang ditepati,
Kau dan aku bersua muka tidak lagi ,
Kita berdua gempita dalam dunia sendiri.

Adakah mampu kita turunkan sedikit ego di dada?
Agar kita berdua bisa bertegur semula hilangkan sengketa?
Dulu jarak antara kita hanya sejengkal jari,
Sekarang rasa seolah jauh sebenua bumi.

- 14 April 13


Khamis, 22 Ogos 2013

Ubah


Nothing.
Tabula rasa.
Aku tak tahu nak post apa dah sekarang ini.

Intro kejap. Sebenarnya aku amat speechless dengan tragedi kejam kudeta Mesir dan juga pergaduhan intermazhab di Syria. Itu tak termasuk lagi dengan isu rakyat Palestin yang mungkin pada saat kita sibuk dengan masalah Mesir dan Syria, mereka masih ditindas seperti hari-hari yang lain. Dan aku, mungkin juga kau sekali, terfikir apa yang boleh kita lakukan untuk selamatkan mereka. Ya, sudah tentu kita tembak doa buat mereka but we've been wondering if we could do anything else for them. Ah lemahnya aku. Lemahnya kita. Umpama seekor rama-rama yang terbang ke arah unggun api untuk padamkan, mati terbakar seolah-olah tidak dapat membantu memadamkan api tersebut walau sedikit.

Al Fatihah [sumber]

Selesai intro yang tak berkait dengan tujuan post. Iman kita, manusia, senang berubah. Sangat senang. Ada suatu masa iman kita bertambah, sepertimana kita berada di dalam rumah Tuhan dan juga bilamana kita membaca firman-Nya. Ada pula masa iman kita berkurang, yakni ketika kita berparti jimba dengan rakan dan juga apabila kita melihat sesuatu yang menaikkan nafsu syahwat. 

Usah tipu. Kita semua pasti melalui dua fasa tersebut. Aku pun sama. Pernah.

Ini bukan post keagamaan. Jikalau anda mencari blog berunsur agama dan penuh dengan hadis serta ayat Quran, blog aku sudah tentu tidak layak untuk berbicara mengenainya. Aku belum sampai kepada tahap boleh mentarbiah dan menyampaikan tazkirah kepada orang sebab aku pun sedar, aku masih serba kekurangan dan banyak lagi yang perlu dikejar. 

Okey, apa yang boleh kita buat ialah jangan judge. Ah silap, bukan jangan judge tapi jangan judge secara berlebihan dan melahirkan rasa prejudis di hati. Manusia secara lahirnya memang akan judge. Kau tak boleh lari daripada fakta itu. Kau nampak sahaja seorang yang tidak menutup aurat mesti terdetik, "ya Tuhan, dia ini memang nak masuk neraka ke terbonjol sana sini," atau kau berjalan di mall dan nampak ada seorang wanita berpurdah kemudian hati kau bermonolog sinis, "hek eleh, nak berlagak baik sangat lettew tutup semua." Inilah judgement. Tak masuk lagi soal perkauman semua. Setiap orang pasti pernah buat. Tapi what makes us different ialah sama ada kita abaikan prejudis dan bersangka baik ataupun kekal berprasangka buruk secara intensif.


Setiap orang ada peluang untuk berubah. Seorang yang jahat ada peluang Tuhan bagi untuk jadi baik. Seorang yang baik ada ruang pula untuk jadi jahat. Seorang yang kurang pandai ada ruang untuknya baiki diri. Seorang yang pandai ada peluang untuk dia dungu kembali. Seorang gay atau lesbian atau apa jualah penyakit seksualiti yang ada kat dunia ini ada peluang dan ruang untuk mereka berubah ke jalan yang lurus dan menjadi lurus. Tidak dinafikan pula seorang yang sememangnya lurus tapi akhirnya jadi bengkok kerana salah percaturan hidup. Hah, masuk bab LGBT pula dah. Sah-sah satgi ada yang report blog aku ini.

The point is everybody changes. Kau, aku, dia, mereka, pakcik jual nasi kandar yang tak sedap tapi mahal, amoi Cina jual tiket bas tapi bas lambat sampai, uncle yang lelong iPhong 5 yang import dari China, budak kecil yang suka kencing berdiri di khalayak umum, Lady Gaga yang pakai penutup kepala dalam video muzik 'Applause' (nak belajar tutup aurat barangkali), semuanya, ya, semuanya akan berubah lambat laun walaupun perubahan itu amat kecil untuk dilihat pada mata kasar kita. Berubah ke arah baik atau buruk? Hanya dia dan Tuhan yang tahu. Itu diri sendiri punya pasal. Tapi sudah tentu manusia itu fitrahnya kepada kebaikan dan akan terdetik juga untuk melakukan kebaikan walaupun sekecil amal. Perubahan juga ambil masa. Kau tak boleh mahu aku terus berubah daripada sebegini menjadi calon Imam Muda musim keempat esok hari. Nonsense la doh!

Sekadar hiasan sebab aku tak tahu nak Gugel gambar apa dah [sumber]

Berikan setiap orang daripada kita masa untuk berubah. Kita boleh nasihat, kita boleh telefon dia tiap-tiap hari dan bagi tazkirah but it's up to them nak berubah bila. Kita hanya mampu berdoa. Kepada ateis aku tak tahulah korang nak buat apa. Teruskan usaha brainwash la kot sebab korang tak berdoa (jangan marah, gurau senda sikit sahaja). Dan ya, berdoa juga untuk diri sendiri agar tidak terlalu menghakimi orang lain dan semoga diri berubah menjadi lebih baik. 

Luqman Din pandai je suruh orang berubah itu ini tapi rasanya dia sendiri tak buat kot.
Well dear, I hope I rather die trying than not doing anything. Sorry kalau saya masih tak berubah di mata awak.

Salam aman,

Winston Merah



Untuk mereka yang masih termenung dan meragui.

Sepam dua Winston menemani,
Malam ini aku termangu,
Tatkala ramai sedang beradu mimpi,
Semasa sepasang kasih berkongsi asmara,
Aku pula masih di sini.

Bait bicaranya menerpa kembali kepadaku,
Harum parfumnya terhidu bahagia di depan muka,
Senyum manisnya dari bibir merekah bak delima,
Halus jemari tangannya dapat direnung dengan mata.

Sepam dua wasap ku hembus keluar,
Ku sedut dalam-dalam,
Ketagihan yang kian pudar,
Agar dapat ku rasa nikmat sementara.

Aku tahu aku harus laju dalam membuka isi hati,
Cepat dalam tindakan agar semua selamat dalam tangan,
Aku tidak mahu dirinya pergi kepada yang lain,
Aku dapat merasai dalam kalbu,
Kau dan aku memang ditakdirkan bersatu.

Sekian jiwangan sekejap sebelum subuh,
Aku janji,
Demi kau,
Ini puntung yang terakhir aku sentuh.

- 20 Agustus 13





PENAFIAN: Rokok dan bahan tembakau, sudah tentu, membahayakan kesehatan dan difatwakan haram di Malaysia. Rujukan rokok dalam puisi hanyalah sekadar metaphor.

Rabu, 21 Ogos 2013

Kangen Malam


Kerinduan yang sedang kualami,
Menyusur ruangan masa yang ada,
Melingkari diriku yang pegun sepi,
Mendambakan hangatnya rasa cinta.

Semasa bulan berlitup tirai langit tujuh,
Dan awan membuka tabir bintang gemintang,
Sementelah angin membawa air tengkujuh,
Juga mergastua bernyanyi riang di padang lapang.

Meliuk jiwaku mengikut rasa rindu,
Basah alis mataku dengan ingatan dahulu,
Esak bicaraku dalam sentuhan dingin,
Fikiran menerawang tanpa kuingin.

Malam yang bahagia untuk bernostalgia,
Waktu yang hidupkan semula retrospeksi lama.

Bertahun sudah kita kenal bersama,
Segalanya ceria seperti di awangan sorga,
Tapi sekarang aku sendiri tanpa kau di sisi,
Tidakkah kau dengar angin malam mengalunkan lagu puisi?

- 22 April 13


Jumaat, 16 Ogos 2013

Licik

[NSFW]
Mengandungi bahasa yang mungkin kurang sopan dan sedikit sensitif kepada sesetengah pihak. Dinasihatkan agar berfikiran terbuka.


Hari pertama Bell masuk kerja semua orang dah bagi tumpuan dekat dia, macam Barack Obama datang Kampung Baru pula aku rasa. Menyampah betei.

     “Dean!”
     “Yes, bos.”
    “Nanti tolong ajarkan Bell macam mana nak jaga kaunter dan kitchen. Al maklumlah dia orang baru, mana biasa dengan benda-benda ni.”
     “Boleh bos, boleh je.”
     “Bagus. Teruskan kerja.”

Heh, sumpah dengan nama roh moyang aku yang berdarah Bugis-Banjar campuran Serani, sebenarnya aku langsung takda mood nak buat sesi tunjuk ajarku sifu dekat si Bell ni. Lagipun hari ni aku dapat tahu awek aku kena sailang dengan kawan aku punya abang yakni bekas cikgu tuisyen dulu.. Dalam hal ni, aku dengar khabar bekas cikgu tuisyen dia tu jadikan dia sebagai rebound girl je. Haih, pi mampuih la. Time aku takde mood ni, ada jugak si Bell aku pelangkung dengan batang mop karang. 

     “Bro, nama aku Fakhrul Din. Panggil Dean je.”
     “Eh, kenapa macam tak relate je nickname kau tu?”
     “Kau kisah pula kenapa? Lantak pi kat aku la kan.”
     “Ok.”

Aku dah cakap, jangan buat aku mengamuk taim taim aku takde mood, kan dah ada bibit kemarahan menjelma. Silap langkah boleh meletus lava api mengalir ke ladang gandum. Hm, aku sebenarnya musykil sebab manager aku amik jantan sebagai pekerja baru. Itu satu benda, lagi satu aku punyalah pelik kenapa nama dia Bell. Bukan itu iras nama perempuan ke? Nama bekas awek la ni. Ini mesti kes susah nak move on lepas break up. Ah kesah pula aku. Manager aku ni lagi satu hal. Bukan ke dia nak pekerja perempuan haritu masa buat iklan dekat NST? Alasannya ironi betul, “ Barulah Stabaks, Alamanda ni ada seri kalau ada bunga, lagi lagi kalau bunga berbadan kerengga, berpunggung bulat." Itu kata dia, alih alih amik pekerja acah acah jantan. Ah, sudahlah!

     “First of all, aku nak tunjukkan dekat kau mesin cashier. Kena tunjuk walaupun kau dah tahu. Kot-kotlah kau ni bebal sangat tak tahu mesin cashier ni pemende.”
     “Gua tahulah.”
     “Ok.”

Seterusnya, aku suruh dia kemaskan meja-meja dekat luar, sapu habuk-habuk rokok yang bertaburan dekat lantai tu. Well, ramai golongan kapitalis suka lepak Stabaks, sambil layan Winston Merah sepam dua. Ada juga lepak sini sembang kencang pasal politik sambil memegang senaskhah Utusan Meloya. Sementalah aku memerhati golongan kapitalis ini, aku memandang beberapa golongan yang kekal menggunakan suratkhabar secara fizikal bukannya bergantung harap kepada iPhone 5, Samsung S4, iPad, Galaxy Tab dan segala gajet dajal yang ada atas muka bumi ini. Mungkin lebih menjiwai. Mungkin.

Jadi, pasal isu Syiah, isu Mesir. Aku ni bukanlah bersifat stereotaip terhadap orang kita sendiri, tapi orang kita ni bagi concern kat sebuah pihak yang tertindas hak kemanusiaan ni ikut trending. Taknak nampak outdated, acah acah follow current issue. Ba alif ba ya. Selepas satu tempoh,  isu itu dipandang sepi jek. Macam dulu, amende entah korang buat solidariti siap tukor avatar Facebook dan Twitter ye idok? (Err termasuklah aku) Jadi aku bet, dalam isu Mesir ni kau, aku, mereka dan kita semua lama-kelamaan pasti lupakan mereka jua seperti isu Syria, Burma, Palestin, Chechnya, Bosnia misalnya. Celaka, berilmiah dan berwawasan juga aku ni rupanya.


Aku perhatikan je budak Bell ni buat kerja sambil hisap Winston merah. Celaka heavennya rasa rokok ni. Kalau hisap betul-betul, rasa dia memang high. Kau boleh rasa high setiap kali kau sedut dan hembus asap dia yang kick gila. Rokok ni taim tengah kaya bolehlah layan berpam pam, kalau tengah kayap? Beli rokok bola sekotak RM 3 la gamaknya.

Lama juga aku perhati budak Bell ni, aku pelik kenapa gaya dia buat kerja macam ada yang tak kena je? Maksud aku ketelitian dia lain macam. Ah, susah aku nak cakap macam mana, fyi aku ni ada sixth sense. Dan selalunya sense aku yang extra tu mesti betul. Heh, persetankan! Janji dia buat kerja.

     “Dean, dah settle dah, anything else?”
     “Takde, kau lepak lah dulu dude. Rehat kejap.”
     “K.”

Bell pun lepak dekat meja tepi kaunter, sambil layan lagu dekat i-Pod dia. Fuh, baik jugak budak Bell ni tak hisap rokok walaupun sepam. Dulu pergi sekolah ugama mungkin. Aku tak tahu kenapa dari tadi aku perhati je tindak tanduk si Bell ni. Aku rasa macam tertarik dengan dia.

Secara tiba-tiba...

Dia buka topi Stabaks dia, terurai lurus rambut dia. What the hell? Dayyum! Perempuan rupanya. Oh mai, nasib baik aku tak terlanjur dalam cinta songsang pandang pertama. Bell mengerling tajam ke arah aku. 

     “Dean, aku nak kau simpan rahsia ni. Kalau tak, nahas kau dengan iPhone 5 kat tangan kau tu.”
     “Err...errrr,” aku terkedu. Diam seribu bahasa.
    “Ada sebab aku menyamar jadi jantan, aku ada personal issue sikit dengan manager kau. Aku nak dia mati dengan senaskhah Quran di tangan.”
     “Kenapa?!”
     “Dia Yahudi Melayu.”
     “Apa kau merepek ni celaka?!” Aku berang.
    “Dia dah murtadkan tunang aku, Farizal. Dia sengaja buat Farizal join investment nokharom dekat Pantai Timur sana. Investment untuk apa, tu aku tak tahu. Aku panggil investment-buto-pakdia.” Aku mula tertarik dengan alasan Bell. Bukan calang calang perempuan ni. Melayu pulak tu, boleh turn on ni.
     “Lepas Farizal invest berpuluh puluh ribu, rupanya manager Yahudi Melayu kesayangan kau tu dah tipu Farizal. Farizal stress dan dalam masa yang sama dia rasa bersalah dengan aku, sebabnya duit yang dia invest tu patutnya jadi duit untuk kitorang kahwin tahun depan.” 

Aku dan dia cuba bertenang. Kelihatan air mata dia bergelenang. Aku kira ini perkara serius, sebabnya kalau hudud ataupun undang undang Hammurabi ada dekat Malaysia, nahas Bell ni. 

     “Kau pun tahu orang kalau stress, senang je nak terpengaruh. Manager bangsat kau ni dah hasut dia supaya tinggalkan Islam. Dia kata, Tuhan kita ni tak tolong pun hamba dia yang dalam kesusahan.” 
      Terpacul langsung dari mulut aku “Mesti tunang kau convert kan?” 
     “Ya. Bukan tu je, tunang aku tak dapat get over segala hutang keliling pinggang dan dia end up hidup dia dengan bunuh diri. Nampak macam dia commit suicide kan? Tapi dalam kes ni kita panggil homocide. Aku malas nak terangkan, kau cari sendiri.”
     “Ooooo,”  itu je respon aku. Jawsdrop jugak aku dibuatnya.

Air mata Bell jatuh berguguran. Nak je aku kesat, tapi aku rasa salah taim pulak nak acah acah jadi arjuna, aku biarkan jelah.

     “Dean, kalau kau ada tengok berita baru baru ni, ada lelaki Melayu yang mati kena gilis kat LRT Hang Tuah, itu tunang aku. Dia bunuh diri dekat situ. Dia…… dia mati dalam keadaan murtad. Meski dekat akhirat pun, aku takkan jumpa dia. Dia…. dia ahli neraka Dean. Ahli neraka.” Bell menangis sambil berpeluk tubuh.
     “Jadi, kau nak balas dendam? Kau pasti Bell? Bunuh orang pun nanti jadi ahli neraka.”
    “Aku tahu. Tapi aku nak dia mati. Aku nak manager kau mati. Untung kalau sempat mengucap syahadah, tuhan masih sayangkan dia. Kalau tak sempat, jumpalah aku nanti kat neraka.”

Nawaitu perempuan ni aku consider memang power betul. Cukuplah dengan semua perkara senggama minda yang berlaku harini. Lantak kau, aku taknak masuk campur kes hidup mati orang lain. Kena panah petir dengan Tuhan baru tahu. Belum lagi urusan dua malaikat dekat kubur nanti. Sial, takut aku.

Aku beredar dari situ. Hmm licik sia perempuan ni. She gained my respect.

Cerpen ini ialah projek duo daripada kami, Abidah Juyahir dan Luqman Din.
Plot hasil buah fikiran Abidah Juyahir pada 21 April 2012.
Disunting dan ditokok tambah oleh Luqman Din pada 15 Ogos 2013.

Kembali

As Salam. Peace. Salam aman.

Pertama sekali, maaf bagi yang menunggu selama 462 hari untuk post baru daripada blog ini. Mungkin ada yang sudah berputus asa dan mungkin ada lagi yang menaruh harapan untuk melihat post baru pada masa hadapan. Sekali lagi, aku mohon maaf. Well, here it is guys. Aku berjaya pujuk dan paksa diri sendiri untuk menaip post yang baru untuk tatapan anda semua.

Dengan seriusnya, aku benar-benar seronok. Hepi. Eksaited. Apa-apa sajalah yang bersinonim dengan perkataan gembira. Aku rasa blog ini macam dilahirkan semula. Rasa je lah. Betul ke tak itu lain kira. Dah setahun lebih aku menunggu saat blog ini kembali bernafas. Lega.

 Macam inilah reaksi aku sekarang. SERIUS SERONOK! Hihihihi [sumber]

Tidak dilupakan juga reaksi korang semua di luar sana, kan?

"Kau tau tak Luqman Din sudah publish post baru selepas setahun tiga bulan?" "OMG ARE YOU ASDFGHJKL SERIOUS?! KEAJAIBAN DUNIA!" [sumber]

So anyways, tak banyak sangat aku nak cerita dekat sini. Aku tahu korang semua terfikir apa jadi pada aku dalam setahun lebih ini tapi kalau aku cerita satu persatu memang kena buat 128979 post la kan. Cukuplah kalau aku ringkaskan beberapa perkara.

Okay shall we? Tarik nafas panjang dan hembus keluar dengan tenang.

Pertama sekali, kalau korang dah baca pasal post interview MARA semua tu, aku dengan redanya memaklumkan yang aku tak mendapat pun scholarship MARA pergi Ireland tersebut. Aku redha. Aku tak boleh pasrah sebab pasrah itu menyerah. Terus terang aku cakap, aku agak sedih. Depressed jugalah sebenarnya. Biasalah tu sedih bila tak dapat tawaran ke luar negara sedangkan ramai kawan baik aku yang lain pula dapat pergi. Toksah nak buat sedih sangat la na, cheq sakai hang nanti. Haha okaylah. Kita move on. 

Tapi Tuhan tahu yang terbaik buat aku. Dia sudah tentulah Yang Maha Memahami. Syukur, kerana UPU, aku mendapat tempat di International Islamic University Malaysia (UIAM) untuk program faundasi sains biologi. Entah bagaimana ajaibnya aku tetiba tahu habla habla bahasa Arab kemudian aku berjaya dapat buat program satu tahun saja hihi. Aku hanya singgah di UIA selama sebulan tapi pengalaman di situ terlekat di hati bagaikan setahun. Aku nak tukar ke bidang medik tapi agak susah kerna aku kena compete dengan senior second year untuk masuk degree medik. Sebabnya aku daripada bidang sains biologi. Nak masuk ke degree bidang medik kenalah bersaing dengan orang yang memang sedia maklum bawah bidang medik untuk dapatkan tempat. Genap sepurnama aku dapat keputusan rayuan MARA. Sekali lagi bersyukur, aku mendapat tempat di Management and Science University (MSU) untuk melalui program faundasi sains medik selama setahun di bawah tajaan MARA. So I guess rejeki aku dekat tanah air saja la kan for time being? Redha :)

Barisan akhi dan ukhti sekelas ana di CFS IIUM Petaling Jaya. Semuga ada peluang dan ruang untuk kita bertemu lagi. Amin.

Inilah 46 rakan sekelas MARA aku di MSU. They are great and amazing buddies. Cari kami di hashtag #MARA12 di Twitter. Eh.

Pengalaman aku di MSU sangat banyak. Aku mungkin tak sempat nak ceritakan semua di sini tapi apa yang pasti tahun faundasi aku di universiti banyak jugalah membuka mata aku tentang kehidupan dan persahabatan. Jangan disamakan dengan tahun-tahun aku di koleq. Tak sama. Jis dan auranya tetap berlainan sama sekali. Fasa di universiti juga mengajar aku untuk bertindak lebih matang, tak boleh selalu emosional tetapi perlu sentiasa rasional dan berfikiran lebih ke hadapan sebab masing-masing sudah beralih menjadi remaja dewasa. Okay, how's about your academic results? Kongsilah. Hahaha janganlah yu tanya pasal akademik ai. Seriously aku tak mampu weyh nak dapat 4 rata untuk ketiga-tiga semester aku di MSU. Misi gagal. Tapi syukur lah juga sebab CGPA aku okay je. Nak tahu ai dapat berapa? Hah, tak payahlah. Korang semua mesti lagi pandai daripada aku.

Selesai mengenai apa yang terjadi kepada aku selama setahun lebih ini. Sekarang aku menunggu untuk masuk degree (di MSU juga, ya) pada awal Oktober dalam Medicinae Baccalaureus, Baccalaureus Chirurgiae atau bahasa ringkasnya, Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS). Doakan aku tekad dan nekad belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi doktor bertauliah sebab aku sedar aku ini seorang pelajar yang suka terkinja-kinja bermain sana sini dan berhibur tak ingat dunia tanpa menyedari peperiksaan semakin dekat!

Nota kaki: Eh pendek kan post kau kali ini? Aku cuba untuk kurangkan merepek dan berpegang teguh kepada isi utama yang mahu disampaikan haha. Oh ya, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

Duit raya? Aku tak mampu nak bagi kat korang semua. Nantikan cerpen pada pukul 11 malam ini.

Jumaat, 11 Mei 2012

Interview MARA 3.0

MARA! MARA! MARAKAN DIRI ANDA!

As Salam. Okay abaikan poster di atas. Interview ini tidak berbaur politik. Maka tiada kaitan dengan kelibat Datuk Ambiga ke, warna kuning ke, gotong-royong ke, ke-bersih-an ke. Harap maklum.

Aku mahu berbicara mengenai temu duga MARA aku. Ya, bertemu untuk diduga. Untuk pinjaman boleh ubah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini, aku telah memohon program ijazah luar negara dalam bidang perubatan. Ke mana? Ireland atau UK. Alar, mohon je, nak cuba nasib, kalau dapat tu dapatlah kan? InsyaAllah ☺ (ayat klise).

Alkisahnya, pada tengahari 8 Mei haritu keluarlah semakan nama yang dipilih untuk temuduga. Masa itu jugalah mood aku tetiba bertukar. Serius gelabah dan tak keruan uols! Ingat senang ke nak dapat even to be shortlisted.

Inilah surat tawaran yang didapati setelah 23,579 kali refresh page semakan. K tipu tapi memang banyak kali aku tekan.

Alhamdulillah. Got the Ireland one. Selepas dapat surat tawaran itu baru aku perasan yang aku ada 2 hari saja nak buat research dan prepare bagai O.o. Aku bernasib baik sebab dapat second batch, bermakna aku dapat hari kedua temuduga MARA se-Malaysia, senanglah kalau first batch sudah habis temuduga, bolehlah serang dan terjah mereka untuk selongkar soalan apa yang ditanya hewhew.

Jangkaan aku benar, ada saja mereka-mereka yang first batch mencheritakan pengalaman temuduga di laman sosial Twitter, Facebook dan Friendster. Aku juga buat research sikit mengenai MARA, jurusan perubatan serta sistem pembelajaran di Ireland. Tak cukup dengan itu aku guna khidmat Google dan terus menggugel segala blog post yang berkaitan agar dapat timba ilmu mereka yang sudah pergi temuduga. Nah, hambek mung! Memang banyak pun yang dah update pasal interview MARA. Laju betei korang kan? Kemain :B

Malam temuduga - ehm malam inilah tetiba hati rasa insaf nak keluar talian Twitter dan Facebook lebih awal. Taknak gangguan duniawi katanya. Gitu. Seorang sahabat yang baik juga sanggup emelkan kepadaku tips-tips interview walau tak dipinta (Thanks bro, I'm touched :'3). Semalam aku lelap awal. Kemudian mimpi puaka apatah. Cis, inilah namanya Sindrom-Ketakutan-Tahap-Maksima-Sebelum-Hari-Interview.

Pagi itu aku terjaga sendiri. Pukul 6.20 tepat pula tu. Terima kasih mimpi puaka kerna gerak Subuh! Lepas bersiap semua aku dan makcik aku terus berangkat ke Kolej Poly-Tech MARA Bangi. Kami sampai sejam lebih awal. Untunglaaaa. Termenung sana, termenung sini, kemudian diuar-uarkan supaya beratur untuk daftar dan ambil nombor giliran. Aku dalam Panel 4 dan kebetulan aku dapat nombor D-4. Temuduga aku bermula pukul 9 pagi.


Orang Cina kata nombor 4 maksudnya 'mati'. DAH, KAU DIAM!

Kumpulan aku ada 8 orang. Semua hensem dan cantik ooouhhh *tetiba. Ada 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan (Yin dan Yang seimbang kan? Kbai).  Berikut ialah ahli-ahli panel aku: #1 - Seorang Gadis Berhijab Ungu *aku lupa namanya :(*,  #2 - Puteri Arnawati,  #3 - Gadis Berhijab Merah , #4 - err err err, #5 - Khairy Harmaini, #6 - Faziera Yaakub, #7 - Nazrul (kot, tak ingat), #8 - Bro Berkaca Mata. Sebelum kitorang masuk dalam bilik temuduga, kitorang had a brief gossip chat lah. Biasalah nak pecahkan ais. Sempat juga bercerita kebarangkalian soalan yang ditanya. Mereka pun ada yang sudah gugel dan buat selidik pasal soalan temuduga. Kan aku dah cakap jangan kufur nikmat Google? Sangat membantu.

Masuknya kami ke dalam bilik temuduga itu kelihatan 3 orang dewasa. Ya, merekalah yang akan menemu duga kami. Merekalah yang putuskan siapa ke Ireland. Nasib kami di tangan mereka *over. Kami mendengar dengan teliti briefing interview yang diberikan. Kami dapat kes selidik C. Cuba teka kami dapat kes selidik apa? Dapat mengenai situasi yang mana ada dua orang yang telah terlibat dalam kemalangan. #1 - Seorang yang berumur 20 tahun dan merupakan harapan keluarga setelah kematian ayahnya. Sangat gempak dalam belajar #2 - Seorang yang berumur 60 tahun. Businessman berjaya. Banyak menyumbang kepada negara. Sebagai seorang doktor, kamu harus memilih untuk selamatkan salah satu. Beri pendapat anda. Kami 8 orang terus berpecah dengan sendirinya. 4 orang ambil nak pertahan orang muda, 4 yang lain pertahan orang tua. We are given 40 minutes to discuss. Boleh pilih sama ada nak group presentation, debate or mock meeting. Disebabkan mock meeting kurang tensi nak dibandingkan dengan debate, kami hanya berbincang sajalah sesama sendiri. Kami bincang ikut kumpulan 4 orang yang berpecah tadi kemudian bila 15/10 minit sebelum tamat masa diskusi baru kami gabung 8 orang balik untuk persembahkan hujah untuk pertahan side masing-masing dan capai satu kata sepakat. Lepas itu ada sesi Q&A. Babak ini yang paling aku takut. Sebab interviewer akan tanya secara individu. Tapi kumpulan aku hanya 3 orang sahaja yang ditanya soalan. Antara soalannya ialah, "What is the purpose of the discussion?" "What is the most challenging moment in the discussion?" "Do you think you will do better if the discussion is not in English?" (Notis - Aku dengar samar-samar je sebab aku duduk di hujung meja. Ahli panel aku yang kena tanya ini pula seberang jauh meja lain. Kalau salah harap diampun).

Komentar dan tips secara keseluruhan:
  • Temuduga ini serius sangat seronok dah ohsem. Kalau korang enjoy betul-betul dan mingle dengan ahli-ahli panel korang, korang tak sedar pun yang masa 40 minit telah berlalu. Maka, berseronoklah! :D
  • Korang tak perlu jadi genetik dominan dalam semua perkara, yakni jadi ketua or such. Hanya relaks dan berbincang dengan berhemah. Bak kata tips seorang kawan aku, " its not necessary to be a leader. Just be active in the discussion". Lagi molek kalau bantu ahli panel korang yang mungkin senyap sedikit. Bagi dia sokongan! :)
  • Dalam diskusi nanti mungkin korang perlu capai kata sepakat mengenai solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah atau situasi itu. All opinions is true. Tapi lebih baik sekiranya satu kumpulan korang come out with satu pendapat yang dipersetujui bersama. Teamwork atau esprit de corps yang sebenarnya interviewers nak tengok :B
  • Aku nak korang ceria saja masa temuduga. Jangan buat muka masam, sembelit, nak buang air, sakit PMS dan sebagainya. Senyum. Kalau boleh, buat humor sikit untuk longgarkan situasi tegang temuduga itu. Biasalah semasa temuduga misti semua nebes, maka apa salahnya kalau kita bergurau senda sedikit? Kumpulan aku tadi memang havoc. Best sungguh kot hewhew :3 (AMARAN - Jikalau nak dibuang nama dengan cepat bolehlah gelak meroyan macam pontianak. Be moderate. Ini bukan pentas temuduga Raja Lawak).
  • Err err sebenarnya tak perlu pun bawa sijil-sijil asal. Untuk kod temuduga akulah. Yang lain aku tak tahu menahu pula. Tadi bawa pun hanya sebagai perhiasan saja, tak dilihat malah dibelek pun.
  • Temuduga ini secara keseluruhan dalam BAHASA INGGERIS. Jangan korang ingat sebab aku tulis post ini dalam bahasa kebangsaan maka temuduga dalam BM. Grammar berterabur? Jangan risaulah. Kita bukan native speaker pun kahkahkah. Lagipun ini bukan Penilaian Lisan Bahasa Inggeris SPM. Just talk with confidence beb!
  • Soalan/kes selidik kumpulan aku adalah SALAH SATU DI ANTARA soalan-soalan yang bakal diberi untuk diskusi kumpulan. Mungkin korang akan dapat soalan lain. Mana nak cari? Haaaaaa, pepandailah gugel :8) 
  • Buat yang ingin tahu, keputusan temuduga akan keluar pada 1 haribulan Jun. InsyaAllah. Kalau nak masuk IPTA yang telah UPU pilih, masuk sahaja dulu.

Aku doakan kita berjaya. Amin. Good luck guys! Terpilih atau tidak itu kita serahkan pada-Nya. Ingat bahawa hanya Tuhan yang menentukan segala. Berdoa dan berusaha yang terbaik. Ambil kesempatan temuduga ini sebagai peluang untuk tunjukkan bahawa kita memang layak dipilih MARA. Bawa bertenang dan nikmati minit-minit temuduga dengan hati yang relaks :)

WE JUST DO OUR BEST AND LET GOD DO THE REST


S: Eh, sikitnya gambar. Mana yang lain?

J: ka0 hengart ak0 pergi sh0pping Pavilion KL kew nak candid bagai??

Jumaat, 16 Mac 2012

Hai :3

As Salam. Hai semua :3

Okay jangan ketuk kepala atau tampar pipi aku. Fine. Aku akui aku telah menganaktirikan blog ini dengan Twitter. Alar, tak lama kot. Aku rasa last post aku 2 hari lepas. Err.

How's everyone? Semua sihat? Aku doakan korang sihat saja di samping keluarga terchenta. 3 bulan aku tinggalkan blog ini. Followers pun dah berkurang :(

Aku ingin bercherita secara ringkas. Baca dan fahami.

CHERITA #1: Aktiviti di rumah.

Aku tanam anggur. Ya, menganggur saja. 3 bulan lebih aku dok rumah je kebanyakan masa. Online. Makan. Tidur. Online. Makan. Tidur. Aku tak tahu lagha ke tak rutin harian aku ini? Sobs. Aku ingatkan kehidupan lepas SPM penuh dengan warna-warni keceriaan tapi demmm bosan jah! -.-

Kerja? Jangan harap. Diri ini sudahlah malas nak angkat cerek jerang air kau suruh kerja?

"Pemalas ini kau nak suruh kerja? HAHAHA buat aku gelak je weyh"

CHERITA #2: Lesen P kereta

Tak tahu ke uols aku ambil driving class sepanjang liburan lepas SPM ini? Setelah 8 jam aku belajar dengan cikgu memandu aku, mengharungi panas terik hujan badai, diselubungi perasaan takut langgar makcik jual kuih tepi jalan dan juga kerisauan kereta meletup tengah jalan, aku akhirnya berjaya jugalah drive. 

Test JPJ aku? Sehari sebelum test cikgu aku suruh test driving dekat Jalan C. Jalan yang masuk bandar itu. Tetiba enjin mati dekat simpang. NAH, KETAQ DAN GELABAH AKU HABAQ HANG! Sudahlah esok test, hari terakhir pula driving aku menggila :( Malam itu aku solat hajat bagai, cuak esok hari. Keesokan harinya, 15 Mac, aku pergilah test JPJ walaupun tak konfiden. Aku bernombor giliran 28. Semasa test naik bukit, first attempt aku tak masuk dalam line. Cis, aku dah mula gelabah. Nasib baik second attempt masuk. Fuhh, kalau tak gagal lah aku untuk ujian dalam litar.

Untuk ujian jalan raya, aku dapat tester lelaki (ingatkan dapat seorang tester perempuan JPJ itu hm). Aku pun memandulah dalam keadaan diam. Serius macam hantu sebelah aku. Cuak kot. Tester itu senyap je. Aku dapat Jalan C. Dalam hati berdoa saja agar tak mati enjin macam semalam. Alhamdulillah. Sampai je balik dekat Institut Memandu itu aku rasa nak menjerit. Yela, berjaya drive sampai habis, bukan di-drive balik oleh tester JPJ hahaha.

18/20. Couldn't believe myself. Alhamdulillah I got my P :B

CHERITA #3 : The Hunger Games

Minat terhadap The Hunger Games nukilan Suzanne Collins datang secara tetiba semasa aku stalking FB seorang junior aku. Ada kawan perempuan dia recommend. Starting from that point, aku sudah mula menyukai series ini. Semasa aku dan keluarga meninggalkan negeri Pearl Lace untuk ke Sungai Petani, Kedah bagi menghadiri kenduri Isnin lalu, aku ambil kesempatan berhenti di MPH untuk beli novel The Hunger Games. Series ini ada 3 novel, The Hunger Games, Catching Fire dan Mockingjay. Tapi dekat MPH Tesco Sungai Petani itu ada novel pertama saja. Beli sajalah daripada tak ada langsung. Balik rumah aku terus jadi avid reader. Baca novel itu sampai pukul 3 pagi. You can finish it in a day. Seriously. Awesome storyline. Oh ya, lupa nak beritahu. Movie dia keluar 23 Mac ini. Check out the trailer! :B

Katniss Everdeennnnn :3

That's the book. Yang atas itu birthday present dari seseorang. Terharu. Lama tak dapat present :')

CHERITA #4 : SPM RESULTS

YA ALLAH CUAKNYA HATI AKU APABILA MENDAPATI RESULTS AKAN KELUAR PADA 21 MAC. AKU HARAP AKU, BATCH AKU DAN FIVERS SELURUH MALAYSIA DAPAT KEPUTUSAN TERBAIK. 1994's WILL BE GREAT. AMIN. TAWAKAL PADA-NYA. (TAK TAHU SEBAB APA AKU TULIS SEMUA DALAM HURUF BESAR ARRGGHHH TAKUTTTT)



P/S - Esok aku update lagi. Esok okay. Tak tau la tarikh esok itu bila. Eh.

Esok 17 Mac. Saja cakap :B

Ahad, 1 Januari 2012

Wishlist 2011 Parte Dos

Sambungan Part 1 tahun lepas (lama la sangat, semalam je pun :P)

Berikut ialah sambungan wishlist aku untuk tahun 2011 lalu. Kebanyakan ini tak tercapai pun -________-"

[/] Mempunyai mp3
- Thanks Abah. Aku akhirnya ada mp3 sendiri. Tak perlu lagi nak pinjam siapa-siapa macam dekat hostel dulu haha. Apabila aku bosan saja, terus flip earset. Aku dengan dunia aku :)

[X] Merantau solo ke tempah jauh
- Dah angan-angan aku nak merantau sendiri. Mungkin bercuti seorangan di Tioman, daki Kinabalu atau shopping di Kuala Lumpur. Keseorangan, yeah aku forever alone lagi haha. Tapi masih tak berjaya lagi. Aku masih perlu hidup dengan keluarga. Kadangkala aku rasa hidup dengan famili best juga. Jangan demand nak hidup bebas sangat. Hargai mereka selagi bersama okayh? :)

[X] Mempunyai kawan dari benua Amerika Utara atau Selatan.
- Kawan di Facebook pun jadilah. Aku dah ada kawan Facebook dari Asia (obviously la kot -.-), dari Eropah (Perancis, Greek dan Albania) dan juga Afrika (Madagascar). Semuanya accidently kenal haha. Kalau dah cukup, bermakna aku dah ada kawan dari seluruh benua, kan?

[OTW] Straight A+ SPM
- Belum lagi dik. Kalau tak dapat, straight A's sahaja pun jadilah kan? Amin :)

[/] Menyaksikan Wind Orchestra 2011
- Setakat peringkat saringan saja. Tak dapat usha Finale sebab aku ada latihan forum kebangsaan. I really have a passion in orchestra indeed, especially koleq punya :D

[/] Dapat jadi French Best Student 2 tahun berturut-turut
- Syukur, aku dapat pengiktirafan ini untuk 2010 dan 2011 :)

[X] Followers blog melebihi 500+
- Sudah terang lagi bersuluh la en? Need a lot to do. Lagipun aku jarang update atau blogwalking sebab tumpu SPM.

[X] Membeli sesuatu barang secara 'online'
- Tak, bukan benda maksiat itu hahaha. Contohnya macam jaket Muse atau rambut Gaga trololol

[X] Menerbitkan karya dalam surat khabar atau majalah
- Aku nak cuba juga siarkan titik peluh tangan aku di situ. Belum lagi berkesempatan :/

[/] Post video di Youtube
- Cis, video remix lagu Scheibe yang aku buat sendiri. Tak dapat sambutan. Sudah dipadam haha

[X] Fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis (kayu ukur: penulisan dan percakapan)
- Sadly, no.

[/] Shopping di Body Shop
- Hahahaha, macam minah pulak shopping-shopping -.-' Aku dengar barang sana agak mahal. Maka nak coba jugalah ada barang mahal :O #jakunorangkampung

[/] Membeli suatu album muzik yang tulen
- Adele's 21 hell yeahhhh! :DD

[OTW] Ambil lesen kereta
- Nanti, dalam bulan Januari ini mungkin

Akhir sekali,

[///] Witness a miracle :)
- Terpengaruh dengan cherita A Walk To Remember la ini. Korang tengok tak? Syok doe. Seewwwittt gilaaaaa :') Actually it was a LOT of miracles. Aku tak tahu pula tahun ini sangat istimewa. Miracle sebab dapat menang forum negeri, miracle sebab dapat award DELF, miracle sebab dapat kenal batch aku yang sangat aku sayang, miracle sebab dapat tengok banyak 0711 buat untuk koleq, miracle sebab aku dapat kenal banyak osem people sepanjang tahun ini, miracle sebab aku dapat kenal siapa kawan dan siapa lawan. Dan miracle aku dapat tinggalkan 2011 dengan sejuta memori yang tak dapat aku ulang balik :)

In a coconut shell, aku rindu 2011. Cepat buat kajian mengenai time machine agar aku dapat pulang semula ke hari pertama 2011 hahaha

BABAI 2011, HAI 2012. Semoga tahun ini akan menjadi hebat. Aku doakan kita semua kekal sihat, gembira dan berjaya. Amin.

Signature buruk haram. Tak pandai. Maaf

Sabtu, 31 Disember 2011

Wishlist 2011 Parte Uno

Salam :D

Iya, sorry dah lama tak update blog karat ini dek sibuk tahap gaban (seriously mesti korang dah lali alasan ini en? muahaha). Ini pun setelah didesak oleh beberapa pihak berwajib :P

Straight to the point, aku dah habis SPM dah weee. And alhamdulillah semua dapat diusaikan dengan baik (just Bio arrghhh sikit la haha). Sekarang ini aku dalam periode menganggur dekat rumah. Bosan gila duduk rumah tanpa ada kerja doe. Rutin harian aku macam biasalah, online hampir 24/7 haha. Gila tak ada life!


Dalam post terakhir 2011 ini aku nak cerita pasal wishlist 2011 aku yang aku buat awal tahun dulu. Tak semuanya berjaya ouh -.-

Okaylah, jom periksa satu per satu:

[/] Lulus DELF BI
- Syukur, aku pass dan berjaya dapat third rank in Malaysia. Nasib je tu. Listening aku teruk kot haha

[X] Boleh berenang dengan jayanya
- Sadisnya aku tak reti lagi berenang. Maka kalau aku pergi parti, janganlah lempar aku ke dalam kolam      renang kalau tak nak aku mati awal haha

[X] Berbahasa Jawa dengan cemerlang
- Aku mulai belajar bahasa Jawa dengan kawan aku Reeza dari akhir tahun lepas lagi. Tak berlatih sangat maka dah banyak dah lupa -.- Got to improve more next year

[X] Mempunyai smartphone ex. iPhone atau Blackberry
- Aku memang idam ini. Blackberry Curve 9360 pun jadilah haha.

[/] Menonton filem terakhir HP, Harry Potter and the Deathly Hallows Part II
- Aha, fly ke Ipoh kot. Shhhhh :P

[X] Mempunyai semua koleksi filem Harry Potter
- Buku dah ada semua dah. Cuma filem saja. Nantilah aku muat turun haram haha

[/] Menjejak langkah di luar negara
- Songkhla haha. Best juga kot. Nak pergi lagi Tanah Siam :)

[/] Dapat 'A' dalam Matematik Tambahan
- Alhamdulillah, subjek yang selama ini menjadi subjek pembunuh aku akhirnya berjaya dibunuh aku dengan mendapat A solid dalam Trial JPN :D

[X] Menghabiskan diari Jagad Khayal hingga hari terakhir 2011
- Gedik nak ada diari. Padan muka. Tak sempat habis pun. Malas nak update muahaha

[X] Memiliki iPod Touch wooo!
- Materialistik kan? Itulah alter ego aku haha. Nak juga satu produk Apple :)

[/] Dapat banyak doughnut request haha
- Aku minat makan Big Apple ini. Besides kalau kawan bagi, memang osem gila :D

[/] Pergi Hari Kebudayaan Bahasa Perancis buat kali ketiga
- Guess what, tahun 2007, 2009 dan 2011. Semua aku pergi doe haha. Tahun ini pun pergi sebab nak ambil anugerah DELF B1 itu.

[X] Baca semua novel yang aku beli tahun ini
- Pffft, dari 'A Thousand Suns', 'The Zahir', 'Bumi Cinta', 'Syahadah Gadis Ateis', dan ada lagi, aku masih tak habis baca -________-"

[/] Memenangi pertandingan yang besar
- Ini memang tak sangka. Syukur lagi sekali. Aku masuk team Forum Remaja dan kami menang peringkat negeri Perak. Sudah lama koleq tak masuk kebangsaan. We made a history.

[X] Menghafal 7 national anthems
- Ini memang kerja lagha, tiada fungsi. Sekadar untuk saja-saja hahaha. Aku tak hafal lagi. Sekarang ini yang aku hafal ialah lagu Amerika, Perancis, Malaysia (of course -.-), Singapura, Brunei dan Afrika Selatan haha. Oh ya, satu lagi yang tak hafal ialah Kanada :P

[/] Beri something kepada budak SSP/TKC/STF
- Aku tak tau kenapa aku ada intention nak bagi dekat sekolah all girls ini. Just saja-saja je kot. Maka, aku pernah la bagi dekat budak(s) satu sekolah antara tiga ini :)

Itu sahaja setakat sekarang. Sambung lagi Part 2 bila tahun 2012 haha.

Jumaat, 11 November 2011

Sijil Pelajaran Malaysia

Salam.

Aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya untuk semua fivers di Malaysia ini yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai minggu depan. Come on guys! Inilah perjuangan terakhir kita sebelum meninggalkan alam persekolahan. Seribu kemaafan juga aku pohon untuk seantero manusia yang hidup dengan aku, sorry kalau ada terlancap kata, melebih-lebih dalam sesuatu perbuatan, sakitkan hati atau perasaan dan apa-apa jua yang menganggu kehidupan anda. Doakan kejayaan aku, batch ini, 0711 serta semua fivers di seluruh Malaysia. Para guru, halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan. Ibu bapa kami, redailah kami, anak-anakmu. Berkahilah kami dalam perutusan doamu. Semoga impian, mimpi dan harapan cemerlang kita Dia kabulkan. Amin. Biarlah kita keluar sekolah dengan meninggalkan kejayaan yang akan dikenang selamanya.



BITTAUFIQ WANNAJAH, GODSPEED ALL :)

P/S - Wahai blog, pada tarikh ini aku ceraikan kau dengan talak satu. Tanggal 1 Disember kita rujuk kembali okayh? :DD

Ahad, 23 Oktober 2011

Gimana efek Google atas memori anda



Baca ini :D


Maka, rasanya kita perlu ubah ke cara yang lebih primitif, kurangkan Google dan baca buku tebal-tebal di library -__________-"

Khamis, 13 Oktober 2011

Hiatus

fuhh, lama gila tak ber-update. hello dan salam sejahtera semua! :D

aku benci nak ungkap ayat cliche ini tapi takpe lah, aku cakap juga.. SORRY LA LAMA TAK UPDATE BLOG INI, MACAM BIASA, AKU SIBUK -.- hahahaha

Masa aku menaip post ini, sebenarnya aku ada 30 hari lagi sebelum SPM. Iya, TIGA PULUH HARI BERSAMAAN SATU BULAN DAN TUJUH RATUS DUA PULUH JAM SAHAJA LAGI.

aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak, aku cuak

Trial SBP dan JPN semua dah usai. Results aku takdelah gempak mana, macam teruk gak la sikit-sikit. Dalam trial SBP aku hanya dapat 7A saja manakala JPN punya pun 7A juga bersama Kimia dan Fizika berkait markah 68 -.- Frust gila tak dapat A lurus.

Dengan serius, aku hendak struggle habis-habisan sebulan ini. Tak nak lagi kecundang macam peperiksaan percubaan. I need to work harder as jobs don't grow on tree. Hendak kerja yang baik kenalah belajar pun baik. Aku teringin nak kerja kaya-kaya maka aku boleh tabur duit atas highway sambil pandu Ferrari haha (materialistik bagai -.-)

Kepada semua candidates SPM, ayuh kita bersama menggapai impian straight A+!! Inilah perjuangan kita yang terakhir. Semoga kita berjaya. Bonne chance :)

P/S:






















err, CELAH MANA AKU MANDI DENGAN SEPUPU AKU INI? haihhhh -____________-"

Ahad, 4 September 2011

Raya + Merdeka (Part 2)

Daripada Part 1...

Suria memancar terik, jelas terzahir kegembiraan bagi mereka yang serik menanti sekian lama

Syahadan, pagi esoknya itu tiadalah bangun aku untuk sahur (apa ke bangang manusia bangun sahur pagi raya en? -.-). Mentari raya menyinar suluh di celah bukit bukau, benak cahayanya menyorot wajah kegembiraan merai Syawal. Gosh, pagi ini aku hampir-hampir terlepas solat sunat Aidilfitri sebab terlambat. Mandi sunat lama la katanya. haha. Nasib baik masa sesampainya di masjid, Tuk Imam tengah bagi taklimat instruksi solat sunat raya. fuhhh lega den. Tengah-tengah syok dengaq khutbah, tetiba meletup mercun bola tak jauh dari pekarangan masjid. Darn! Hampa gila ka apa pagi-pagi ghaya ni?! Tersentak aku semasa berdoa tadi -.- The good thing is, Tuk Imam tak melatah haha :D

Lepas solat raya, berjalan ke rumah sepupu untuk sesi fotografi, menambah koleksi potret raya setiap tahun. Tiap-tiap tahun memang wajib punya tangkap gambar. Boleh buat posing baju raya baru kan? haha. Itulah -mungkin- antara objektifnya. Usainya segmen fotogedik fotogenik, bergerak ke makam my ancestors (ceh, over ayat BI). Orang kita memang macam ini kan, bila raya je baru nak ingat kubur. Sebenarnya kubur tu bukan buka setahun sekali saja, setiap masa ada tersedia. Kalau hang rasa nak pi kubur tengok makam sanak saudara dan atuk nenek, pi je la bila-bila masa, toksah tunggu hari raya. Amboi, hampa ingat hari raya ke baru kubur buat open kubur? -.-

kids today, segala benda perlu dihebohkan satu Twitter~

Balik lepas berziarah di rumah pakcik dan makcik serta rumah kawan lama aku, Farizuan, aku terus tertidur kepenatan. Tapi bersyukur juga dapat seamaun duit raya. haha. Ingatkan dah naik 17 tahun dah masuk invalid age untuk terima duit raya ini, tapi persepsi aku songsang juga :D Mungkin muka seposen aku semasa bersalam raya juga menjadi pemangkin pemberian duit raya haha who knows? Malam raya kedua yakni malam kemerdekaan, barulah aku ada tenaga nak pergi rumah sepupu perempuan aku (chewah). Sambil makan laksa sambil itulah juga aku ketawa bersama dengan sepupu sebab tengok cherita Kisah Andartu Cari Suami apa tah di kaca TV. Suasana di luar, mercun dan firework meletup-letup. Yeahh, esok merdeka bang!!

aku dah berazam nak raya sambil kibar bendera. yea, patriotik dalam raya-tik :D

Esoknya kami sekeluarga pergi open house rumah maksu aku. Ramai juga yang datang, termasuk paklang, makngah dan makcik aku. Havoc sikit haha. Masa inilah aku juga nenda aku. Lama dah tak jumpa sebab duduk asrama la katakan. By the way, sesi mengumpul duit raya masih juga diteruskan hehe. Alang-alang ramai ahli famili balik ini, ambillah peluang kan? (teruk betul sifat materialistik haihh).  Petang itu baru aku ada masa nak lawat rumah-rumah jiran especially sepupu-sepupu jauh aku. Aidilfiltri memang masa yang sesuai untuk eratkan silaturrahim. Ada kalanya orang itu hanya kita jumpa setahun sekali je sebab kekangan kerja, sekolah dan masa yang tidak mengizinkan. Maka, janganlah online dalam bilik atau terkangkang je depan TV itu, rajin-rajinlah berziarah semasa Syawal ini :) Mana tahu kita tak berkesempatan dah nak berjumpa tahun hadapan.

Restoran wajib aku bila balik Pearl Lace :D

Malam itu makan malam bersama-sama keluarga di Restoran Rusnani Beseri haha. Keluarga Deen mengambil modus operandi ini untuk menyambut hari kemerdekaan negara bersama dan juga sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan instituisi kekeluarga (objektif ini aku je yang pandai-pandai reka, harap maklum). Best gila dapat makan satu famili. Well, masa cuti saja yang terluang untuk buat aktiviti ini. Sambil-sambil itu boleh bertukar cherita sesama ahli keluarga. 

(gambar hiasan) Masa tunggu order sempat lagi dengar Korean pop. Bukannya nak dengar lagu raya. Again, kids today -.-

In an African coconut shell, konklusinya aku seronok menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Semoga Syawal yang datang ini memberikan kita masa terbaik untuk menjalin silaturrahim yang lebih rapat dan juga dijadikan periode terbaik untuk kemaafan dan juga kesyukuran. Semoga kita dapat berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun depan. InsyaAllah. Sekian diari Raya aku, korang pula bagaimana?

Kamera rosak raya pertama. Gambar ini pula diambil raya keempat. Hebak semangat hebak :D

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, OUTER SERTA INNER
+
HAPPY MERDEKA MALAYSIA!


P/S - Esok balik koleq. Cis, terasa sekejap benar cutinya. Anyway, trial JPN usah dilupa cik kak. Godspeed! :D

Jumaat, 2 September 2011

Raya + Merdeka (Part 1)

Gerimis hujan titis kasih Tuhan menghablur suci air mata manusia yang berdosa

Alkisahnya sehari sebelum raya yakni Raya Eve, 29 Augustus, hujan masih lagi turun renyai-renyai. Semua insan terpinga-pinga kerna risau kemungkinan esok 1 Syawal pun hujan turun hatta merosakkan jadual ziarah raya yang telah dirancang. Masa inilah keluarga Deen merayau-rayau di The Store Kangar untuk mencari baju raya ('The Store jah?' 'haihh, hang bajet Kangaq ni macam KL ka?' -.-). Mulai pukul 10 pagi dan Mak, aku dan adik melilau cari baju di 1st floor. Sejam berlalu..kemudian lagi sejam..haha hoi, aku tak beli lagi baju, just a few t-shirts je. Buat habis masa saja datang. Adik aku je yang berjaya cari baju raya dia. Warna kuning susu basi.

Lepas pukul 12, Ayah ambil kami untuk pulang ke rumah. "Amacam macam mana baju raya hampa?" "Luqfi (nama gelaran) punya dah beli dah, ini Luqman (nama glamur) tak dak lagi" "Takpa-takpa, meh kita cari kat kedai baju dekat rumah". Amboi, nekad betul Mak aku ini, bukannya dia nak pakai pun baju raya tu haha -.-. Selepas itu kami pergi kedai baju dekat rumah aku di Beseri. Masih lagi tak jumpa yang sesuai bhai!

Aku : Mummy mummy, I tak dapat cari baju tauuu. Semua colour macam adik punya tu mana ada saiz. Just ada warna purple gay je.

Mak: OMG How come dear? Mana boleh begini. Kalau baju lain-lain warna, tarak ong la raya ni maa. By hook or by crook, we must find it!

(Dialog di atas -semestinya- telah diedit, maka jangan ambil serius) Mak aku memang sebegitu. Biasalah, baju raya warna tema sama pada hari raya ialah satu adat namun nak mencari yang sesuai memang penat. Guess what, we drove back to Kangar at 2 p.m! shhuhhh, kejang lutut aku jalan wei! Daripada lorong ke lorong kami lalu, kaki lima-kali lima yang kami jalan hingga ke celah mana tah yang kami seluk masuk, masih lagi tidak kejumpaan baju raya yang didamba (masa tu dah pukul 5 lebih dah hokay). Siot, tak raya la aku macam ni :( Baju melayu rata-rata yang dijual harganya memang hmmphhh tauke balak punya anak pun lebih rela bogel di pagi Syawal beb -.- Sampailah satu kedai Sikh yang jual karpet, ada la juga dia jual baju melayu (wahh, serbaguna betul, semasa menjual karpet jual juga baju. Part-time mungkin :D). Aku beli baju raya kat situ wei, bayangkan baju raya aku dibeli di kedai non-muslim, sedangkan kedai muslim semua harga cekik tekak~

We fulfill your needs, son~

Malam raya iftar dengan Ayam Emas err Ayamas. Oh, Ramadhan dah berlalu pergi! Aku rindu gila Ramadhan tahun ini. Dahla bulan puasa terakhir dekat koleq. Tahun depan entah sempat atau tidak untuk melalui Ramadhan lagi. Pabila grandpa angkat aku yang macho itu buat pengumuman raya dekat TV, aku sedar yang bulan Syawal dah berjaya melahirkan anak untuk 1432H, congratulations! :) So, esok kita raya! Suasana Raya Eve di kampung aku memanglah meriah bagai, mercun berdentam-dentum macam malam itu perang dunia. No wonder lah malam raya ada yang dimasukkan ke hospital sebab terkezut jantung. Ada pula yang pi dok tala dekat masjid malam raya. Korang nak dengar tuk imam tu melatah dan jerit "BITCH!!" dekat mikrofon itu ke? Better tak payah -.-

muka Imam tu kalau marah camna hah? (gambar sebagai hiasan, takde kena mengena dengan soalan)

Malam raya itu aku tak bisa tidur awal. Jis raya datang menyelubungi jiwa la katakan haha (+ letupan demi letupan mercun dan meriam kat luar itu. Macam mana aku nak tidur la mankaq??!!!). Untuk makhluk noctural sepertiku, tidur lewat malam-malam adalah satu norma, tetap mahu diteruskan walau dikecam hebat oleh kaum keluarga especially my mum la semestinya. Seperti tahun-tahun lepas, peti masuk telefon bimbit akan ditujah dengan beribu-ribu mesej raya (takde la beribu, itu hiperbola gedik) mengucapkan salam aidilfitri dan mohon maaf zahir, batin, depan, belakang dan tidak kurang juga yang hantar pantun-pantun lawak. Masa inilah banyak unknown number tetiba je dapat, nampak sangatlah ramai secret admirer selama ni. hehhh. Aku malas nak forward-forward mesej pantun raya yang aku dapat kerna bagi aku keaslian itu satu perkara yang cukup berharga, tambahan pula bagi ucapan raya. Biar lahir dari hati dan jiwa yang ternoda ini haha. Biarlah aku sendiri yang perah idea, taip dan hantar sendiri punya. Well, handmade :)

1 Syawal datang lagi. Baru semalam rasanya 1 Ramadhan. How time flies~


à suivre...

Sabtu, 27 Ogos 2011

Hikmah Ramadhan

Salam Ramadhan :D


Bulan puasa 1432 Hijrah telah hampir ke penghujungnya. Syukur, program Ihya' Ramadhan peringkat koleq telah berjalan licin dengan lancar. Sempena penutup program tersebut, suatu music video telah usai dirakam di bawah nama produksi MC 0711. Ambil masa 4 hari jah, maka jangan demand lebih-lebih kualiti! haha

Meh kita baca sekilas sinopsis music video itu:

 Mengisahkan anak Esah yang belajar di sebuah sekolah asrama. Waima berlatarbelakangkan keluarga miskin, anaknya masih tidak sedar diri, berpewatakan nakal, sering tidak mendengar kata dan asyik memandang enteng terhadap kewajipan agama. Ramadhan ini diumpamakan sebagai bulan menyucikan dosa-dosa lamanya apabila dia bertaubat atas segala kesalahan lampau. Semua perkara pasti ada hikmahnya.








Tanpa gebang dengan lebih lanjut, saksikanlah~




Over tak? HAHAHA

Khamis, 25 Ogos 2011

Seloka Cuti Raya, Orang Balik Esok, Aku Balik Lusa

25 Agustus tanggal hari ini,
Di Kuala Kangsar terdampar kita ini,
Angin bayu Perlis memanggil pergi,
Tapi koleq masih belum cuti,
Kitorang tak macam TKC dan SSP,
Oh, jeles gilalah hati!

Esok budak koleq pulang ke kampung disayangi,
Menyambut raya bersama taulan dan famili,
Namun sayang aku kena stay lagi,
Tiket habis tak sempat dibeli.

Balik hari Sabtu keseorangan sendiri,
Ucapan 'tahniah' dan 'padan muka hang' diberi,
Salam Aidilfitri buat semua yang merai,
Tahun ini Luqman Din balik lambat sehari -.-

Stress~

Ahad, 21 Ogos 2011

Revival

sports day aha~

GOD, LAMA GILA TAK BER-UPDATE BLOG INI BHAI!!!

Sorry ahh buat orang yang datang sini dengan harapan nak baca something new tapi habuk pun takde haha. Aku dalam period iddah untuk update blog doe. Dengan keadaan exam trial, aktiviti untuk update blog terhenti seketika. Harap maaf!

Trial SPM SBP dah usai. Syukur sangat. Selepas 3 minggu, akhirnya habis juga exam ini. Susah la, Add Math terutamanya. Aku masih tak pandai dalam ilmu Hisab. Haish, bilalah nak rasa A+ Add Math? :/

 For the past one month, dah banyak perkara dah berlaku. Kejap, aku listkan mana-mana event yang aku ingat:

1) 15 Juli 2011 - Kejohan Debat Sekolah-Sekolah Malaysia Universiti Islam Antarabangsa berlangsung. Team koleq kali ini ialah Mas, Ayie dan Amir Norman. Tak bawa pembahas simpanan pun. Selepas 4 hari bertanding, koleq melayakkan diri ke peringkat separa akhir menentang SMAP Kajang. Nasib baik tak bertenggek di pihak kitorang dan tewas akhirnya. Berakhirnya perjuangan koleq di UIA tahun ini. Ini ialah tournament terakhir untuk Form 5. Harap prestasi tahun-tahun depan akan terus meningkat. Amin~

Bersama diorang. Amir Norman, Mas dan Ayie berjaya mendapat tempat 2, 3 dan 4 untuk pembahas terbaik keseluruhan dalam tournament UIA itu. Gempak gell :D

2) 23 Juli 2011 - Overnight syubhah ke Ipoh haha. Merangkap sebagai kipas susah mati bagi series Harry Potter, jiwa aku tidak tenteram selagi tidak menonton filem terakhir untuk novel J.K Rowling ini. Melakukan apa sahaja asalkan dapat masuk panggung adalah suatu kemestian :D Maka, aku telah berkolaborasi dengan beberapa budak batch aku untuk 'terbang' bersama ke Ipoh Sabtu itu. Aku rasa takdela dikira sebagai fly sangat sebab kitorang beritahu warden yang kami nak overnight kejap dan balik on the same day. Tak mengapa kan? (tolonglah setuju doe). Syukur banget, dapat juga ku tatap muka Voldemort yang lawa HAHAHA. Yang lebih menggembirakan kami ialah apabila team koleq yang menyertai Mighty Minds juga telah menang peringkat negeri Perak. Tempat pertandingan diadakan sama je dengan tempat kitorang pergi :D

Congratz ahh korang. Mesti ada peranan supporters bidan terjun yakni kitorang kan? haha

3) 30 Juli 2011 - Hari Sukan MCKK berlangsung. Best gila sports day tahun ini. Maskot-maskot house pun menyerlah (siap ada yang jadi puteri lagi :D). Rumah Mohd Shah (rumah aku) guna tema Barbarian, Idris bertemakan Casper, Leman pula Ninja dan Ahmad berobjektifkan Zorro. Secara keseluruhannya, Leman menang dengan kutipan 13 emas (Mohd Shah dapat 6 je, dayyum~).

Mohd Shah dapat khemah terbaik tapi Leman pula menang perarakan. Alah Leman, semua kau nak bolot haha.



4) 1 Augustus 2011 - Marhaban ya Ramadhan, marhaban ya trial SPM :) Aku ditemukan juga sekali lagi dengan Ramadhan. Syukur. Bulan Ramadhan kali ini jatuh sekali dengan tarirkh exam trial SPM SBP. Maka, hampir tiap-tiap malam aku stay up di surau untuk ulang kaji. Kasihan gila sebab aku demam masa paper Add Math. Hancur luluh paper. Haish.

Masa bulan puasa ialah antara periode paling masyuk dalam tawarikh sebagai budak koleq. What makes it's so special? Apart from a blessed fasting month, masa inilah wujudnya bazar Ramadhan Kuale yang banyak gila jual juadah sedap-sedap. Banyak kali aku tawaf Arena Square itu untuk cari juadah buka puasa tapi last-last beli sikit je sebab rambang mata. Malam lepas terawih dan prep pula kitorang ada buat potluck sesama sendiri. Dan kalau ada hajat nak makan sedap untuk sahur, order je lah daripada kedai sebelah pagar koleq. hahaha sengal. Kalau macam inilah keadaan, memang kewangan aku untuk bulan puasa tak ada bezanya dengan bulan-bulan lain. Membazir jah -.-

Itu sahaja nak dijadikan cerita. Salam bulan kemerdekaan buat semua :)